CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11296|Reply: 54

10 Aktiviti Yang Kita Buat Setiap Hari Tetapi Haram Di Korea Utara

[Copy link]
Post time 5-11-2015 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Untuk info, Pyongyang adalah ibu negara bagi Korea Utara dan negara ini bersempadan dengan Republik China di Utara dan Barat Laut. Kawasan Zon Bebas Tentera Korea adalah merupakan batu aras sempadan pemisah antara Korea Utara dengan Korea Selatan.



Apakah 10 perkara yang diharamkan di Korea Utara tetapi perkara ini diamalkan seperti biasa di negara lain?

Jika anda merancang percutian ke Korea Utara, mungkin anda patut berfikir dua kali kerana 10 peraturan ini bakal membuatkan anda membatalkan percutian ke negara tersebut.

Ikuti sepenuhnya fakta di bawah:



10. Menonton Televisyen
Apa yang pelik di Korea Utara adalah rakyatnya dilarang menonton apa-apa rancangan di televisyen selain hanyalah dapat menikmati rancangan TV dalam negara sahaja.

Tambahan lagi, 2 tahun lepas, seramai 130 orang rakyat Korea Utara telah menerima hukuman di khalayak ramai gara-gara menonton rancangan dari Korea Selatan.




9. Mengamalkan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist dalam erti kata lain, tidak memiliki sebarang agama.




8. Minum minuman keras
Di Korea Utara minuman beralkohol hanya dibenarkan minum pada hari-hari perayaan atau sambutan khas negara itu. Tambahan lagi, pelajar di negara itu dilarang sama sekali membeli atau minum minuman keras. Pelajar yang ditangkap kerana 'kesalahan' tersebut akan disoal siasat pihak berkuasa Korea Utara.

Pada tahun 2012, seorang pegawai tentera terbunuh gara-gara mabuk ketika menggunakan senjata mortar di hari memperingati 100 hari pemergian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il




7. Memandu
Kebebasan untuk memandu di sekeliling negara adalah dihadkan sama sekali.

Rakyat Korea Utara disekat kebebasan untuk memandu diseluruh negara tersebut malah kerajaan telah menghadkan hanya 1 kereta bagi setiap 1000 orang penduduk.

6. Mendengar/memainkan muzik
Lupakan lagu Justin Bieber, Meghan Trainor - Like I'm Gonna Miss You atau lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Wings kerana di Korea Utara semua muzik luar telah disekat masuk dan dikawal ketat oleh kerajaan.

Muzik barat lebih-lebih lagi yang berasal dari Amerika Syarikat adalah salah laku dan jenayah berat bagi sesiapa sahaja rakyat yang mendengar atau memainkan muzik tersebut.








5. Panggilan Antarabangsa
Katakan pada imigran yang datang bekerja di Malaysia seperti dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, "Kawan, anda bertuah menetap di sini kerana yang tersayang dapat anda hubungi setiap masa".

Ini kerana, sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati.

Pada tahun 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara telah dikenakan hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang berada di Korea Selatan.

4. Bercakap/mengkritik
Kebebasan untuk bersuara atau menyuarakan sesuatu pendapat dianggap salah di Korea Utara.

Mana-mana rakyatnya yang ditangkap kerana bercakap atau membincangkan mengenai kelemahan kerajaan atau mengkritik cara pemerintahan pemimpin akan dihantar serta merta ke 'Kem Pendidikan-semula'

Di kem tahanan tersebut, pesalah akan dipaksa melakukan kerja keras, didera secara mental untuk menjadikan semula rakyatnya seorang yang patuh dan mengikut acuan kerajaan.

3. Melancong Ke Luar Negara
Melancong atau berhijrah ke luar negara adalah salah satu jenayah terbesar di Korea Utara.

Jika kerajaan mendapati ada rakyatnya berhijrah ke negara China untuk mendapat perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan menganggap sebagai pembelot pada negara.

Dan jika ada rakyatnya yang dapat ditangkap, kerajaan serta merta akan melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.

2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah?

Jawapan: Hukuman Mati




1. Melayari Laman Web
Mana-mana daerah dalam negara Korea Utara yang mendapat akses internet hanya boleh digunakan dengan kebenaran sahaja.

Kebanyakan laman web di Korea Utara berkisar tentang berita propaganda dan seperti biasa, akses laman web dari luar negara telah disekat.

Pada tahun 2013, seorang wartawan berita dalam talian telah dihukum penjara selama 6 bulan gara-gara tersalah ejaan. -HarianBlogger.Com

Sumber: The Independent, Washington Times, Bloomberg, BBC & The Guardian
penpatah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 05:16 PM | Show all posts
wow sampai mcm tu sekali... kenape eh?????
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:17 PM | Show all posts
tak sanggup....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 05:20 PM | Show all posts
dasar tertutup...tertutup sungguh....pehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 06:52 PM | Show all posts
sian...
pelik...rakyatnya bijak pulatu...
boleh buat bom nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 06:54 PM | Show all posts
tak ada ugama...
mati main tanam je ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2015 06:55 PM | Show all posts
macam tanam kucing mati...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:28 PM | Show all posts
penjara sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 09:49 PM | Show all posts
2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah?

Jawapan: Hukuman Mati




Kalau dibuat di Malaysia, agak-agaknya berapa kerat rakyat Malaysia jer yang tinggal?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:11 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 5-11-2015 09:49 PM
2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki ...

hehe... yg tinggal kanak2 je kot spidey ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 6-11-2015 09:11 AM
hehe... yg tinggal kanak2 je kot spidey ..

So true.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:15 AM | Show all posts
mmg dasar tertutup betul
teringat cerita King of Two Heart
part tentera Korea Utara tgk SNSD
terus melekat n hafal tarian

founder Hyundai tu pun org Korea Utara
xdibenarkan balik kampong
tp byk gak die derma duit utk pbangunan Korea Utara
derma dari luar diorg terima je kot tnpa sekatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:38 AM | Show all posts
ishh..xsanggup aku nak duduk kat korea utara..kat situ xramai pelancong kot..sapa yg nak dtang kat negara camni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:55 AM | Show all posts
syue86 replied at 6-11-2015 09:15 AM
mmg dasar tertutup betul
teringat cerita King of Two Heart
part tentera Korea Utara tgk SNSD

kirenye klo sebut negara korea tu....maksudnye korea selatan la ek? klo korea utara ni mmg sebut korea utara ek? drg ni 2 negara yg berbeza ek?
npe korea utara wat dasar tertutup gini ek? sian rakyat negara die.

yg filem king of two heart tu cite psl korea utara ke? shoot kt sne ke?
xde diambil tindakan ke bile negara luar wat filem cite psl kepelikan negara drg?

yg founder hyundai tu dah kuar dr korea utara ke ape? so die dianggap pembelot ke?
camne negara tu ble maju klo x trime ape2 drp luar? drg xde import export ke?

sori la iols muskil sgt ngn negara ni huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 11:14 AM | Show all posts
good korea bad korea


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:15 PM | Show all posts
negara komunis memang camtu.. nanti dia tukar ke demokrasi baru leh dasar terbuka bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 12:27 PM | Show all posts
aku cuma sokong part minuman keras tu je
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:29 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 5-11-2015 09:49 PM
2. Pornografi/Bahan Lucah
Soalan: Apakah hukuman bagi pesalah di Korea Utara yang menjual, memiliki ...

ko la orang pertama kim jong il cari tau
baik lari

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-11-2015 12:29 PM
ko la orang pertama kim jong il cari tau
baik lari

Tak kisah sis. Spidey ada PM Najib dan Rossy untuk melindungi Spidey.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
babyorange replied at 6-11-2015 10:55 AM
kirenye klo sebut negara korea tu....maksudnye korea selatan la ek? klo korea utara ni mmg sebut k ...

Negara Korea dulu satu saja asalnya. Tapi lepas tu ada konflik dan mereka berpecah, satu blok Barat satu blok Komunis.
Korea Selatan sebuah negara yang sangat maju dan moden manakala Korea Utara pula diperintah oleh keluarga Kim yang kuku besi.

Awak boleh tengok filem Hollywood, The Interview yang diharamkan banyak negara luar sebab menyindir pemerintahan kuku besi keluarga Kim. Ia sebuah filem komedi yang bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.306974 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list