CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 0

Perhubungan Kekal Dengan Penampilan Menarik & Memukau!

[Copy link]
Post time 6-11-2015 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jelitaqasyah at 6-11-2015 04:20 PM

Mungkin sebahagian daripada anda sudah mengetahui apa itu grooming, tapi bagi yang belum tahu apa itu grooming atau anda yang berpandangan negatif tentang grooming. Disini kami akan membahas betapa pentingnya grooming bagi lelaki di zaman moden sekarang ini.

Grooming berasal dari kata ‘wellgromed’ yang bererti ‘berpenampilan serasi’. Ini bermaksud ‘grooming’ adalah bermaksud ‘dandan’. Jadi grooming adalah merawat penampilan diri seseorang yang terjaga, selalu rapi, serasi, dan sesuai untuk di pandang.

Mungkin bagi kebanyakan lelaki tidak menyukainya kerana grooming dikatakan bersifat keperempuanan, dan anda pasti menilai lelaki yang melakukan grooming adalah lelaki metroseksual, lembut, atau gay. Ini suatu statement yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan hal itu. Dan perlu anda ketahui grooming bagi lelaki bukan seperti grooming yang dilakukan wanita seperti menghias wajah (make-up), ke salon, dll. Serta grooming sudah menjadi tuntutan untuk semua orang.

Grooming  merupakan hal yang sangat penting, bahkan yang paling penting dalam hal memikat wanita. Saat anda berinteraksi dengan mereka terutama saat pertama kali bertemu, grooming anda adalah hal pertama yang mereka perhatikan. Wanita melihat grooming sebagai bentuk penghargaan atau kecintaan terhadap diri sendiri.

Grooming itu dilakukan kerana ada manfaat yang baik, iaitu:

1. Untuk menjaga kesihatan anda sendiri dalam hal kebersihan diri.

2. Tentunya untuk menarik perhatian para kaum wanita. (pastinya anda akan menjadi pusat perhatian mereka)

Berikut adalah 7 hal yang perlu di perhatikan dari grooming anda:

1. Aroma Tubuh

Kita tahu bahawa deria bau lebih sensitif daripada deria penglihatan. Jadi sudah pasti aroma tubuh anda yang pertama diperhatikan wanita. Wanita sukakan lelaki yang wangi. Oleh itu kenakan parfum yang terbaik, atau paling tidak kenakan anti perspirant untuk menghalang bau peluh.

2. Rambut

Anda sudah tahu bahawa rambut juga salah satu hal yang paling mempengaruhi penampilan. Selalu cuci rambut anda sebelum tidur jika anda mengenakan gel atau wax. Selain itu pilih syampu rambut yang sesuaai dengan anda.

3. Kulit
Jaga kesihatan dan kebersihan kulit terutama bahagian wajah. Tidak perlu memakai pemutih, paling tidak terlihat bersih dan tidak kusam. Jaga juga kelembaban kulit, tidak terlalu kering ataupun berminyak.

4. Gigi dan Mulut
important]Kedua hal ini juga sangat penting, kerana jelas kita berinteraksi dengan orang lain. Melaburlah untuk kebersihan dan keputihan gigi. Jaga juga kesegaran aroma mulut. Yang anda lihat di iklan-iklan ubat gigi di televisyen adalah benar bahawa senyum yang indah dan nafas segar dapat memikat wanita.

5.Telinga
Perhatikan juga kebersihan telinga anda, kerana jika ada wanita yang duduk bersebelahan anda dan menolehkan wajahnya ke muka anda, pasti dia akan melihat  telinga anda, ketika dia melihat telinga anda yang kotor pasti mereka akan merasa kurang selesa.

6. Misai, janggut dan bulu hidung.
Ada wanita yang memang menyukai lelaki bermisai atau berjanggut tetapi banyak juga yang tidak sukakanya. Bertenang, kita semua mempunyai pilihan masing-masing. Jika Anda memutuskan untuk memiliki misai atau janggut, maka rawat dan rapikan dengan baik.

Dalam hal ini, misai dan janggut yang tidak bersih adalah pembunuh nombor 1 bagi wanita. Potong dan rapikan juga bulu hidung, jangan sampai ada yang terkeluar dari hidung.

Wanita yang sudah tertarik dengan anda, dalam waktu seketika akan geli melihat ada bulu hidung anda yang menyembul keluar.

7.Kuku

Kebanyakan lelaki tidak memperhatikan kuku-kukunya, baik kuku kaki mahupun kuku tangan, padahal wanita sangat tidak menyukai lelaki dengan kuku yang panjang, kotor apa lagi tidak terawat. Padahal menjaga kebersihan kuku sangat penting untuk kesihatan.
Ketujuh-tujuh hal inilah yang paling di perhatikan wanita pertama kali ketika berinteraksi.

Marilah melakukan dan memperbaiki hal-hal di atas tersebut.
Jadi, adakah anda seorang lelaki yang menghargai diri sendiri dalam penampilan?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038992 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list