Pasangan makin jarang bermanja dan kurang melayan anda di tempat tidur? Cuba fikirkan apakah sebabnya dan apa sebenarnya yang diingini oleh suami daripada seorang isteri apabila dia ingin memenuhi tuntutan batinnya? Jangan biarkan suami terus lesu dan dingin. Ok, jom kita semak beberapa tentang isteri yang boleh membantutkan keinginan suami bila menikmati hubungan seks bersama...
1. Tak tunjuk reaksi
Ramai di kalangan isteri tidak menunjukkan reaksi bila suami mula menunjukkan rangsangan seksual. Ya, anda penat sehingga tak fokus atau mungkin kerana malu. Sebagai suami isteri, memenuhi kehendak suami itu adalah tanggungjawab. Mulai sekarang, beri perhatian dan respons soal bicara dan sentuhan sensual suami bila anda bersama di kamar tidur.
2. Kurang pengetahuan
Kalau ikut suami, dia bajet isteri tahu apa saja tentang keinginan dan keperluan soal batin. Padahal ada sesetengah wanita nak sebut perkataan seks pun agak segan. Benar, pengetahuan tentang seks itu ‘fitrah’ tetapi juga perlu dipelajari. Percayalah, semakin anda tahu tentang seksual, semakin mudah mengesan rangsangan dan tahu bagaimana memenuhi keperluannya si dia.
3. Sering tolak
Jangan bajet suami anda boleh faham kalau anda menolak keinginannya untuk bersama. Tapi tak salah menolak dengan alasan munasabah. Gunalah kemahiran dan kebijaksanaan anda untuk menolak permintaan agar tidak sampai mencabar ego suami sebagai lelaki dan melukai hatinya.
4. Suka pakai selekeh
Kebersihan adalah salah satu daya tarikan seks. Jangan harap suami menikmati kepuasan dalam menikmati hubungan seksual jika tubuh isteri berbau, pakaian kotor dan tidak bersih. Realistiknya anda, mood akan hilang bila suami sedemikian. Jadikan kebiasaan setiap kali bersama suami, pastikan tubuh bersih dan berbau wangi, pakaian tidur bersih dan sedap mata suami memandang. Ketahuilah lelaki sangat peka dengan bau tubuh pasangannya.
5. Lari tajuk bila bercakap
Pastikan bila anda berdua mula saling memberikan respons, hentikan segala perbualan dan perbincangan mengenai apa juga masalah rumah tangga. Sebaliknya berikan sepenuh perhatian kepada setiap rangsangan sensual yang digambarkan melalui bahasa tubuhnya. Tuturkan bicara romantis yang memberikan sokongan terhadap rangsangan sensual di saat menjelang, sedang dan sesudah melakukan hubungan seks.
mingguanwanita
|