CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 4

Bila Si Dia Kerja Offshore Atau Kerjaya Yang Sewaktu Dengannya...

[Copy link]
Post time 9-11-2015 12:26 AM | Show all posts |Read mode


Kerja pelantar minyak, tentera laut, usahawan muda, atau terpaksa duduk berbulan-bulan di luar negara, namakan saja, kerjaya mereka ini menuntut mereka untuk terpisah sebentar dengan orang yang tersayang.

Girls, bercinta dengan mereka yang selalu tak ada di sisi kamu bukanlah sesuatu yang mudah.

Selain daripada sering ditinggalkan dan dibiarkan hingga adakalanya membuatkan kamu rasa kesunyiaan, bercinta dengan mereka juga ada ketikanya boleh mencabar kesabaran kamu.

Sebelum kamu jadikan ia sebagai salah satu alasan mengapa kamu berdua berpisah, ada baiknya kamu fahami kerjaya si dia.

Ketahui 10 rules bercinta dengan mereka ini kamu lebih tabah dan kuat melalui hari-hari sebelum menunggu kepulangan mereka.

# 1 : BELAJAR BERDIKARI
Lelaki yang banyak menghabiskan masa pada kerjayanya selalunya tiada masa untuk meneman kamu membeli belah, menonton wayang dan sebagainya. Jadi, di sini kamu harus biasakan diri dan belajar untuk berdikari. Tidak perlu terlalu bergantung padanya! Percayalah, kebanyakan lelaki seperti ini lebih selesa berdamping dengan gadis yang seperti ini. Jika tidak mereka akan rasa rimas dan terkongkong.

# 2 : PELENGKAP HIDUPNYA
Sungguh pun kamu tidak sehebat sepertinya, kamu perlu jadi ‘kuat’ dan berpengaruh dalam hidupnya. Perlu diingat, fungsi kamu sebagai pasangan adalah pelengkap hidupnya. Di kala si dia jatuh dan perlukan pertolongan serta bimbingan kamu perlu sentiasa ada bersamanya. Bak kata orang susah senang bersama.

# 3 : TIDAK PERLU JADI SEPERTINYA!
Tidak perlu bersusah payah untuk berubah dan mengikut arusnya. Cukuplah menjadi diri sendiri. Ingatkan pada diri setiap insan yang bernyawa dilahirkan dengan karakternya yang tersendiri. Jika tidak tiada ‘tolak ansur’ antara kamu dan dia!

# 4 : REDEFINE DATING
Jika sebelum ini fahaman kamu tentang ‘dating’ adalah masa untuk luangkan waktu bersama dengan orang tercinta selepas kerja dan makan malam dalam suasana yang romantik bersama si dia. Kini kamu perlu tukar semula fahaman kamu tentang semua itu kerana ternyata ia tidak ‘relevant’ untuk di gunakan lagi. Sebaiknya cuba ingatkan pada diri, selagi kamu berdua masih berhubung selagi itu ia boleh di kira ‘dating’ walaupun caranya agak berbeza.

# 5 : BE OPEN-MINDED
Secara psikologinya kamu harus mula berfikiran terbuka. Jangan hadkan pemikiran kamu. Kamu perlu bersedia apa sahaja situasi dan jangan terkejut jika adakalanya ada seorang perempuan mula mendekatinya. Ketika itu kamu tidak boleh bersikap serkap jarang. Kamu perlu belajar menerima semuanya mana tahu sebenarnya mereka berdua hanya rakan kerja betul tak?




# 6 : KAMU BUKANLAH YANG UTAMA
Apa jua keadaan kamu perlu ingatkan diri kamu, kamu bukanlah pekara utama dalam kehidupannya. Jadi jangan terlalu berkecil hati jika selama ini si dia sering batalkan temu janji bersama kamu. kemungkinan ada sesuatu yang lebih penting perlu dilakukan dahulu.

# 7 : RAJINKAN DIRI LIHAT KALENDER
Buat lelaki bekerjaya, pasti mereka akan sibuk dengan pelbagai aktiviti,event dan kerap outstation. Supaya kamu tidak mudah ‘termakan hati’ dengan kesibukannya dan sering rasa kecewa kerana tiada masa untuk kamu, apa kata biasakan diri menanda segala tugasannya di kalander mengikut tarikh yang di beritahu. Cara ini dapat membantu kamu memahami waktunya serta dapat membantu kamu merancang hari apa yang sesuai untuk bersamanya.

# 8 : TEPATI MASA
Lelaki seperti ini sangat mementingkan waktu. Bagi mereka dalam satu minit yang terlepas mereka boleh lakukan macam-macam tugasan. Jadi girls, jangan ambil masa yang terlalu lama ketika bersiap dan ingin keluar bersamanya. Disiplinkan diri agar lebih menepati masa. Jangan sesekali cuba buatkan si dia menanti.

# 9 : MASA TERLALU SUNTUK UNTUK BERGADUH
Girls, sila ambil serious tentang ini. Jika kamu jenis yang jarang berjumpa dan sekiranya berjumpa dalam tempoh yang sekejap, tiada masa untuk kamu berdua bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri hanya kerana pekara-pekara remeh. Jadi cuba hargai masa berkualiti antara kamu berdua.

# 10 : PERCAYA
Kunci segala kebahagiaan adalah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan terlalu mencurigai pasangan kerana perasaan ini akan membunuh dan memberi impak negatif pada perhubungan.







Share on facebookShare on twitterShare on print


remaja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 10:46 AM | Show all posts
# 6 x setuju
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 10:36 AM | Show all posts

UPPP!!!!!!!!!!

7x setuju  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab aku biasa hidup sendiri.. aku mcm ble je trima klu dpt somi cmni. Jrg jumpa.. yg pntg tau msg2 setia n syg kat aku.  Kalau slalu jmpa pn..keberangkalian gaduh tu tggi dan klu selalu jauh tu kan membuahkan rindu? Klu setakat 2-3 minggu or sebulan kelaut tu ok lg kot. Klu cm kwn aku laki dia 3bulan xda, mgkn sedih la jgk. Yg pntg kita tau yg dia mmg kluar bekeja di laut. Klu keja travel di darat, kebarangkalian utk jmpa pmpn lain tggi. Kmungkinan x setia tggi byk btul keberangkalian aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
no 9 tu tak setuju.sebab terlalu komited dgn kerja sampai takda masa dan mula la nak bergaduh :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038528 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list