View: 5542|Reply: 8
|
Panorama Memukau Di Simpang Mengayau, Kudat
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Melancong ke negeri di bawah bayu, Sabah buat pertama kali sudah pasti membuatkan sesiapa akan mengulanginya untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Sabah sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi yang sangat memukau apatah lagi nilai budaya yang begitu tinggi.
Jika anda ke Sabah, selain tempat-tempat yang terdapat di ibu kota negeri ini, anda harus berkunjung ke Simpang Mengayau. Ia dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Mengikut sejarah, ia merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Simpang Mengayau ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Simpang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.
Nama asal Tanjung Simpang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun. - Sumber Wikipedia
Untuk pengetahuan anda, Simpang Mengayau merupakan kawasan yang agak panas. Sediakan payung, kaca mata, kipas tangan dan air secukupnya. Terdapat juga kedai makan, tempat barangan cenderahati dan tandas di sini. Jika berkesempatan ke Simpang Mengayau, jangan lepaskan peluang bergambar di glob gangsa yang menjadi penanda utama di sini.
Jika turun ke bawah untuk melihat batu bata dan air laut ini anda perhatikan betul-betul, terdapat batu-batu yang melekuk dan mempunyai seaakan garam dan ia berkilau-kilau. Kelainannya, tiada siapa yang boleh mandi di kawasan ini. Pelancong juga akan merakamkan gambar dan menikmati panorama indah sahaja di sini. Yang penting, Simpang Mengayau satu-satunya tempat yang sangat bersih daripada sampah dan pencemaran lain.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
scary la...laut dia bergelora....pastu dgn angin kuat |
|
|
|
|
|
|
|
cantik..bila la berkesempatan nk ke kudat.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh sampai 2013... cantek..! tp xde la shot from air tu..huhu
pi sana better overnight..jauh dr kk tu..penat drive..jln xde org pon..ingat dh sesat..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat cantik, tapi jauh dari KK , jalan turun bukit naik bukit, sunyi & sepi, dari atas bukit boleh
nampak pulau2 Philipine...
Di sini boleh tengok & ambik gambar sahaja. lepas tu balik. |
|
|
|
|
|
|
|
caaaaaaaantik tempat ni. dekat dengan rumah panjang tampat do aman
aku tido sana pas melawat sini. makanan pun best
cuma tandas je terlalu mesra alam |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe tak sia2 keje sini..tmpt hilang stress masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah.....cantiknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertambah cantik! Pernah pegi tahun 2002...huhuhu cepatnya masa berlalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|