CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12716|Reply: 46

Misteri 26 Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992

[Copy link]
Post time 21-12-2015 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Misteri 26 Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992

Aku rasa budak-budak 80-an pasti ada yang masih ingat pasal kisah viral penampakkan 26 objek aneh di langit pada tahun 1992. Aku baru berusia 7 tahun pada masa ini.

Antara kisah 'legend' yang menjadi viral sebelum kewujudan facebook dan whatsapp.





Peristiwa ini berlaku pada 26 Julai 1992, dikhabarkan sekumpulan 200 orang pelajar sebuah sekolah menengah agama tinggi telah melihat 26 imej berbentuk objek aneh di langit sekitar jam 11.30 malam hingga 3.00 pagi. (ada yang cakap ada 28 objek, nanti aku terangkan di perenggan lain).

Namum kisah ini menjadi gempar selepas JAIS mengadakan sidang akbar pada 10 Oktober 1992. Maka tersiarlah cerita ini ke seluruh negara dan menjadi viral dari mulut ke mulut, malah juga melalui sebaran gambar lakaran imej aneh itu yang di fotostat.

Ada juga dakwaan, fenomena penampakkan imej objek aneh di beberapa tempat yang lain.

Kisah ini dianggap benar mungkin kerana kejadian ini berlaku kepada pelajar sekolah agama, malahan jumlah mereka ramai sehingga 200 orang. Dengan rekod jalan penceritaan yang sama, jadi itu yang menyebabkan pihak JAIS mengesahkan kejadian ini pada awalnya.



Kesan Kejadian Objek Aneh
Susulan peristiwa ini, telah menimbulkan keributan dan kegerunan kepada masyarakat. Malah ada yang menganggap ini pertanda dunia nak kiamat. Aku yang masih kecil waktu itu juga terpengaruh sehingga takut untuk memandang ke langit pada waktu malam.

Malah lebih teruk apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada fenomena ini. Ada pihak yang buat salinan fotostat lakaran gambar objek aneh tersebut dan jual kepada orang ramai dengan harga lebih kurang 25 sen sehelai.

Ada juga pihak yang cuba menangguk di air yang keroh. Mereka membuat kutipan wang untuk membina bahtera, kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar. Jadi mereka merancang untuk membina 3 buah kapal.
Ramai juga yang terpengaruh dengan kumpulan ini, sehingga sebuah kapal berjaya dibina dari hasil duit kutipan tersebut. Menurut sumber, kapal itu telah di bina di Meru.

Aku tak pasti adakah kumpulan ini ada kaitan dengan Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh ) yang telah di haramkan pada tahun 2007. Sebab kumpulan ajaran ini juga pernah membina kapal dan secara kebetulan tempatnya juga di Klang.

Tetapi ini hanya lah binaan konkrit yang direka bentuknya menjadi sebuah kapal yang mereka gelar sebagai 'bahtera' yang kononnya akan menyelamatkan pengikut ajaran ini kelak. Dan sinilah menjadi markas kumpulan ajaran sesat ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan ada satu kumpulan lagi yang mendakwa sebenarnya ada 28 imej objek aneh yang kelihatan di langit pada malam itu. Dua imej lagi tersebut adalah gambaran muka tok guru mereka dan juga terbentuk satu imej lagi nama tok guru mereka.

Dan kini kedua-dua kumpulan diatas sudah di fatwakan sesat.

Objek Aneh Di Langit Palsu
Namum pada 1 November 1992 pihak JAIS telah mengesahkan bahawa kejadian 26 objek aneh dilangit ini hanyalah khayalan. Dan kisah ini adalah palsu.

Walaupun begitu, semasa aku merayau di alam maya mengali kisah ini, masih ada orang yang menpercayai kisah ini, malah ada yang mengaku juga pernah melihat kejadian aneh ini.

Apabila cerita ini dibincang di zaman moden ini, ada yang cuba mengaitkan kejadian aneh ini dengan Project Blue Beam, satu 'projek' yang di kawal oleh NASA. Tetapi pandangan ini bagi aku terlalu jauh, sebabnya projek ini bermula pada 1995.

Namum apa juga dakwaan orang ramai, ada yang percaya dan ada juga yang menafikan kejadian 26 objek aneh di langit ini. Bagi aku kisah yang pernah viral pada suatu ketika dahulu akan kekal misteri, punca tercetusnya fenomena ini mungkin hanya dapat dijawab oleh mereka yang terlibat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 01:50 PM | Show all posts
ingat lagi,.,.. siap dapat surat berantai suruh potostat dan circulate.. koso aku.. dah la budak lagi ingat byk duit.. tapi masa tu dah takut ingat dunia nak kiamat dah.. 1992.. tingkatan 2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:02 PM | Show all posts
ade tak forumer di sini antara 200 org masa penampakan tersebut? sharelah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:47 PM | Show all posts
Ini teknologi holografi yg menghasilkan holograms.
Cuba tengok video Tupac Amaru yg dah mati tapi masih bolih bernyanyi dan berduet dengan orang hidup melalui kaedah holografi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 07:53 PM | Show all posts
wannabhappy replied at 21-12-2015 01:50 PM
ingat lagi,.,.. siap dapat surat berantai suruh potostat dan circulate.. koso aku.. dah la budak lag ...

UFO ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:29 PM | Show all posts
Yang seramnya salah satu objek tu perempuan kena potong lidah ke kena bakar rambut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2015 11:37 PM | Show all posts
wannabhappy replied at 21-12-2015 01:50 PM
ingat lagi,.,.. siap dapat surat berantai suruh potostat dan circulate.. koso aku.. dah la budak lag ...

Keh.. Tua dah kita kan.. Tak sanggup dpt surat berantai tu aduii aku sekolah rendah lg mmg takutla tp xdela fotostat sbb mana ada duit hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:37 AM | Show all posts
masa nie saya darjah 6...mmg kecoh jugak sbb budak2 asrama sekolah saya pun nampak objek2 tu di langit..
sekolah saya bahagian hulu di sarawak..agak pelik bl difikirkan balik..seolah2 gmbar objek2 tu bole dilihat seluruh malaysia dan pada tarikh yg sama, masa yg sama..
hingga kini kalo ditanya dgn makcik2 pakcik2 kt kpg meka masih bole igt semua bentuk objek tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 09:38 AM | Show all posts

ntah la doc.. katanya.. orang cina buat pkai laser ... ntah la.. tapi kejadian ni berlaku kat sekolah agama dengarnya.. tiga minggu berturut2... sekolah yg berlainan.. sampai ada yg histeria.. budak balik prep nampak kat langit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:40 AM | Show all posts
zuerinaBP replied at 22-12-2015 09:37 AM
masa nie saya darjah 6...mmg kecoh jugak sbb budak2 asrama sekolah saya pun nampak objek2 tu di lang ...

ye ke ? kat sarawak juga.. yg saya ingat ini berlaku di klang.. sekolah tinggi hishamuddin dan juga 2 lagi sekolah lain tak ingat nama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:53 AM | Show all posts
Pakcik saya masa tu di ITM (UiTM sekarang) pun nampak objek tersebut - awan  yang berbagai bentuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:10 PM | Show all posts
wannabhappy replied at 22-12-2015 09:40 AM
ye ke ? kat sarawak juga.. yg saya ingat ini berlaku di klang.. sekolah tinggi hishamuddin dan jug ...

ya mmg berlaku kt kpg saya. sampai ade budak2 demam & takut nk sekolah..hinggakan kami buat bacaan yassin.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:14 PM | Show all posts
Mbentuk tu dari awan ke apa? nampak terang di langit eh.. yg saya baca kata nya peta malaysia terbalik la.. budak2 lagi masa tu pun dah tau takut rasa mcm kiamat tu tak lama lagi... dah la bebrapa thun sebelum.. heboh ayat dalam al-quran hilang la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:24 PM | Show all posts
memang diaorg guna projektor ke haper ntah.. kalau tak salah, cikgu diaorg yang buat...
dalam minggu tu jugak diaorg dapat tangkap, tapi ramailah insap kejap lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:39 AM | Show all posts
mnaa replied at 22-12-2015 12:24 PM
memang diaorg guna projektor ke haper ntah.. kalau tak salah, cikgu diaorg yang buat...
dalam ming ...

projektor jenis apa la ye dia guna nak jugak tau... hebat tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 03:44 PM | Show all posts
mnaa replied at 22-12-2015 12:24 PM
memang diaorg guna projektor ke haper ntah.. kalau tak salah, cikgu diaorg yang buat...
dalam ming ...

oh gitu ke citer nya
tapi ramai je nmpk di negeri negeri lain
t\ak pulak jadi di negara lain ek?
samp\ai histeria youuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 03:45 PM | Show all posts
wannabhappy replied at 23-12-2015 08:39 AM
projektor jenis apa la ye dia guna nak jugak tau... hebat tu ..

ape kesudahan nya ek?
kids pkt ramai ramai ke kata nmpk itu ini
kids ni impressionable sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Drjah 4 masa ni.. Heboh la jugak kt sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 02:13 AM | Show all posts
wannabhappy replied at 22-12-2015 12:14 PM
Mbentuk tu dari awan ke apa? nampak terang di langit eh.. yg saya baca kata nya peta malaysia terbal ...

Yg peta msia terbalik spore dok atas tu ada teori yg menginterptretasi mengatakan Spore akan serang Msia masa tu...

dan paling kecoh seigt aku penampakan wajah yg kuhnunnya ABUYA di bulan, punya laa gigih sorg sedara aku yg dok di sgor kol soh tgk bulan terus family aku kuar rumah tgk bulan dan mmg laa dah otak set nak tgk camtu so camtu laa yg mata kita nmpk.....so bleh laa aku kata masa aku tgk tu ternampak imbasan seolah2 wajah ABUYA tu kat permukaan bulan

yg awan2 bagai nih mmg kecoh tp aku xder plak nampak masa tu...mmg dok dongak ke langit jer masa citer nih kecoh dulu

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 08:20 PM | Show all posts
yup, aku ingat lagi kisah ni. Tapi sebab masatu bebudak lagi, memang takutlah juga. Taktau la betul ke tidak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091726 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list