Seperti biasa, kita semua tertunggu-tunggu dengan laporan carta pencarian di laman web Googleke atas jenis-jenis kereta yang dicari oleh pengguna di Malaysia. Melalui statistik yang dijalankan ke atas pencarian di Google, Honda HR-V merampas kedudukanPerodua Axia dalam enjin pencarian laman web Google bagi tahun 2015. Carta pencarian adalah seperti berikut:- - Honda HR-V
- Lykan Hypersport
- Perodua Axia
- Honda Civic
- Proton Iriz
- Proton Perdana 2016
- Mitsubishi Pajero Sport
- Honda City 2015
- Honda Civic 2016
- Audi S8
Ini adalah sejajar dengan pilihan orang ramai ke atas model SUV kecil yang semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia. Honda juga turut berjaya menjadikan model HR-V sebagai salah satu pesaing terhebat bagi segmen SUV kecil di Malaysia yang memaksa pengeluar lain untuk turut membawa masuk model-model SUV kecil keluaran mereka sendiri. Lykan Hypersport pula mendapat tempat kedua dalam carta ini sejak berita keluaran filem Fast & Furious 7 yang ditayangkan pada bulan April yang lalu. Perodua Axia mendapat tempat ketiga dalam carta tersebut dan tetap menjadi salah satu pencarian tertinggi di Malaysia sebagai kereta kompak terlari di bandar. sumber:arena kereta
|