Sektor kereta sport untuk jenama Honda bakal muncul tidak lama lagi. Selepas sepuluh tahun diproduksi, model S2000 telah dihentikan pengeluarannya pada 2009. Dengan kejayaan beterusan Mazda MX-5 (Miata) dan juga 124 Spider keluaran Fiat, Honda sudah mempunyai persaingan yang perlu diambil kira, sebelum mengeluarkan versi baru dan yang lebih upmarket bagi pasaran kereta sport ini. Honda S2000 baharu ini akan kekal dengan original, dengan menawarkan model enjin hadapan dan pacuan roda belakang. Apa enjin yang akan dipasangkan, masih lagi belum didedahkan, akan tetapi terdapat rumor yang mengatakan ianya bakal dipacu oleh enjin petrol iVTEC 1.5-liter turbo baharu.
Ianya sudah cukup untuk memberikan kuasa, dan dengan sedikit modifikasi dan talaan keatasnya, mungkin mampu boleh mengatasi model Mazda dan Fiat yang dinyatakan di atas. Disamping itu, terdapat juga rancangan untuk mengeluarkan versi Type-R, yang sudah pastinya dinantikan oleh peminat dunia permotoran. Buat masa sekarang masih belum jelas lagi tentang casis apa bakal Honda gunakan, dek kerana casis baru keluaran Honda tidak berasaskan model pacuan roda belakang. Honda dilihat serius tentang rancangan menghidupkan semula S2000, dengan boss Global Honda, Takahiro Hachigo menjelaskan; “Kami ada menerima permintaan dari orang ramai tentang mereka mahukan kereta sport, jadi kami menimbangkan cara dan bagaimana untuk memenuhinya,” sumber:arena kereta
|