Perusahaan Otomobile Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mengumumkan semalam ke atas kenaikan harga bagi model Perodua Axia G sebanyak RM1,500 selarat dengan penambahan komponen keselamatan pada model tersebut. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Perodua akan menambahbaik model Axia G dengan penambahan sistem Anti-lock Breaking System (ABS) yang merupakan ciri-ciri keselamatan yang dipandang penting dalam kereta-kereta moden. Penambahan ABS pada model Axia G ini akan mula berkuatkuasa pada bulan Januari akan datang. Ini merupakan komitmen syarikat tersebut bagi memantapkan lagi ciri-ciri keselamatan dalam produk keluarannya. “Tempahan yang dibuat bermula pada 11 Disember dan selanjutnya akan dikenakan harga baru dan penyerahan akan dibuat bermula Januari 2016. “Bagi pelanggan yang menempah Axia G antara 1 Oktober dan 10 Disember, tetapi masih belum menerima kereta mereka, Perodua akan menawarkan baucer RM500 sebagai token,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.
Berdasarkan harga terkini model berkenaan pada laman web Perodua, harga bagi Axia G 1000cc transmisi manual adalah dari RM32,127.16 di Semenanjung Malaysia. Manakala harga bagi model transmisi automatik adalah bermula dari RM35,127.15 seunit.
sumber:arenakereta
|