Mercedes telah mengeluarkan gambaran interior bagi model E-Class akan datang dan juga terdapat gambaran eksklusif yang menunjukkan apa yang dijangkakan pada reka bentuk luaran model terbaru ini. Model semasa Mercedes E-Class ialah antara model paling lama dalam syarikat itu dan ianya kini tertinggal di belakang di atas saingan dari syarikat-syarikat lain. Tapi ianya tidak lagi di mana kereta baru Mercedes E- Class dijangkakan akan menemui pengguna tidak lama lagi. Bermula pada Januari tahun hadapan, Mercedes akan memperkenalkan generasi ke-7 model terlaris mereka di mana sepanjang kewujudannya, sudah terjual 13 juta unit. Di Detroit Motor Show pada bulan Januari tahun hadapan, syarikat itu akan mendedahkan pesaing kepada model BMW 5 Series – model paling berteknologi tinggi pernah dikeluarkan. Ianya akan datang dalam 4 varian pilihan. Pertama sekali ialah model saloon seperti yang dibayangkan dalam imej digital ini dan akan mula dijual menjelang suku kedua tahun hadapan. Model wagon pula akan mula dijual kemudian pada tahun 2016. Selepas itu, model 2-pintu coupe juga turut dijangkakan akan muncul pada tahun 2017 bersama-sama dengan model Convertible yang akan melengkapkan keluarga model Mercedes E-Class ini.
sumber:arena kereta
|