View: 1707|Reply: 0
|
Laman "WEB" Khas Untuk Orang Dah Mati..
[Copy link]
|
|
Di zaman teknologi seperti sekarang ini, internet sudah menjadi hal yang biasa. Laman jejaring sosial banyak muncul. Bermula dari yang paling awal dikenali masyarakat Malaysia iaitu Friendster, hingga Facebook, Twitter, Pinterest, dan lainnya. Kini ada satu laman jejaring sosial baru lagi, namun khusus untuk orang yang sudah meninggal. Laman itu bernama Departedlife.com.
Departedlife merupakan laman sosial di buat oleh Planet E-Com Solutions, sebuah syarikat pemaju web yang berada di bawah naungan Microsoft. Pejabatnya berada di India dan Inggeris.
Laman Departedlife sendiri masih berada dalam tahap beta dan memerlukan akaun Facebook untuk boleh login. Setelah berdaftar, anda boleh membuat profil dan berkongsi gambar dan video tentang rakan atau keluarga anda yang sudah meninggal, agar orang yang juga mengenalinya dapat mendoakannya.
Semoga dengan dibuatnya laman ini, keluarga atau rakan yang telah meninggalkan kita lebih tenang di akhirat kerana ada lebih banyak orang yang masih hidup mendoakan mereka di dunia.
dairishare
|
|
|
|
|
|
|
| |
|