CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8498|Reply: 26

Kisah Issei Sagawa: Kanibal Yang Bernafsu Pada Mayat Wanita Jelita

[Copy link]
Post time 30-12-2015 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Issei Sagawa: Kanibal Yang Bernafsu Pada Mayat Wanita Jelita                                                            
Dec 29, 2015



PADA satu tengah hari  13 Jun 1981, seorang lelaki warganegara Jepun bernama Issei Sagawa berjalan ke Bois De Boulogne, sebuah taman awam jauh daripada kota metropolitan Paris, Perancis– dengan membawa dua beg pakaian bersaiz besar.

Sagawa dilihat sedang bertungkus lumus menolak beg-beg tersebut ke dalam tasik, tanpa menyedari tindak tanduknya diperhatikan seorang lelaki yang sedang berjoging.

Curiga dan perasaan ingin tahu terus menguasai lelaki tersebut, lalu beliau mengambil keputusan menjerit membuatkan orang sekeliling mula mendapatkan Sagawa yang jelas tidak tahu tindakan apa perlu dilakukannya.

Apabila dua beg itu ditarik kembali ke darat dan dibuka, alangkah terkejutnya orng ramai apabila melihat isinya adalah jasad seorang wanita yang telah dikerat-kerat anggotanya!

Mayat wanita malang itu dikenali sebagai Renee Hartevelt, warganegara Belanda yang telah ditembak tepat di kepala sebelum anggota tubuhnya disiat-siat seterusnya dimakan oleh Sagawa.

Renee Hartevelt.


Sagawa kemudiannya diberkas pihak berkuasa dan rumah sewanya digeledah.

Hasil pencarian polis menemui cebisan daging manusia dalam peti ais, yang kemudiannya dicantum kembali oleh pakar forensik bagi tujuan pengecaman.

Menurut laporan akhbar Perancis, Sagawa tanpa rasa bersalah telah mengaku bahawa dia membunuh untuk menjadikan daging Renee sebagai santapan.

Kiri: Jasad mendiang Renee Hartevelt yang dikerat-kerat sebelum dijadikan santapan Issei Sagawa (kanan).


“Saya akui mempunyai nafsu yang pelik. Saya dapat merasakan satu kepuasan dengan menggigit dan memakan tubuh wanita jelita,” katanya dalam satu temubual bersama media Perancis.

Dia dan Renee merupakan rakan sekelas dan menuntut dalam jurusan Sastera di Akademi Sorbonne, Paris.

Pada malam Renee dibunuh, Sagawa telah mengajak wanita itu ke apartmennya untuk membantu mengalih bahasa sebuah puisi Jerman ke bahasa Perancis.


Semasa Renee sedang membaca puisi tersebut, Sagawa menembaknya dari belakang, mengakibatkan wanita itu rebah dan mati serta merta.

Sagawa kemudiannya membogelkan mayat Renee dan terus menggigit bahagian paling menggiurkannya– iaitu punggung.

Namun, oleh kerana bahagian itu penuh dengan lemak, Sagawa tidak dapat terus memakannya. Dia cuba memotong bahagian itu menggunakan pisau pemotong buah, namun gagal. Resah dengan kegagalan cubaan pertama, Sagawa kemudiannya keluar untuk membeli pisau pemotong daging besar di kedai menjual daging berdekatan.

Akhirnya, dengan hanya satu hayunan, Sagawa berjaya mengerat bahagian lain yang turut menggiurkannya seperti betis, peha, payu dara dan bibir Renee. Malam itu, Sagawa bersantap bagaikan maharaja mayat rakan sekelasnya!

Berita kanibalisme ini menggemparkan rakyat Jepun dan Perancis, serta terpampang di dada-dada akhbar kedua-dua negara itu.

Jadi, adakah ‘si gila’ ini dihumban ke dalam penjara untuk seumur hidup atau dijatuhkan hukuman mati?

Jawapannya, tidak!

Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara sederhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.


Berasal daripada keluarga yang kaya-raya membolehkan bapa Sagawa menggunakan khidmat peguam terbaik di Jepun ketika itu.

Walaupun terang-terang dia seorang kanibal dan pembunuh, oleh kerana kelicikan dan ‘kebijaksanaan’ peguamnya, mahkamah gagal mencari bukti-bukti kukuh berdasarkan sistem peraturan yang termaktub di dalam undang-undang negara Perancis, seterusnya Sagawa hanya diisytiharkan tidak waras dan tidak sah dibicara!

Sagawa kemudiannya dipenjarakan di Paris. Namun beberapa bulan selepas itu dia dibebaskan dan dihantar pulang ke Jepun atas sebab rakyat Perancis membantah untuk menyalurkan cukai mereka hanya untuk membiaya kehidupan Sagawa sebagai banduan.

Sesampainya di Jepun Sagawa dengan rela hati memasukkan dirinya sendiri ke Hospital Psikiatrik Matsuzawa di Tokyo, di mana doktor pakar sebulat hati mendiagnos Sagawa sebagai “jahat tapi tidak waras” dan Sagawa telah dibenarkan untuk keluar dari pusat rawatan mental itu selamanya.

Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara sederhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.

Apabila ditanya adakah dia masih mempunyai nafsu pelik memakan daging manusia, Sagawa berkata hari ini dia telah menukar fantasi seksnya kepada yang lebih ekstrem.

“Saya mahu mati terseksa. (Saya ingin mati) dengan cara dimakan hidup-hidup oleh sekumpulan wanita seksi dan mengghairahkan,” katanya yang turut mengakui dalam satu perbualan bersama majalah Vice,Itu adalah fantasi paling ultimate bagi saya waktu ini. – MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 02:22 PM | Show all posts
wanita cantik dan seksi tak ada yang hingin nak makan ko pakcik! keji!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:49 PM | Show all posts
mmg cantik perempuan tu. kejinya dia bunuh dan makan mayat kwn sendiri.

ak rse kalau ko org melayu, ko mati dek kena keji je mana ko pegi.. kua rmh je dh kena kate macam2 sampai btl2 biol ko kena cerca.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:40 PM | Show all posts
impian mcm2....giler plak tuh...sape nk makan ko..silap2 ko yg terkam dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:58 PM | Show all posts
peguam tu lagi gila!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:02 PM | Show all posts
psikonya!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 05:29 PM | Show all posts
psikopath ! euuww
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:54 PM | Show all posts
humban kat kandang singa jer..baru dia tau kene siat2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 06:34 PM | Show all posts
The power of money. Jahat cenggini pon bole lepas and hidup bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau peristiwa ini terjadi di India atau Pakistan. Hancur lumat la pakcik ni. Rakyat sana mesti lapah daging ko hidup2, cincang2 guna pemotong daging yg beso tu, dan masukkan ko slow2 ke dalam mesin kisar tulang lembu

Takde maknanya nak naik mahkamah segala. Disitu juga hayat ko habis dikerjakan rakyat india dan paki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm babi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:23 AM | Show all posts
Cehh ada hati nk dimakan pompuan seksi kononnnn...

ang layak di makan babi hutan seksi ja lah saiko maniac
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 01:46 AM | Show all posts
he is downright psychopath - ni seriously.
if wanita yang dimakan tu ada Prions atau protein yang berbahaya , hmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 02:00 AM | Show all posts
Orang Jepun memang pelik-pelik. Tak percaya? Sila tengok Jap porns. Memang pelik-pelik belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:08 AM | Show all posts
peguam dia ni mmg power la....duit segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:10 AM | Show all posts
Orang jepun ni pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 10:36 AM | Show all posts
dia memang akan mati terseksa..tapi bukan di makan dek perempuan seksi..bagi makan dengan bapok kaki berbulu baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:03 AM | Show all posts
bg makan ngan babi je dia ni..
keji sgt perangai, mkn kwn sendiri.. jijiks
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:51 PM | Show all posts
so dengan umur 66 tahun ni
berapa ramai wanita jelita yang dah dihayun olehnya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 02:18 PM | Show all posts
pasan sgt la org nk klapaq nk mkn dia..
jijit ahh wungkoo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.330495 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list