CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8508|Reply: 4

Belajar Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu

[Copy link]
Post time 30-12-2015 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. Dari segi warna

                  

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging

                     
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).


3. Dari lemak yang kelihatan

                     

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.


4. Dari segi tekstur

                                         


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.
dairishare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 09:37 PM | Show all posts
keciknya foto tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:53 PM | Show all posts
ygn paling senang tengok pada warnya .

Kalau dgn daging kambing agak payah sikit sbb lemak daging lebih kurang serupa je dgn lemak babi...terutama dari segi ketebalan lemak nya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:16 AM | Show all posts
Kalau dgg tutt depa  masak biasa2 ja aku tgk dgg tengah merah pucat..tepi2 dgg  kaler merah darah..

dulu dekat  prc, org kantin tu masak kari..dgg tutt la pulak..nasib aku x cedok lg..kembang tekak aku mengingatkan pinggan yg aku guna utk mkn masa tu    mcm mana la gamaknya ekk  dah pinggan sudu suma becampur aduk  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:25 PM | Show all posts
di jepun daging babi letak atas nasi ,sesiapa xnak daging babi cuma ambil buang daging babi tu tp nasi habis makan dgn sayur ke lauk sardin maska sendiri

aku lebih rela makan roti ,lgpun aku mmg xsuka nasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054856 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list