CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9798|Reply: 9

TRADISI NGAYAU DALAM ERA DARURAT 1948-1960

[Copy link]
Post time 12-1-2016 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by robotech at 12-1-2016 05:05 PM

TRADISI NGAYAU DALAM ERA DARURAT 1948-1960


Mayat2 pengganas Komunis yang tewas bergelimpangan dalam satu operasi gerila.

Tahukah anda, sementelahan Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri2 peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu. Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut mayat2 pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.

Anggota keselamatan Komanwel dan askar Melayu yang keluar dari hutan mengangkut mayat pengganas Komunis yang tewas.

Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat2 pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan. Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis. Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.


Seorang pegawai Royal Marine bergambar dengan dua kepala pengganas Komunis yang dipenggal.

Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak Laut aka Iban dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters" (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, "‘Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes2 terpencil).


Tentera British Malaya berlatih bersama pahlawan Iban yang merupakan anggota Sarawak Rangers

Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik2nya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that the Dyaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa2 menentang penggunaan mereka ini).

Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit2 yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto2 gambar yang mengerikan).


Mayat pengganas Komunis yang tewas di tangan Polis Malaya dalam satu serbuan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2016 08:51 PM | Show all posts
INFO TAMBAHAN:

Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala2 pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era Darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era Darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah2 mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.

Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila2 Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 09:59 AM | Show all posts
wah... tak pernah terpikir pun pasal mayat pengganas ni dibawak balik, ingatkan lepas terbunuh tu memang diorang tinggal macam tu je dalam hutan, rupanya memang dibawak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:28 PM | Show all posts
iban and dayak 2 suku kaum yang berbeza ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:55 PM | Show all posts
billionman78 replied at 20-1-2016 12:28 PM
iban and dayak 2 suku kaum yang berbeza ke?

iban subset dayak

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:50 PM | Show all posts
info menarik...bangga menjadi rakyat sarawak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2016 06:32 PM | Show all posts
kalau nak tahu dayak yg penah buat ngayau,bwh dagunya akan dibuat/ukir tatu sebai lambang bujang berani
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mayat komunis yg ditembak dlm hutan akan di bawa keluar kw bandar utk diletak di depan balai polis.Ketika itu org ramai akan berkerumun melihat mayat termasuklah sedara mara komunis itu yg ditinggal dibandar.Tetapi mereka hanya mendiam diri dan buat tak tahu saja walaupun komunis tersebut saudara mereka sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2016 09:34 AM | Show all posts
Odyman replied at 9-4-2016 01:41 PM
Memang mayat komunis yg ditembak dlm hutan akan di bawa keluar kw bandar utk diletak di depan balai  ...

Sebab itu SB (Sierra Bravo / Special Branch) akan letak pegawai2 mereka berpakaian preman (undercover) dikalangan khalayak semasa masyarakat umum berkumpul kat balai polis tengok mayat CT (Communist Terrorists / Pengganas Komunis) yang dipamerkan.

Biasanya unit2 SB ni mmg mahir bab "profiling" simpatisan / saudara mara CTs yg terbunuh .... yg mana riak wajah ada sedih atau apa shj yg mencurigakan hgga timbul syak wasangka akan dikenalpasti utk tindakan siasatan selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 12:24 PM | Show all posts
Pernah dgr dari ceramah Datuk Paul Kiong....peranan SB dalam perang dgn Komunis...dengar cerita dia pun dah berdebar..penuh dgn risiko..antara hidup dan mati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071492 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list