CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9544|Reply: 33

Kisah Akhirul Zaman - Satu Perkongsian Umum (dari sudut Islami)

[Copy link]
Post time 12-1-2016 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by robotech at 31-5-2016 10:55 AM

Kisah Akhirul Zaman - Satu Perkongsian Umum

- Nukilan dan susunan oleh Robotech

SEBUAH hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda dengan mafhumnya: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah s.a.w.: “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud)
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tanda-tanda kiamat bagaikan manik-manik yang terangkai dalam satu benang. Jika benang itu putus, manik-manik itu akan saling berkejaran.”
(HR. Al-Hakim)

Di tika orang Islam ibarat "buih di lautan", ramai tapi tak bersatu, mengalami penindasan demi penindasan, selainnya hanyut dalam buaian mainan dunia dari mengabdikan diri dengan ibadah kepada Allah, satu demi satu tanda2 besar kiamat akan muncul. Malah kebanyakan ulamak bersepakat bahawa kesemua tanda2 kecil kiamat sudah dizahirkan dan dunia kini bakal menyaksikan zahirnya tanda2 besar kiamat yang akan muncul ibarat biji tasbih yang jatuh satu persatu bertali arus jika tasbih diputuskan benangnya.

Rasulullah saw. bersabda, “Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya.

Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tak bisa hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.”
(HR. Abu Dawud, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban)

Di akhir zaman, umat Islam muncul sebagai pasukan perang yang berada di As-Sham (Syria / Lubnan / Jordan / Palestin), Iraq dan Yaman.Terbentuknya pasukan perang / mujahidin di tiga tempat itu akibat konflik setempat dimana umat Islam di sana tertindas.

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”
(HR Abu Daud)
“Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan kalian. Mereka semua adalah putra khalifah.Tetapi, tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian. Maka jika kamu melihatnya, berbaiatlah walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi.”
(HR Tsauban)
Dari Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW bersabda, “Pada bulan Zulkaedah akan mula berlaku huru-hara, kemudian para jemaah haji dirompak (dan dibunuh). Berlaku pertempuran yang dahsyat di Mina sehingga sebahagiannya melarikan diri, dan dia akan dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya. Pembaiatan itu dilakukan oleh sejumlah yang sama dengan tentera Badar, penduduk langit dan bumi meredhai (pemerintahannya).”
(HR Al-Hakim & Nuaim bin Hammad)
Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah- tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(HR Ibn Majah, Abu Nuaim & Al- Hakim)
Sabda Nabi SAW, “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.”
(HR At- Tarmizi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik. Dia akan dipanggil Sufyani. Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan malah membunuh kanak-kanak. Seorang lelaki dari keluarga ku akan muncul di Masjidil Haram, berita kedatangan beliau akan sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu daripada tenteranya. Dia (merujuk kepada Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka. Mereka kemudian akan melakukan perjalanan dengan sesiapa yang masih hidup sehingga mereka sampai ke padang pasir dan mereka adalah ditelan. Tiada akan terselamat kecuali seorang yang telah memberitahu orang lain tentang mereka."
(Mustadrak Al-Hakim)

Kemudian, seorang khalifah di Tanah Arab akan mangkat menyebabkan perebutan kuasa dikalangan warisnya (3 orang putera) bertelingkah melibatkan pertumpahan darah hingga ke tempat simpanan Kaabah. Dalam tahun itu juga, dalam akan berlaku gerhana bulan dan gerhana matahari serentak dalam bulan Ramadhan. Akibat kekacauan, musim haji pada tahun itu akan menyaksikan perompakan dan pembunuhan berdarah jemaah haji hingga darah2 mengalir ke Jamrah.

Tahun berikutnya, seorang lelaki berasal dari Madinah bernama Muhammad ibn Abdullah akan dibaiah di Makkah antara Rukun dan al Maqam di Kaabah. Perisytiharan Imam Mahdi di Makkah akan diikuti pula dengan pencerobohan satu angkatan tentera dari as-Sham yang dihantar pemerintah Sham yang bernama as-Sufyani untuk menghapuskan al Mahdi. Angkatan tentera ini akan tiba di satu daerah bernama al Baida di antara Madinah dan Makkah dan akan ditelan oleh bumi. Sejurus berita kemusnahan angkatan tentera Sham itu di al Baida diketahui umat Islam seluruh dunia maka berbondong2lah umat Islam Sham dan Iraq datang membaiah Imam Mahdi dan kemunculan panji2 hitam dari Timur, iaitu wilayah Khorasan.

Imam Mahdi akan berperang dengan seorang lelaki berketurunan Quraish bersuku Kalb disebelah ibunya dan ianya dikalahkan dalam perang Kalb dan banyaknya harta rampasan ghanimah dibahagikan. Imam Mahdi dan pasukan Islam akan memerangi setiap pemimpin Islam yang batil dan membebaskan umat Islam dari kezaliman dan menyatukan kesatuan bagi ummah.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kalian akan selamat dan mendapatkan harta rampasan perang. Kemudian kalian akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Maka berdirilah seorang laki-laki dari kaum Rum lalu ia mengangkat tanda salib dan berkata, ‘Salib telah menang’.

Maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kaum muslimin, lalu ia membunuh laki-laki Rum tersebut. Lalu kaum Rum berkhianat dan terjadilah peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kalian di bawah 80 bendera, dan di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentara.”
(HR. Imam Ahmad,  Imam Abu Dawud, dan imam  Ibnu Majah)
Rasulullah SAW telah bersabda: “Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A’maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh balatentara dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu."
(HR. Imam Muslim bin Hajjaj dari Abu Hurairah RA)
Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu sekalian akan menyerbu jazirah Arab, sampai ditaklukkan Allah. Kemudian (kamu menyerbu) Persia sampai negeri itu ditaklukkan Allah. Kemudian (kamu menyerbu pula) Romawi, sampai negeri itu ditaklukkan Allah. Kemudian kamu menyerbu Dajjal, sampai ia ditaklukkan Allah.”
(HR. Muslim)
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, disebelah kota bernama Damsyik, salah satu kota terbaik di Syam.”
(HR. Imam Abu Daud dari Abu Darda’)

Sampai masanya, umat Islam bersekutu dengan Rum melawan satu musuh yang sama dalam satu siri peperangan yang besar sehinggalah musuh itu dikalahkan oleh pakatan Muslim + Rum di as-Sham. Setelah mencapai kemenangan, tentera Rum menaikkan Salib menyatakan Salib mencapai kemenangan dan terjadi pertumpahan darah apabila tentera Islam mematahkan salib itu.

Diriwayatkan oleh Muslim bin Hajjaj dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah bersabda,“Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa romawi singgah di Al-A’maq atau di Dabiq (keduanya nama dua tempat di Syria dekat kota Halab (Alepo)). Lalu mereka diserbu oleh bala tentara dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. Apabila mereka telah berbaris rapi, maka berkatalah orang-orang Romawi : ‘Biarkan kami berperang melawan orang-orang yang telah menawan orang-orang kami’. (Menurut penafsiran Ibnu KAtsir bahwa salah satu alasan pengkhianatan Bani Ashfar kepada kaum muslimin adalah sebagian Bani Ashfar ada yang masuk Islam di zaman Al-Mahdi, sehingga membuat kawan-kawan yang setanah air dengan mereka menjadi marah dan menginginkan agar kaum muslimin menyerahkan mereka kembali. Namun kaum muslimin tidak menyerahkan sebagian Bani Asfar yang masuk Islam itu kepada bangsa Rum).

Jawab kaum muslimin, “Demi Allah, kami takkan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami”. Maka kaum muslimin pun menyerbu mereka, lalu diantara mereka ada 1/3nya mundur (kaum muslimin yang surut/lari dari perang). Mereka itu takkan diterima taubatnya oleh Allah selama-lamanya. Dan ada 1/3 lagi yang terbunuh, mereka adalah para syuhada yang terbaik disisi Allah. Sedang 1/3 lainnya mendapat kemenangan. Mereka (yang menang ini)  takkan mendapat bencana selama-lamanya. Mereka inilah (kaum muslimin yang selamat dan menang perang) yang dapat menaklukkan Konstantinopel. Namun ketika mereka membagi-bagi harta rampasan perang, sementara pedang-pedang mereka digantungkan di pohon zaitun, tiba-tiba syaitan berteriak kepada mereka, bahwa Dajjal telah membokong dan menyerang keluarga mereka. Oleh kerana itu mereka pun keluar lah, padahal semua itu tidak benar.

Rasul kemudian bertanya kepada kami, “Sudahkan kalian mendengar sebuah kota, yang sebelah daripadanya ada didarat dan sebelah lainnya ada di laut (Konstantinopel)?”. Para Sahabat menjawab, “Sudah, ya Rasul Allah.”

Rasul kemudian bersabda, “Kiamat takkan terjadi sebelum kota itu diserbu oleh 70.000 tentara dari anak keturunan Ishaq . Apabila mereka telah datang ke kota itu, mereka singgah, tetapi tidak berperang dengan satu senjatapun, dan tidak melemparkan satu anak panah pun. Mereka hanya mengucapkan, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka jatuhlahsalah satu dari kedua belahan kota itu – Tsaur (sang perawi) mengatakan, “saya tidak tahu kecuali Rasul bersabda, ‘Belahan yang ada di laut’ –. Kemudian mereka mengucapkan untuk kedua kalinya, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka jatuh lah belahan yang lain dari kota itu. Sesudah itu mereka mengucapkan pula untuk yang ketiga kalinya, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka terbuka lah kota itu bagi mereka, sehingga mereka dapat memasukinya, lalu mendapat harta rampasan perang.

Tatkala mereka tengah membagi-bagikan harta rampasan perang, tiba-tiba terdengarlah teriakan meminta tolong yang mengatakan “Sesungguhnya Dajjal benar-benar telah muncul.” Oleh karena itu mereka pun meninggalkan apa saja, lalu pulang. Lalu tatkala mereka memasuki negeri Syam (menuju kemah besar kaum muslimin yang berada di Ghouthah, disebelah kota bernama Damaskus, salah satu kota terbaik di Syam), ternyata Dajjal telah keluar (telah pergi dari negeri itu).

Syahdan, tatkala mereka bersiap-siap untuk berperang dan merapikan barisan, tiba-tiba dikumandangkan iqamatus-shalat. Maka mereka segera mengerjakan shalat (subuh). Maka saat itu turunlah Nabi ‘Isa bin Maryam dan mengerjakan shalat bersama-sama mereka.

Apabila musuh Allah itu (Dajjal) melihat Nabi ‘Isa, maka dia meleleh seperti lelehnya garam dalam air. Andaikata dia dibiarkan, tentu akan benar-benar meleleh sampai mati. Akan tetapi Allah membunuh dia dengan tangan Nabi ‘Isa. Lalu Nabi Allah itu memperlihatkan kepada kaum muslimin darah Dajjal pada tombak yang dipegangnya.”
– Ibnu Katsir, 70-73.

Tentera Rum akan berundur dan kemudian akan kembali semula dengan pakatan 80 panji-panji bani Al-Asfar (bangsa Eropah) dimana setiap panji terdapat 12,000 tentera ke as-Sham. Ketika itu tentera Islam dibawah Imam Mahdi akan bertempur dgn tentera2 pakatan Rum dalam perang terbesar dan terakhir di dunia, iaitu perang Almalhamah Kubra (aka Armageddon sbgmana kitab samawi Injil / Taurat) di al-A'maq / Dabiq. Perang yang berlanjutan selama 3 hari akan menyaksikan pada hari pertama 1/3 tentera Muslim akan lari dari medan perang dan dosa mereka takkan diampunkan Allah sampai bila2, hari kedua menyaksikan 1/3 tentera Islam syahid dan merupakan sebaik2 syuhada, manakala hari ketiga baki 1/3 tentera Islam akan mencapai kemenangan. Setelah itu Imam Mahdi dan tentera Muslim akan menakluk Constantinople (Istanbul) tanpa menumpahkan darah hanya menggunakan laungan azan sahaja.

Dari Mu’adz bin Jabal, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Al Malhamah Al Kubra, penaklukan Konstantinopel dan keluarnya Dajjal terjadi selama tujuh bulan.
(HR Abu Dawud)
Abdullah bin Busr berkata Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda "Jarak antara Al-Malhamah dan penaklukan Konstantinopal adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun ketujuh".
(Abu Daud dalam Al-Malahim, no 4128).
“Anas Bin Malik mengatakan bahwa Rasulullah saw berkata: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi.”
(HR Muslim)
Nabi bersabda “Dajjal akan diikuti oleh 70.000 yahudi dari kota Isfahan , mereka memakai Al-Tayalisah”.
(HR Muslim)
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah SAW! Berapa lamakah ia (dajjal) akan tinggal di muka  bumi ini? Nabi SAW menjawab: Ia (dajjal) akan tinggal selama 40 (empat puluh) hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari  berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama  seperti hari kamu yang biasa."
(HR Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam AS (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah SAW) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga umat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu. Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah SWT sebagai penolong kamu sekalian".
(HR Ibnu Majah)
Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Tidak ada satu negeri pun, melainkan semua diinjak oleh Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Semua jalan yang menuju kesana dijaga dengan malaikat dengan berbaris. Maka berhentilah Dajjal disebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah berguncang tiga kali. Lalu - keluarlah semua orang-orang kafir dan munafik – Dari kota Madinah menemui Dajjal.’
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Isa Bin Maryam Akan Membunuh Dajjal Di Bab Lud (Gerbang Lud).”  
(HR Ahmad, Tirmidzi, dan Nu’Aim Bin Hamad)
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah yang menggenggam jiwaku, tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan membatalkan ufti. Dan waktu itu harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorangpun yang menerima (zakat)-nya, dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(HR Al-Bukhari)

Ketika itulah fitnah Dajjal mula menjelma, Iblis Laknatullah akan menyamar sebagai mujahidin menyeru kaum Muslimin pulang ke kampung halaman dgn perkhabaran Dajjal sudah tiba ke pintu rumah mereka. Di saat pejuang Islam berduyun2 pulang ke kampung halaman, maka barulah Dajjal muncul bersama 70,000 pengikutnya berbangsa Yahudi yang bertayalisah dari kota Isfahan. Munculnya Dajjal adalah selama 40 hari, hari pertama tempohnya panjang seperti setahun, hari kedua panjangnya selama sebulan, hari ketiga panjangnya seminggu, hari keempat dan baki 36 hari lainnya sama tempoh dengan hari biasa (24 jam). Dalam tempoh itu Dajjal berjaya menyesatkan umat manusia dari golongan kafir, ahlul kitab dan juga org Islam sendiri. Dajjal menjelajahi seluruh pelusuk bumi tapi gagal memasuki Makkah dan Madinah. Kedua2 kota itu akan dilanda gempa sehingga umat2 Islam yang fasiq / munafiq / kufur keluar lari bertempiaran dari kota2 itu dan merekalah tergolong antara pengikut Dajjal. Di saat itu juga Dajjal bersama bala tenteranya akan memerangi Imam Mahdi dan pengikutnya, Nabi Isa al-Masih AS akan diturunkan di menara putih di timur Damsyik (Damascus). Nabi Isa akan membunuh Dajjal di kota Lod dan pejuang Islam dan Imam Mahdi akan memerangi sakibaki pengikut Dajjal dan semua Yahudi akan dibunuh. Salib akan dipatahkan dan semua babi/khinzir akan dibunuh.

"Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang dzalim.”
(Al-Qur’an: surah Al-Anbiya’ ayat 96-97)
Rasulullah SAW berkhutbah dalam keadaan jarinya tersengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kalian mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj wa Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.”
(HR. Ahmad)
“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, yaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah subhanahuwata’ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.”
(HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)
Ketika Allah subhanahuwata’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah subhanahuwata’ala keluarkan Ya’juj wa Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu terkepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissallam dan para sahabatnya.

Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kalian sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala pun mengirim sejenis ulat yang muncul di leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissallam pun berharap (berdoa) kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah subhanahuwata’ala kehendaki2. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak menyisakan satu pun rumah maupun khemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkahmu.”
(HR. Muslim)

Setelah itu, Ya'juj wal Ma'juj akan muncul melakukan kerosakan di muka bumi sehinggakan orang beriman terpaksa berlindung di gunung2. Ramainya Ya'juj wal Ma'juj hinggakan kering Tasik Tabariyyah (Tasik Galilee) diminum kaum itu. Di tika itu umat Islam yang bersama Nabi Isa terkepung di sebuah bukit hampir kebuluran hinggakan harga satu kepala lembu lebih bernilai dari seratus dinar menunjukkan kesempitan dan penderitaan umat Islam. Ya'juj wal Ma'juj akan dibinasakan menerusi ulat ditengkuk mereka, dan setiap inci mukabumi dipenuhi bangkai mereka hingga Allah mengirimkan burung2 sebesar unta mengangkat bangkai2 itu dan hujan lebat akan diturunkan membersihkan bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun."
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Adalah Kenabian (nubuwwah) itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang menempuh jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Aadhdhon), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang memaksa (diktator) (Mulkan Jabariyah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang menempuh jejak Kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam.”
[HR. Imam Ahmad]
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahwa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami.”
(Al-Quran, surah An Naml ayat 82)
Rasulullah SAW bersabda: “Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, maka ia akan mencap hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang Mu’min dengan cincin, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang-orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata: “Makanlah ini wahai orang Mu’min” dan “makanlah ini wahai orang kafir.”
(HR Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Majah)

Bermulalah fasa Khilafah ala Minhajin Nubuwwah (di atas manhaj Kenabian) dengan Imam Mahdi memerintah, setelah wafat diganti pula dengan nabi Isa ibn Maryam. Dalam era itu akan muncul Dabbatul-Ardh (binatang melata) yang akan menandai manusia antara yang beriman (akan ke syurga) dan yang kafir (akan ke neraka). Mereka yang beriman akan cerah wajahnya dan yang kafir akan gelap wajahnya ditandakan Dabbatul Ardh. Pada masa itu orang beriman akan memanggil sang kafir dengan perkataan, "Wahai sang kafir" dan orang kafir pula juga menjawab, "wahai orang beriman". Pemerintahan Imam Mahdi hingga Nabi Isa penuh keberkahan, sehinggakan tiada lagi yang fakir miskin, hatta harta yang ingin diinfakkan / disedekahkan tiada lagi penerima. Haiwan buas dan haiwan ternak hidup damai, hatta haiwan pemangsa boleh duduk sekali dengan haiwan mangsa.

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Waki' telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Hayyan At Taimi dari Abu Zur'ah bin 'Amru bin Jarir dari Abdullah bin 'Amru dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tanda-tanda yang pertama kali keluar adalah terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang melata kepada manusia pada waktu pagi." Abdullah berkata, "Tidaklah salah satu dari keduanya muncul lebih awal kecuali yang lain akan menyusul keluar secepatnya." Berkata Abdullah, "Aku tidak mengira kecuali terbitnya matahari dari barat."
(HR Ibnu Majah)

Maka matahari akan terbit di sebelah Barat, dan pintu taubat telah tertutup.

"Kemudian Allah akan mengutus angin yang dingin dari arah Syam, maka tidak ada seorang pun di Bumi yang di dalam hatinya ada kebaikan atau iman meski sebesar biji sawi, kecuali akan dicabut nyawanya oleh angin tersebut. Sampai seandainya salah seorang dari mereka masuk ke dalam gunung, niscaya angin tersebut akan masuk bersamanya dan mencabut nyawanya. Maka tersisalah sejelek-jeleknya manusia yang ringan berbuat kerusakan, seperti ringannya burung dan mereka ganas dalam berbuat kezaliman satu dengan yang lain, seperti ganasnya haiwan buas. Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. "
(HR. Muslim)
Dari Abdullah ibn Umar bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Ka’bah, pengikutnya akan merampasnya, dan menganggalkan kain kiswahnya. Seakan-akan saya melihatnya botak dan ditinggalkan.”
(HR Ahmad)

Dari Ibn Abbas bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seakan-akan saya melihat Ka’bah sedang diturunkan batu demi batu.”
(HR al Bukhari dan Ahmad)

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Ka’bah.”
“Saat ini saya seperti melihatnya sedang menghancurkan Ka`bah sedikit demi sedikit, satu persatu batu ia hancurkan, ia adalah seorang hitam yang salah satu matanya tidak normal.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Setelah kematian Nabi Isa, Allah akan menghantarkan angin sepoi dari As-Sham yang akan mengambil nyawa setiap orang beriman di muka bumi. Setelah matinya semua orang2 yang beriman, Kaabah pula nantinya akan dimusnahkan oleh Zul al-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) tempang serta hitam dari Habsyah dengan cangkulnya. Dunia akan hanya tinggal orang2 kafir dan semua akan berbuat kerosakan sehinggakan ada yang berzina dikhalayak umum seperti haiwan tak berakal.

Dari Abu Hudzaifah bin Asid ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman, yang menggiring manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar mereka).” Dalam riwayat lain: “Dan api yang keluar dari lembah ‘And yang menggiring manusia.”
(HR Muslim)

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Akan keluar api dari Hadramaut atau dari laut Hadramaaut sebelum datangnya hari kiamat yang mengumpulkan manusia.”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Akan muncul api besar marak dari Yaman yang menyambar mengumpulkan manusia2 akhir zaman, dan berlakulah kiamat yang menghancurkan segala2nya makhluk dan ciptaan.

Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 04:14 PM | Show all posts
pernah dgr org kata selepas imam mahdi dan nabi isa turun akan berlaku peperangan yg begitu panjang. ttak tahulah berapa lama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:02 PM | Show all posts
Cute avatar ko.. lukis sendiri ke?

Robotech punya toy mahal giler skrg isk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 05:38 PM | Show all posts
cut/paste:

Setelah itu, Ya'juj wal Ma'juj akan muncul melakukan kerosakan di muka bumi sehinggakan orang beriman terpaksa berlindung di gunung2. Ramainya Ya'juj wal Ma'juj hinggakan kering Tasik Tabariyyah (Tasik Galilee) diminum kaum itu.

Bilakah munculnya Ya'juj dan Ma'juj ini? Dunia sekarang sudah rosak dan Tasik Galilee is drying at the point of no return?

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:56 PM | Show all posts
menurut pemahaman aku, turunnya yakjuj dan makjuj dari pergunungan dan meminum air tasik galilie sehingga kering hanyalah sekadar perlambangan/sybolism. kaum yakjuj dan makjuj sekrang sudahpun berada di israel sekarang dan mereka menggunakan satu-satunya sumber air tawar dari tasik galilie selama 50 tahun sehingga paras tasik turun 20 kaki. dan sekrang rakyat israel terpaksa pula memproses air laut utk dijadikan air tawar.

kalau anda lihat di tv9 rancangan Halaqah, ustaz Daniel berkata kita sudahpun berada di fasa keempat, iaitu hari ke 4 sama tempoh seperti 24 jam hari hari biasa kita didunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 12:26 PM | Show all posts
radhi replied at 16-3-2016 05:38 PM
cut/paste:

Setelah itu, Ya'juj wal Ma'juj akan muncul melakukan kerosakan di muka bumi sehinggaka ...

Ya'juj Ma'juj akan keluar pada satu ketika setelah Dajjal dibunuh di kota Lodd oleh Nabi Isa AS. Keringnya Tasik Tabariyyah atau Galilee disebabkan ramainya bangsa ini singgah ke tasik itu dan meminum airnya sehinggakan habis kering permukaannya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2016 12:29 PM | Show all posts
gbam replied at 16-3-2016 09:56 PM
menurut pemahaman aku, turunnya yakjuj dan makjuj dari pergunungan dan meminum air tasik galilie seh ...

Mana mungkin simbolisme .... Islam sebagai agama hatta Al Quran dan Hadith tak memerlukan simbolisme. Ya Tasik Galilee sekarang turun kadar jumlah air tapi itu disebabkan penggunaan Tasik utk tujuan domestik dan industri, sebagaimana penurunan mendadak tasik2 lain di dunia akibat tekanan penggunaan oleh pembangunan era moden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 12:33 PM | Show all posts
Edited by robotech at 17-3-2016 12:35 PM
gbam replied at 16-3-2016 09:56 PM
kalau anda lihat di tv9 rancangan Halaqah, ustaz Daniel berkata kita sudahpun berada di fasa keempat, iaitu hari ke 4 sama tempoh seperti 24 jam hari hari biasa kita didunia.



Anda sudah keliru. Pada awal kemunculan Dajjal adalah 3 hari yang pertama iaitu hari pertama panjangnya setahun, hari kedua panjangnya sebulan, hari ketiga panjangnya seminggu manakala hari keempat dan selepas itu barulah seperti hari2 biasa dgn tempoh 24 jam.

Kita belum menempuhi hari2 kemunculan Dajjal sbgmana yang diceritakan dalam hadith.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 03:52 PM | Show all posts
kalau yakjuj makjuj dah turun maknanya Imam Mahdi & Nabi Isa dah ada di bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:30 PM | Show all posts
robotech replied at 17-3-2016 12:33 PM
Anda sudah keliru. Pada awal kemunculan Dajjal adalah 3 hari yang pertama iaitu hari pertama p ...

Please lets not point fingers on who is confused and who is not. I think all of us are being tested here in the "age of fitan".

We need to be open minded, strong iman, ready to learn from each & one another here and keep requesting a lot of guidances from Allah as is always being done.

6.     Eh 'DENAS SIRAATAL MUSTAQEEM.
        Guide us in the right path

The subject is important and very appropriate that it was brought up thus I applaud you for creating a tread on this subject akhirul zaman for more discussion. It is a hard subject with cleaverly well disguished devine cloulds to conceal the messages. We need to have "iman" and wide knowledge of the subject matter to decode the concealed messages.

I do not think we can read the hadiths literally and straight forward without guidance or any references to the quran.




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 05:07 AM | Show all posts
ini antara contoh takutkan kematian  



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 06:01 PM | Show all posts
bro, habis tu nak tunggu tasik galilie kering kontang terus baru percaya yakjuj makjuj akan keluar, sekrang pun kadar tasik gallile mengering dengan sangat pantas, sungai yg menjadi sumber kepada tasik pun turut mengering, ya proses semulajadi. habis tu kalau yakjuj makjuj tak keluar juga nak kata macam mana?

kajian DNA juga telah dilakukan, menunjukkan hampir semua penduduk israel mempunyai DNA mediteranean yg kecil, jadi mereka bukan bangsa yahudi tulen, mereka yahudi jadi-jadian dari tempat lain, atau memeluk agama yahudi selepas era kristian. Kajian juga menunjukkan DNA rakyat palestin dan DNA yahudi tulen mempunyai DNA mediteranean yg sama banyak, jadi mereka adalah blood related.

saudara tonton Halaqah TV9 sabtu 6.30 ptg hingga 7.30 ptg 2 minggu lepas, Ustaz Daniel bercakap tentang Dajal. minggu lepas tentang illuminati. Ustaz danial bukan lah uztaz facebook, beliau telah lama berbicara di radio pulau pinang sebelum ini. Beliau telah berkata kita berada dalam fasa keempat. baru semalam pun ustaz jemputan halaqah berkata bukan sekali tapi 2 kali kita telah berada di fasa keempat. kita sudah berada di fasa terakhir, peperangan di syria adalah umtuk mempersiapkan singgahsana dajal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:55 AM | Show all posts
Edited by radhi at 21-3-2016 09:57 AM
Acong replied at 19-3-2016 05:07 AM
ini antara contoh takutkan kematian

Ah Chong!

I over estimated you. I thought you are on top of this Illuminati issues.

The countries, the Federalists, all World leaders and the secular Ulama' all had betrayed mankind and the communities (qariah).  The pope is not representing the Christians just as the care takers of the Mecca and Medina betraying the Muslim Ummah.


                             


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:06 AM | Show all posts
radhi replied at 21-3-2016 09:55 AM
Ah Chong!

I over estimated you. I thought you are on top of this Illuminati issues.

agama patut diharamkan  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:15 AM | Show all posts
gbam replied at 20-3-2016 06:01 PM
bro, habis tu nak tunggu tasik galilie kering kontang terus baru percaya yakjuj makjuj akan keluar,  ...

My understanding of the quran from Surah Anbiyah ayat 95-96 (Quran 21: 95-96) is that Gog and Magog are already spreading "Fasad" on earth. (fasad fir adr)

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:39 AM | Show all posts
gbam replied at 16-3-2016 09:56 PM
menurut pemahaman aku, turunnya yakjuj dan makjuj dari pergunungan dan meminum air tasik galilie seh ...

Fasa keempat, fasa yg last ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 02:37 PM | Show all posts
applemy replied at 21-3-2016 11:39 AM
Fasa keempat, fasa yg last ke?

ya fasa keempat ialah yang terakhir.

Kemudian hari yang masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama  seperti hari kamu yang biasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 02:45 PM | Show all posts
petikan dari atas.
Setelah itu, Ya'juj wal Ma'juj akan muncul melakukan kerosakan di muka bumi sehinggakan orang beriman terpaksa berlindung di gunung2. Ramainya Ya'juj wal Ma'juj hinggakan kering Tasik Tabariyyah (Tasik Galilee) diminum kaum itu. Di tika itu umat Islam yang bersama Nabi Isa terkepung di sebuah bukit hampir kebuluran hinggakan harga satu kepala lembu lebih bernilai dari seratus dinar menunjukkan kesempitan dan penderitaan umat Islam.

kamu kaji harga sebuku roti, gula dan tepung di syria sekarang naik berkali-kali ganda, bukankah itu satu petunjuk.

yakjuj dan makjuj telah melakukan kerosakan membantai umat islam palestin tahun 1940 hingga sekarang, umat islam bosnia,afghanistan,iraq, bahkan orang asli asutralia (aboriginies) dan orang asli amerika (red indian) juga banyak yang mati.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 02:52 PM | Show all posts
petikan dari atas,
“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, yaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah subhanahuwata’ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.”
(HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)

lebih nampak jelas kalau kita berkata kaum yakjuj makjuj melancarkan perang dengan roket dan missile.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 06:04 PM | Show all posts
sini link kajian DNA

http://www.haaretz.com/israel-news/science/1.681385

The closest genetic neighbors to most Jewish groups were the Palestinians, Israeli Bedouins, and Druze in addition to the Southern Europeans, including Cypriots
read more: http://www.haaretz.com/israel-news/science/1.681385
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.088580 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list