View: 3399|Reply: 8
|
Nikah Gantung, Apa Kata Anda?
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Apa itu nikah gantung? Adakah istilah ini benar-benar wujud dalam adat dan budaya orang Melayu, khususnya dalam ajaran Islam?
Memetik blog Penpatah, nikah gantung ini turut dikenali sebagai Nikah Khitbah dalam bahasa Arab. Ia bermaksud pernikahan di mana pasangan tidak duduk serumah dalam tempoh yang ditetapkan dan dipersetujui kedua belah pihak.
Dari segi tanggungjawab dan nafkah suami turut diringankan.
Pendeknya, bernikah dahulu, kemudian majlis kenduri kahwin dilakukan kemudian dalam tempoh sama tertentu.
Antara sebab mengapa nikah gantung dilakukan ialah:
(Sumber foto: langitilahi.com)
1. Suami masih belum mampu menyara kos hidup isteri.
2. Pasangan masih lagi belajar dan menuntut di universiti.
3. Mengelakkan berlakunya zina dan kelahiran anak luar nikah.
4. Kesucian kedua belah pihak akan terpelihara. - CARI Infonet
(sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
teringin plak nak nikah gantung.. tapi...ermmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ladybird_: teringin plak nak nikah gantung.. tapi...ermmmmmmm
amboi gatal ke hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kira nikah gantung ke kalau majlis dua pihak dah langsung, tapi sekarang berjauhan sebab kerja di negara lain-lain? |
|
|
|
|
|
|
|
sy dulu pun nikah gantung jugak...sebulan dua lepas tu buat kenduri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kenduri kahwin dah buat tak consider nikah gantung lagi..
dah jadi PJJ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnnya...tiada istilah nikah gantung dalam islam. istilah ini ujud...disebabkan budaya orang melayu..yang mengganggap majlis kenduri perkahwinan adalah sebahagian dari majlis pernikahan tersebut. selalunya....majlis pernikahan orang melaku akan dibuat pada sebelah malam sebelum kenduri atau sebelah pagi pada majlis tersebut. ujudlah istilah malam berinai besar...
zaman bertukar, suasana juga bertukar.....bagi memisahkan kedua dua majlis ini....maka ujudlah istilah nikah gantung.....ini bertujuan agar pengantin membataskan/mengawal malam pertama (boleh ke...hahaha) supaya...majlis bersanding...nanti...tidak nampak pengantin perempuan berbadan dua diatas pelamin....
anyway...ini semua adat orang melayu....sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Perbahasan Hukum (dipetik dari www.iluvislam.com)
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
http://www.ikahwin.my/blog/241-tahukah-anda-apa-itu-nikah-gantung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|