|
Edited by CARI-IIN at 20-1-2016 03:11 PM
Oleh Izzah Abbasy
Patutlah saman yang diterima selama ini menjadi tanda tanya. Menurut Steeven Sinniah, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah termasuk saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Padahalnya, dia tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda.
Kehairanan itu berakhir apabila dia menemui kereta dan nombor pendaftaran yang sama atau erti kata lain 'sebiji' dengan MPV miliknya.
Menurut mangsa yang juga pemilik kereta original, Steeven, pemilik kenderaan klon itu terserempak dengannya ketika di Jalan Jelatek pada Isnin lalu tetapi hanya mentertawakannya.
“Pemandunya hanya memandang saya dan ketawa sebelum memecut kenderaannya,”
Menceritakan 'pertemuan' dengan 'kembar' keretanya itu, Steven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.
Steven juga berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi 'viral'.
Kalaulah kita, boleh terkejut 'beruk' dibuatnya terjumpa kereta yang sama dengan kereta kita. Sudahlah terpaksa membayar saman-saman yang telah dilakukan oleh kereta klon tersebut, malah mereka pula boleh buat rasa tidak bersalah.
Sebenarnya, siapakah dalang kereta klon ini? Terdahulu, seorang pemuda yang telah mengamuk di pejabat JPJ Pulau Pinang juga terpaksa membayar cukai jalan sedangkan keretanya sudah lama disita. Bermakna, kereta miliknya juga telah diklon oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.
Boleh pula mereka yang mengklonkan kereta ini 'berbahagia' di jalan raya. Jika tiada kejadian melibatkan nyawa, boleh dikira selamat. Tetapi, jika malang tidak berbau? Bagaimana dengan anak, isteri dan ahli keluarga yang lain? - CARI Infonet
Kredit : HMetro |
|