CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 50396|Reply: 63

Perkahwinan 'minimalist' pewaris jenama Zaitun

[Copy link]
Post time 20-10-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-10-2024 12:46 PM

KUALA LUMPUR – Pewaris jenama Zaitun mencuri perhatian netizen di media sosial apabila melangsungkan perkahwinan dengan persandingan eksklusif yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.


Lebih menarik, pewaris bagi jenama yang popular era 1980-an iaitu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Datuk Seri Mohd Kamal Teh, 27, memilih Norizzati Muhamad Noor, 29, sebagai isteri.


Pasangan itu bernikah di Astana Bamboo Hills baru-baru ini selepas mengadakan majlis persandingan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.


Nizam yang kini menggalas tanggungjawab mengendalikan semula Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. memberitahu, beliau berkawan dengan Norizzati selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 17 April 2024.


“Majlis nikah diadakan dengan konsep white minimalist dan majlis sanding diadakan pada di Grand Hyatt Kuala Lumpur pula hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.


“Saya mengharapkan agar ikatan yang dibina kekal bahagia dan jika ada rezeki saya mahukan anak yang ramai kerana saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang besar dan punya enam adik beradik.


Masih mengekalkan tagline ‘gunakan tanpa was-was’, Nizam turut berkongsi nilai jenama Zaitun yang dibangunkan oleh bapanya, Datuk Seri Mohd Kamal Teh dan datuknya, Datuk Seri Mutiara Haji Dr. Eusuff Teh.


“Ramai yang beranggapan nama Zaitun mungkin nama wanita Istimewa dalam keluarga kami, sebenarnya nama ini diberikan oleh datuk yang terinsipirasi dengan surah At-Tin,” kongsi Nizam.


Mengulas lanjut, Nizam berharap alam perkahwinan menjadi kebangkitan buat diri dan keluarga untuk membina kembali empayar perniagaan yang diwariskan bapanya.


Tambahnya, jenama Zaitun sudah mula kembali menguasai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu secara berperingkat dan kini berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.


“Saya menikmati zaman kanak-kanak kerana sentiasa ada adik beradik di sisi. Jadi saya mahu anak-anak juga melalui zaman kecil yang bahagia dan meriah,” kata anak keempat daripada enam beradik itu.


Beliau turut berkongsi, produk Zaitun juga kini boleh didapati di beberapa pasaraya antaranya Lotus, Giant, Segi Fresh, Healthlane, Caring Pharmacy, Big Pharmacy, dan banyak lagi pasaraya di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan ni plastik
Tengok bibir hidung body fake belaka
Nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
I thought pewaris jenama zaitun ni islamik2 kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 20-10-2024 09:37 AM

Jahak gilaa . Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nape takde atikah dlm pic ramai2 tu??
ke nikah bkn adik bradik yg ni??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Produk tunggang agama. Ownernya dari umur muda ke tua, takde lah Islamik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:05 AM | Show all posts
naina replied at 20-10-2024 09:10 AM
Perempuan ni plastik
Tengok bibir hidung body fake belaka
Nauzubillah

kau nak surat ye?  bongok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-10-2024 09:54 AM
nape takde atikah dlm pic ramai2 tu??
ke nikah bkn adik bradik yg ni??

Bukan yg kiri sekali tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 20-10-2024 10:08 AM
Bukan yg kiri sekali tu ke

aah laaa
kepala saje nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:22 AM | Show all posts
Minimalist.
Less Is More.
Sustainable.

Kalau bagi kat ongkaya, memang terbalik jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
waktu terbaik nak menunggang bila nurtizen terkapai2 gisbh kena tutup semua produk/kedai

aritu nampak halalgel pun menunggang produk islamik segala
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 20-10-2024 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Minimalist ke maximalist ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 11:36 AM | Show all posts
celah mana minimalist, majlis sblm tu pun kat hotel terkemuka jgk.

btw, selamat memasak ketung ketang utk seisi rumah. teringat Tikah yg rajin memasak utk satu rumah, oii penatnya kita nengok but berbaloi la jd kaya jd datin ehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"Pasangan itu bernikah di Astana Bamboo Hills baru-baru ini selepas mengadakan majlis persandingan di Grand Hyatt Kuala Lumpur."

Apo la reporter ni guna ayat tak betoiii
sanding dulu baru nikah
Naik juling mata iols baca byk kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian baby dlm perot tikah takde dalam gambar
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 01:05 PM | Show all posts
Minimalist dari kacamata ongkaya la ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 01:17 PM | Show all posts
mejaputih replied at 20-10-2024 09:27 AM
I thought pewaris jenama zaitun ni islamik2 kuikui

Mengikut peredaran zaman.. nama mungkin kena tukar kepada hype semasa iaitu Zhaeiyythoownn
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 20-10-2024 01:38 PM
mejaputih replied at 20-10-2024 09:27 AM
I thought pewaris jenama zaitun ni islamik2 kuikui


Cina kahwin Melayu.

Anak2 dah biasa mewah.

Pakai kain batik selak terbelah

Tapi ubat gigi dia yang Pemutihan tu memang bagus...betul2 putih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.083140 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list