View: 7676|Reply: 7
|
SEJARAH PENUBUHAN WINGS
[Copy link]
|
|
SEJARAH PENUBUHAN WINGS
1985; Bermula dengan minat yang sama dalam dunia muzik, sebuah band yang dianggotai 4 anak muda ditubuh berteraskan irama rock n roll. Ahmad Azhar Othman@Awie, Rodzane Mohamed@Jojet, Syam dan Zul mula memberikan komitmen untuk haluan kerjaya mereka. Mereka giat mengadakan persembahan kecil di majlis perkahwinan dan di kelab sekitar ibukota. Dengan melantik Bob Lokman sebagai pengurus mereka, anak2 muda ini mula menetapkan hala tuju mereka untuk menjadi sebuah band yang memperjuangkan rock n roll di tanahair yang akan dikenali ramai. WINGS ~ nama yang dipilih mewakili wajah wajah keempat-empat anak muda ini sebagai nama band mereka.
Malangnya Jojet mengundurkan diri dari Wings untuk bersama dengan kumpulan Gersang. Zul juga berundur atas sebab-sebab peribadi. Kedua-dua posisi drum dan bass diganti oleh Azmi Hashim@black dari kumpulan Babylon sebagai pemain drum dan Shamsaidi Ulong Idris@eddie dari kumpulan K.B.Blade sebagai pemain bass.
Mula terbang
1987; Wings telah menerima banyak tawaran untuk menjadi artis syarikat rakaman selepas mula memberikan persembahan mantap disetiap show mereka. Namun mereka memilih Atlantic Sound Production (ASP) sebagai syarikat rakaman mereka atas alasan mahu sebuah syarikat rakaman yang tidak mempunyai artis rock ketika itu.
Maka terbitlah album Belenggu Irama dibawah label ASP. Diterbitkan oleh M.Nasir, album ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan terjual lebih 120,000 unit sehingga kini. Sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh sebuah band yang baru mengeluarkan album pertama ketika itu. Namun album ini telah digam penyiarannya oleh RTM atas sebab-sebab provokasi lagu-lagu dalam album itu sendiri. Ini tidak melemahkan semangat Wings untuk terus memperjuangkan irama rock n roll.
Wings mula mengorak langkah dengan menerima mana-mana jemputan pertunjukan di seluruh pelusuk negara. Syam, pemain gitar utama telah mengundurkan diri untuk mengembangkan kerjaya seninya dan telah diganti dengan seorang pemain gitar berbangsa cina, Tham Wing Kwan@tham dari kumpulan H20.
Karma mereka berubah
1988; Tak lama bersama Wings, Tham mengundurkan diri dan Wings telah mengambil seorang pemain gitar kidal, Abdul Zamin Abdul Kadir@Joe dari kumpulan Scandals sebagai pemain gitar untuk mereka. Memenuhi syarat perjanjian kontrak dengan ASP dan juga ingin memberi sesuatu yang baru kepada peminat mereka, Wings ke King's Studio untuk merakam album kedua mereka bersama-sama dengan pemain gitar baru mereka. Maka terbitlah album Hukum Karma yang telah disiapkan hanya dalam masa 2 minggu sahaja.
Dengan jualan yang telah mencecah ke angka 170,000 unit, Hukum Karma dianggap sebagai pemangkin untuk Wings terus melebarkan sayap kerjaya mereka. Undangan pertunjukan di seluruh negara cukup padat. Wings sudah mempunyai nama yang cukup kukuh ketika itu walaupun album Hukum Karma ini juga telah digamkan penyiarannya. Semangat untuk mempromosikan diri secara total melalui pertunjukan terus membakar.
Teori penguasaan yang berjaya
1989; Sekali lagi, Wings telah masuk ke studio untuk mengeluarkan album ketiga mereka yang berjudul Teori Domino. Dibawah label yang baru bersama BMG Pasifik, kreativiti 4 anak muda ini terus diperah dalam menghasilkan yang terbaik untuk album mereka. Jarang berlaku didalam sejarah sesebuah lagu itu dirakam secara live dan bukan secara track by track. Dan pertama kalinya 3 buah lagu dirakam secara live dan terus menerus melalui album ini. Lagu Potret Monalisa, Insaf dan Midnight Blues dirakam secara terus menerus secara live. Sesuatu yang diluar jangkaan apabila album ini telah mendapat sambutan hangat sehingga berjaya terjual sebanyak 220,000 unit sehingga kini. Diterbitkan sekali lagi oleh M.Nasir, Wings benar-benar mencapai satu standard yang jarang dicapai oleh mana-mana band di Malaysia. Walaupun terus menerus digam penyiarannya oleh RTM, Wings tidak pernah putus dari menerima undangan pertunjukan di seluruh pelusuk negara
Memasuki carta Muzik-Muzik 89 di TV3 merupakan suatu kejayaan untuk Wings dikenali melalui media elektronik. Dengan berbekalkan dua lagu Misteri Mimpi Syakila dan Taman Rashidah Utama, Wings berjaya masuk ke final pertandingan Juara Lagu 89. Dengan persembahan yang lain dari yang lain, Wings berjaya membolot tempat kedua dan ketiga untuk kategori Persembahan Terbaik pada malam itu.
Wings diberi penghormatan sebagai opening band untuk sebuah konsert di Singapura yang menampilkan kumpulan Europe yang ketika itu terkenal dengan lagu "Final Countdown". Sambil memuji persembahan Wings, Europe juga tertarik dengan persembahan band tempatan yang mampu menarik perhatian penonton.
Namun berita pengunduran Black dari Wings sedikit sebanyak mengecewakan peminat Wings yang selama ini sudah sebati dengan pukulan drum yang padu darinya.
Antara gergasi rock
1990; Pengunduran Black telah memberi ruang kepada pemain drum asal Wings, Jojet untuk bersama Wings semula.
Sekali lagi berjaya memasuki Juara Lagu 90 melalui carta Muzik-Muzik, Wings berjaya menggondol kategori Persembahan Terbaik melalui lagu Sejati yang ber"hantu" ketika itu. Satu kejayaan yang amat manis buat Wings dan peminat-peminat mereka.
1991; Mereka terus ke studio rakaman untuk menerbitkan album keempat mereka yang berjudul Jerangkung Dalam Almari. Dengan satu penampilan idea yang segar, album ini lebih menunjukkan keagresifan Wings untuk terus memberikan yang terbaik kepada peminat mereka. Seolah-olah "bringing out the monster inside them", album ini benar benar menepati citarasa muzik rock ketika itu. Dengan jualan mencecah 150,000 unit, Wings terus menerus mempromosikan diri mereka disetiap peluang yang ada.
1992; Pertama kali Wings membuat satu album kompilasi untuk peminat peminat mereka. Berjudul "Best of Wings", mereka merakamkan semula lagu lagu dari dua album terawal mereka bersama ASP dan ditambah dengan sebuah lagu baru "Hutan Simpan", Wings sekali lagi membuktikan yang mereka mempunyai semangat yang kuat didalam setiap penerbitan album mereka. Dengan jualan yang mencecah ke angka 80,000 unit, Best of Wings merupakan album kompilasi yang cukup berjaya ketika itu.
Namun arahan pengharaman artis lelaki berambut panjang untuk mendapat promosi di media elektronik sedikit sebanyak menjejaskan karier Wings untuk terus kukuh sebagai band rock ketika itu. Sehinggalah klimaks arahan pengharaman dimana mereka tidak dibenar mengadakan persembahan terbuka, Wings akhirnya akur dengan peraturan itu. Bersama-sama dengan kumpulan Search, kedua-dua band rock unggul di Malaysia ini akhirnya bersetuju untuk memotong rambut mereka hingga ke paras bahu seperti yang ditetapkan. Upacara memotong rambut ini ditayangkan secara langsung didalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat sendiri telah memotong rambut mereka semua. Secara simboliknya, kedua-dua band ini telah mengumumkan untuk bersama-sama dalam menerbitkan sebuah album yang diberi nama "Double Trouble".
Setelah hampir 6 bulan berkurung didalam studio akhirnya "Double Trouble" menemui peminat dengan hasil jualan sebanyak 180,000 unit. Siri konsert jelajah Wings dan Search menerusi album ini terus rancak diadakan diseluruh negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi..xtulis pon awie undurkan diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tulis pun Paul Mccartney pun tubuh kumpulan " Wings" juga.lepas berpecah dgn The Beatles |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lagi beli album belenggu irama...skolah rendah lagi masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
wings mmg band legend. x citer pun mus ganti awie. |
|
|
|
|
|
|
|
lgu satelit puaka tu ktanya kutuk rtm? .dn wings pnah digelar scorpion malaysia sebab bawak bnyk lgu scorpion mase konsert dlu. falta x dpt disahkan,tpi mcm penah dgr |
|
|
|
|
|
|
| |
|