CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12467|Reply: 61

Kafarah Adik

[Copy link]
Post time 17-2-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Home Forum More

Forum > Misteri, Paranormal & Sakti > New Thread
Post


Assalamualaikum.

Pertama sekali, ini adalah thread yg pertama kat sini. Maaf kalau ada kesilapan dalam mengarang and menyampaikan cerita. Kejadian ni, berlaku pada adik aku. Dan aku sebagai kakak rasa sangat tak berguna bila tak mampu bantu dia nak selesaikan apa yg sedang berlaku. Adik aku anggap ni sebagai balasan sbb menolak mentah2 alam ghaib and menganggap sesapa yg mempercayainya sebagai kolot.

Adik lelaki aku satu2 nya. Aku panggil Z. Karakter Z adalah suka bersosial, sangat pentingkan modernity, and tak percaya wujud jin dan yang seangkatan. Z very open minded, friendly dan easy going. Aku mmg jarang gaduh dgn dia sbb aku rasa dia tahu respect aku sbg kakak.

Sorry kawan2, intro je dah 2 perenggan. Aku sambung ok.

Bermula satu malam, Z makan di Kg Baru dgn colleague. Makanan masatuu, dia kata tak menepati citarasa dia sgt sgt ( mmg tak boleh consume sbb makanan dia seolah2 bercampur pasir ). Lepas makan satu suap, dia luah balik dan dia sgt shocked sbb sotong yg diluah tu berwarna hitam pekat. Termasuk air liur sekali. So bila dia cuba meludah, air liur tak pulak hitam. And sotong dalam mangkuk tu, putih biasa aje. Hati dah tak sedap. Ada sorg waiter nampak dia tak mampu makan lagi. Dengan sinis waiter tu kata. "TAK BAIK MEMBAZIR" Z terus pegi kaunter dan bayar. Malam tu tamat di situ.

Seminggu berlalu macam biasa. Z pergi balik kerja macam org lain. Z kerja shift dkt KL Sentral. So satu petang 3pm mcm tuu, Z nak bukak kunci padlock sbb nak turun bawah and gi kerja. Sambil tu, dia pegang rokok. Mungkin tak ckp tangan, rokok jatuh. Z tunduk, bila dah capai puntung tu Z dongak ke atas. BAMMMMMMM !!! jantung seakan terhenti and Z rasa pergerakan seolah lumpuh. Mata Z terkaku kat sebatang tubuh tinggi melepasi grill rumah, rambut hitam pekat menutupi wajah and tangan panjang jarak seinci dr lantai. Z kata dia mcm bertentangan lama sangat dgn pemilik tubuh tinggi tu. Tersedar bila housemate tepuk bahu, and tanya kenapa. Masa tu baru air mata Z berjurai dan dia menggigil kuat.

Sejak tuu, Z selalu nampak tubuh tinggi tu. Tak kira mana Z pegi. Sudut bilik, balcony, bilik air, sometimes ofis. Dari someone yg optimis dia terus berubah dan aku sgt ralat. Tak dapat terima perubahan dia. Tak terurus, menangis tanpa sebab, tak boleh sorang2. Dan dia memang tak mau gelak lansung. Keras je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2016 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
SESI PERAWATAN

Bila masa Z pegi berubat pon dia tak inform aku. Yg aku tahu dia pergi semenyih.  Oh yea. Lupa nak cerita, Z jugak disahkan ada masalah jantung sebulan lepas kejadian ni. Entahlah ada kaitan dengan kejadian tu atau tak. Sambung ye.Masa dirawat, Makcik tu bgtahu ada pelaris kedai yang ikut balik. Dia tak puas hati sbb Z buang makanan tu macam tu ja. So aku assume mungkin kedai yang kat Kg Baru tu. Pelaris tu perempuan, and in between sesi perawatan tu, pemilik tubuh tinggi tersebut ada warn Z, jangan lah muncul area Kg Baru lagi. Tapi kurang jelas pulak aku, dorang communicate mcm mane.

Sekarang, adik aku ni takmahu teruskan berubat. Dia akan mengamuk bila aku suggest nak bawak dia berubat. Aku tktahu nak buat apa lagi. Parents semua dah buntu. Sebab keadaan dia makin teruk. Makin lama dia macam tak kenal sapa diri dia dan selalu rasa terawang di udara. Perasaan kosong dan terbaru ni, Z makan terlalu banyak tapi takkan, buang air besar. TAK ADA RASA NAK BUANG AIR BESAR LANSUNG sejak kejadian tu. Doc pun kata usus normal, tak ada masalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
botol.susu replied at 17-2-2016 07:27 PM
SESI PERAWATAN

Bila masa Z pegi berubat pon dia tak inform aku. Yg aku tahu dia pergi semenyih.   ...

Kesiannya..perhaps ada org boleh ubatkan dari jauh...cuba try g pengamal perubatan Islam n tanya...in case Z xnak pergi skali berubat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu lahh, memang cuba mencari. Sekali tu jer Z pergi berubat. Lepastu hbis semua di hamoknya.
Aku lost. sbb aku tahu dia tak mampu bantu diri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
check in
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
botol.susu replied at 17-2-2016 07:52 PM
Itu lahh, memang cuba mencari. Sekali tu jer Z pergi berubat. Lepastu hbis semua di hamoknya.
Aku l ...

Ko try g tanya darul syifa..aku rasa pnh baca kat bod ni mcm dia nk berubat someone dia bg nama je kt ustaz tu..(ampun ...kalau salah)...
kakak aku dulu ada berubat gak kat kedah..dia guna nama kakak aku binkan mak aku...tapi ustaz tu dah meninggal la sekarang...kakak aku ni slalu gak nampak something sbb ada org htr 'benda' kat dia..tapi xdela seserius Z ni...'benda' kakak aku nampak ni more to nak chase dia away from tempat keje lama dia...so after berubat dua tiga kali dari jauh..Alhamdulillah dia dah xnampak apa2..n eventually dia berenti bila dia dpt gomen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 09:44 PM | Show all posts
Ya  Allah, kesiannye. Harap dipermudahkan segalanya dan moga moga Z kembali sihat. TT jangan putus asa, keep on trying pulihkan adik ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak reti quote macam kau buat @awaynepian .mahappp !

Aku tahu sakitnya kakak kau, sbb aku tgk adik aku sakit pun aku sakit jiwa. Huhu.. thanks atas idea bernas ! Insha Allah akan usulkan pd parents.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
@ciskek.leleh trimas
Saye budak baru belajo, kalo salah tlg tunjukkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@Rainrein terima kasih mendoakan Z. Insha Allah aku akan selitkan pemgalaman terkena sesuatu hantaran org yg mana dituju utk aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam TT...ikhtiarkan la gi berubat kat mana2...kena paksa jgk adik TT tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
PEMBENCI

Satu malam , lps balik berniaga. Kira2 suma dah siap buat. Aku n suami aku tidor. Sebelum tuu, sempat dia pandang aku n cakap dalam nada manja dan macam mengejek.

"Muka buruk. Hikhik(gelak kecil). Busuk. Hikhik"
Aku memang tak rasa apa, sbb dah ngantuk maybe. Jadi aku ignore je. Sampailah gurauan menyakitkan hati berlarutan. Ada satu malam, suami aku selamba cakap muka aku nampak senget benget dah tak balance. Time tak kena. Mungkin sbb lampu merah. Aku melantun balik. Aku campak penyapu pada dia and saat tu, dia blah sambil senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nama adik Zaki ye ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dpt rasa something is not right bila suami aku mmg pemalas nak berniaga. Dia membadak jer di rumah. Meluat aku. Duit untung berniaga tally dgn apa yang aku jual. Asik hilang. Dan aku rasa bila muka dia jadi hitam setai kali tidur, aku decide buat rawatan. Alhamdulillah..

Pakcik tu ada di Bukit Badak , Klang. Dia kata ada yang tak suka aku kawin dengan suami sbb dia muda 7 tahun dr aku. Dan pasal suami aku suka ngejek aku, pakcik kata kalau tak rawat, suami aku akan jadi macam bayi. Sampai takkan mampu uruskan diri lagi. Nauzubillah. Patutlaa makin lama menjadi2 ejekan dia. Aku syukur semua dah pulih. Dan yg paling best, org yg menghantar tuu kantoi sbb tiba2 dtg mtk maaf. Dan org tu adalah ahli keluarga rapat.

Harap takde lagi yg laluinya. Berat bg aku. N aku serik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga tt skuarga tdk bputus asa dan dipertemukn segera penawar utk Z.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku akan try selingkan cerita yg mudah2 nak dihadam and tak seberapa. Sekadar berkongsi.

Mana Lori ?

Ni cerita zaman bujang. Kejadian dlm tahun 2007 .Hihi. Aku ada bf di Unisel Bestari Jaya. Mmg selalu ulang alik sana dengan Proton Wira ayah. Setakat jalan Ijok yg gelap and bengkang bengkok tu relaks je aku drift. Hahaha.  
Satu malam lepas lepak dengan bf and kawan2 dia aku decide balik rumah. So malam tuu teringin lalu jalan Rawang-batu arang tuu. ( mahappp tak ingt nama jalan). Belum masok pon jalan Rawang tuu, aku nampak ada satu lori ayam memintas aku. Driver dan kelindan dia mcm seronok henjut bahu ke kiri dan kanan sambil badan pon ikot ke kiri kanan. Macam dengar lagu sambil joget dalam kereta. Huhu .Aku tak rasa depa laju, tapi ntahlaa macam mana boleh overtake aku pon aku taktahu. Depan tuu jalan membengkok ke kanan. Aku tengok je dari jauh lori tu straight tak kona kanan pon. Dah hilang dr pandangan aku. Aku terkaku kat situ. Sumpah aku shocked. Masih ingat gerakan bahu dan badan mereka serta senyuman dr pandangan sisi walaupon tak pandang aku. Allahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah balikkk.

Masa ni umur dalam 12 tahun. Aku ni memang penakut. Masih tidur bawah ketiak mama. Sebelah rumah aku jiran yg aku namakan E. E ni takde. Pegi hospital sbb kakak dia nama M sakit. Kritikal tp tak ingat sakit apa. SLE kot.

Malam tu dalam pukul 1.30 am aku terjaga. Bilik mama mmg ada tingkap menghadap gate luar. So boleh dengar sape bukak gate even gate sebelah. Masa tuu aku dengar macam ada org bukak gate. Pastu bunyi org pijak grill besi tutup longkang tuu sambil cakap.
"Mama, M dah balik" lepastu terus sunyi. Takde pun bunyi tutup gate balik ke apa. Tp aku tak rasa pelik so sambung tidur. Sampailah subuh, mama kejut dan bgtahu M meninggal dunia pukul 2 am. E mintak gunakan hall rumah mama kalo org dtg melawat agak ramai sbb sedara dia ramai. Apa pun hanya Allah maha mengetahui sapa yang balik malam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
@ThousandSwords thank you so much for the support. Support emosi begini mmg aku hargai sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@ellejo mukan laaaaaa. Z*l. Ekekeke

@ahlee81 mmg paksa. Jenuh ayah kadang sanggup pikul dia . Last2 dia sepak ayah sambil tendang2 . Ayah taksampai hati. Aku mmg tak larat laaa nak kendong diaa. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah... kesiannyer. Org ckp kalau kita ada benda tu memang kita x nk g berubat. Bkn kita yg x nk tp benda tu yg x nk...
Sy pon ada pengalaman mcm awak.. satu satu nyer adik lelaki sy... skrng dh sihat sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061107 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list