CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14148|Reply: 53

Jatuh Cinta Pada Kakak Angkat

[Copy link]
Post time 20-2-2016 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum pada semua forumer.saya masih baru kat forum ni. saya ada masalah dan nak minta pendapat pada rakan-rakan forumer yang lain.Sebelum saya cerita masalah saya, biar saya cerita latar belakang diri saya. Umur saya 30 thn.berkerja di sebuah kilang kat Shah Alam. Masih bujang.  Saya seorang yang pendiam, so salah satu cara saya nak luahkan masalah saya join forum ni sebab saya malu nak cerita masalah saya pada kawan-kawan saya secara berdepan.

Masalah saya sekarang saya jatuh cinta dekat kakak angkat saya. Kakak angkat saya ni satu sekolah dengan saya.Actually kami lost contact lebih kurang 15 tahun. Masa bulan puasa tahun lepas dia ada pm saya via fb. Rupanya dia cari saya via fb.So sejak hari tu kami rajin la juga bermesej.Saya sendiri pun dah lupa sebenarnya dia pernah jadi kakak angkat saya.

Saya rasa macam mula jatuh cinta pada dia, tapi saya tak berani nak luahkan sebab masa awal-awal dia mesej saya tu dia ada la cakap dia dah kawen 10 thn ada anak 2 orang. Saya pun tak berani lah nak simpan apa-apa perasaan. Sebab saya tahu berdosa bercinta dgn isteri orang. Lagipun saya baru je frust dgn bekas kekasih bulan mei 2015, so tak nak la frust kali kedua.

Tapi masa awl tahun ni dia baru berterus terang sebenarnya dia single mum with two kids. Anak-anak dia berumur 6 dan 7 tahun.  Apa yang menariknya tentang dia dia tak sedikit pun cita keburukan bekas suaminya. Saya cuba korek punca dia diceraikan, tapi dia tak cerita apa pun. Rupa-rupanya dia diceraikan kerana suaminya mempunyai kekasih baru yang dipilih oleh ibu bapa bekas suaminya. Kakak angkat saya ni bukan menantu pilihan kerana keluarga mentuanya mahukan menantu yang senegeri dgn mereka. Itu pun saya tahu bila adik pada kakak angkat saya ni cerita. Sejak dari saya tahu dia solo, saya makin sayang pada dia. Tapi dia menolak atas alasan dia single mum dan umur kami berbeza 5 tahun(umur dia 35). Dia mengaku dia pun cintakan saya,tp dia ckp dia terpaksa lupakan saya, kerana dia tak layak untuk bercinta dengan saya. Saya tak kisah pun status dia asalkan dia bukan isteri orang. Saya tak kisah pun umur dia lebih tua dari saya. Saya suka cara dia, bila berbual dengan dia saya rasa tenang.dia banyak bagi saya nasihat dalam pelbagai aspek contohnya berkenaan cara untuk mengatasi masalah kat tempat kerja.

Sebenarnya saya sendiri pun rasa saya tak layak dengan dia. Dia berkerjaya tetap dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat PHD, tapi dia sangat-sangat down to earth. Kehidupan dia agak stabil, dia dah ada kereta dan rumah sendiri, sedangkan saya ni cuma ada motor EX5 je. Belajar pun setakat SPM je.  Saya mahu mengambil dia sebagai isteri saya. Saya menjadi makin risau apabila adik dia bagi tahu yang bekas suami kakak angkat ajak berkahwin semula.  Saya juga risau mak saya tak boleh terima dia sebagai menantu kerana statusnya sebagai seorang single mum dan umurnya yang lebih tua dari saya. Mak saya memang dah kenal dia sejak kami sekolah lagi, tambahan pula kami pernah tinggal di taman perumahan yang sama.Tapi saya tak yakin mak saya boleh terima dia. Saya nak tanya pendapat forumer-forumer, apa yang patut saya lakukan. Saya betul-betul sayangkan dia. Terima kasih di atas pendapat semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupakan dia.sebab dia dah rejek.lg pun dia xsetaraf dgn tt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul org atas ckp..tt x sesuai ngan dia.cariklah yg sekufu tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2016 03:28 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 20-2-2016 03:24 PM
Betul org atas ckp..tt x sesuai ngan dia.cariklah yg sekufu tt..

Terima kasih dengan pendapat mokcik.maaf saya tanya, maksud dia tak sekufu dengan saya tu sebab status dia sebagai ibu tunggal tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zularief replied at 20-2-2016 03:28 PM
Terima kasih dengan pendapat mokcik.maaf saya tanya, maksud dia tak sekufu dengan saya tu sebab st ...

Kau spm je selamanya kau akan rasa rendah diri dgn dia.dia plak janda dia akan rasa rendah diri ngan ko dan mak ayah ko.dia dh ada anak..so ko kena bertimbang rasa byk dgn attention yg dia bakal bg kat ko.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sbb dia janda.. tp sebab dari segi ekonomi dia lagi utuh. I ada je member bujang kahwin dgn janda. Ok je diorang..kebanyakan mak ayah kini terbuka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba bayangkan kakak angkat tt tu jual pisang goreng tepi jalan, janda ada anak dua

Adakah perasaan tt masih sama padanyer?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 06:12 PM | Show all posts
ko cr je la org lain. rmi lg awek lain dlm donia ni.

bnyk sgt masalah kalo ko teruskan dgn dia ni. spt yg ko dah nyatakan di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa suka ada sebab tertentu yg xbaik lupakan..

Tp kalau mmg cinta..APA salahnya usaha.tp ngt kau xleh bgantung hidup pada dia,kalau xmalu dipersilakan,tp sebagai suami jgn bgantung pada bini.kalau kau ada usaha nak setarafkan diri kau dgn dia xmesti ada sijil bderet..tp kalau dah kawin terima Dan buat anak dia mcm ank sdiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt mampu x dr segi kewangan? Sbb nk suap tiga mulut tu..put aside kelulusan ngn moto..mampu x nk tanggung bini ngn ank2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I rs dia dah menolak cara baik tu..mungkin dia dah fikir bnyk pkara yg dia x dpt bsama dgn tt..move on je lah tt ramai lg ppuan kt luar sana..lm2 ok tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka sgt tak faham dgn org perempuan yg dh kawen or janda pi contact org lelaki. Klu ada sebab konrit ok lg kot. Klu lost contact then nk keep in touch balik or sesaje hulur salam perkenalan...mmg kaka pelik. Cthny..kisah tt ni.

Ntah la. Mybe kaka ni kolot atau tak urbun mcm org luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg..mcm buang masa dan create problem sendiri bilamana perempuan tu contact u balik thru fb then dh elok berkwn untill u falling in love then dia rejek u pulak. Apa purpose dia berkwn dgn tt ye? Nk hilang rs lonely? Or release stres sb smbung phd?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt cari lain je lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
selain 4 perkara yg di listkan dlm cari calon suami isteri.satu lg yg penting sekufu.hang pk baik2 noo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:36 PM | Show all posts
adik angkat aku ada suka kat aku, tapi aku buat dek jer, tak minat bbnu nih, masih hingusan tak larat aku nak beli tisu nak lap hinguih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya diri dulu sama ada mampu nk menanggung 3 mulut lg,then solat istikharah.Kena bincang elok2 dgn dia.kmudian br bincang dgn parents masing2 minta pendapat mereka dulu sblm jumpa family satu sama lain..
Perempuan ni lain..sstgh org yg sy jumpa mula2 mmg tak kisah dgn suami yg kurg bkmampuan dr segi kewangan tp lama2 die bosan n ego mula tinggi.mula tak hormat suami n skrg bpisah. Ini kes2 yg telah blaku.
Fikir sedalamnya jika betul dia adalah satu2nya utk awak.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zul, cari lah yg setaraf dgn diri kita sendiri, especially awak lelaki.. Perempuan ni unpredictable juga sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak masalah yg akan timbul...
unless you both jenis yang keras hati buat dek apa orang sekeliling akan cakap...
tpi judging dari kakak tu rejek sebab sheols janda & tt pun takot mak tak dapat terima...
so better don't....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
takpayah.ko kalo xde duit, jgn pikir nak kawen single mom.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.090778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list