Lubuk Timah Perak, Simpang Pulai, merupakan sebuah tempat rekreasi yang sangat unik menggabungkan kolam air panas dan air terjun.
Terletak hanya 20 minit dari bandar Ipoh dan jika melalui lebuhraya PLUS (Utara Selatan), bolehlah berkunjung ke sini melalui susur masuk ke Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Kawasan Simpang Pulai sememangnya terkenal dengan kawasan kuari atau lombong namun kebersihan dan keindahan semulajadi pusat rekreasi ini sentiasa terjaga.
Pusat rekreasi ini amat sesuai untuk menghirup udara segar, bersantai, mandi manda dan berkelah bersama keluarga di hujung minggu.
Dibuka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 6petang. - CARI Infonet.