[/url][url=http://pandulaju.com.my/boon-siew-sah-bawa-masuk-honda-msx125-tahun-ini/] BERITA gembira buat peminat Honda MSX125. Masa yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Boon Siew Honda akan melancarkan model mini street, Honda MSX125 ke pasaran Malaysia pada tahun ini. Walau bagaimana, tarikh pelancaran tidak didedahkan.
Sedia maklum, Honda MSX125 adalah antara model terlaris di Thailand. Mula dilancarkan pada Disember 2014 di pasaran Thailand, jentera ini kemudian menerima penambahbaikan menerusi pengenalan model facelift, baru-baru ini.
Honda MSX125 dijana unit enjin bersesaran 125cc bersama teknologi PGM-FI, sama seperti model skuter PCX. Bukan saja berkuasa, ia turut menawarkan penjimatan bahan api. [/url][url=http://pandulaju.com.my/boon-siew-sah-bawa-masuk-honda-msx125-tahun-ini/] Dari aspek rekaan, MSX125 hadir dengan penampilan garang dan menarik. Bagi spesifikasi Thailand, jentera ini dipadankan dengan lampu LED. Ia juga didatangkan dengan rim bersaiz 12 inci, lampu belakang LED, meter digital dan suis enjin.
Bagaimana? Mesti rasa tak sabar kan? Mari kita sama-sama nantikan kehadiran Honda MSX125. Harap-harap harga dijual berpatutan dan Pandulaju menganggarkan ia akan dijual pada harga RM7,000 hingga RM8,000. [/url][url=http://pandulaju.com.my/boon-siew-sah-bawa-masuk-honda-msx125-tahun-ini/]
SPESIFIKASI: HONDA MSX125
ENJIN 125cc dengan teknologi PGM-FI
TRANSMISI 4-Kelajuan
KUASA MAX 10hp@7000rpm
TORK MAX 10.9Nm@5500rpm
KAPASTI TANGKI 5.5L
SUMBER:Pandulaju.com.my
|