CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4631|Reply: 23

<Si Penjaga Pintu> Kisah Di Hantar dan Membela

[Copy link]
Post time 13-4-2016 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera semua ...
nak share satu cerita pasal rumah yang kami bina disebuah perkampungan. My parents ada beli tanah di salah satu kawasan di selangor. Time kitorang baru jer nak bina rumah kami nampak ada beberapa kawasan seperti dicangkul and ditimbus tanah balik disekeliling rumah.

tapi bila kami korek tak ada apa pun. Setelah rumah siap kami panngil la orang2 untuk majlis kesyukuran. Lepas tu salah seorang itu nasihatkan my dad untuk pegi berubat sebab dia nampak terlalu banyak "makhluk yang beraura negative" dalam rumah.

My dad mula2 buat dek jer la sebab dia xberapa berkenan ngan benda2 macam tu. lagipun rumah tu pun belum siap sepenuhnya. untuk touch up2 la. Lepas tu panggil la pekerja buruh binaan untuk siapkan macam syiling and so on. Then salah seorang yang boleh nampak and tau sikit pasal benda tu bertanya nak dia tolong bersihkan rumah tu tak sebab ada banyak "makhluk2" tu dalam rumah tu. Dia kata ada yang menghuni sbb rumah ni kosong and ada yang menghuni sebab ilmu. lepas tu my dad kata biarkanlah dulu.

lepas tu bahagian bawah sudah layak untuk dihuni. Dari biarkan rumah itu kosong my dad suruhla my uncle huni rumah tu. So my uncle huni la rumah tu. lepas tu my uncle sakit and my dad pun mula la ikhtiar. Pegi la jumpa "pak cik" I yang pandai bab2 ni. Dia "tengok dari jauh" dia kata ada orang tanam benda kat sekeliling rumah dan di hantar satu makhluk yang hodoh dan dia xfaham bahasa makhluk itu. My "pak cik"  kata makhluk tu di ambil dari pulau yang terpencil. Orang yang hantar ni adalah orang yang menuntut di pedalaman dan pulau terpencil. PAPPPP!! terfikir seorang bomoh yang pernah ada masalah dengan my dad. bomoh tu pernah hilang di laut dan tinggal bersama orang asli. My dad kata, xkisahla sapa orang tu boleh tolong buang tak semua benda2 tu.

My "pak cik" mula2 memang keberatan sebab dia kata makhluk yang dihantar itu adalah ganjil dan tidak difahami bahasanya. tapi my "pak cik" usaha juga lepas beberapa minggu dia kata dah selesai. Dia suruh tabur garam sambil baca selawat jer. Tapi dengan syarat time xde orang sebab dia kata orang yang hantar tu dekat jer. memang boleh nampak. Sekali lagi menjurus ke arah bomoh tu sebab rumah dia memang dekat. Tapi we don't care la. janji semua selamat.

lepas tu kes hantar menghantar ingatkan habis kat situ jer. lepas few month my dad minta pekerja2 indonesia tu tolong untuk siapkan rumah kat tingkat atas bahagian pintu and so on. sekali lagi pekerja indonesia yang "ada ilmu" tu bertanya kalau nak dia tolong "bersihkan" rumah tu tak. Then after tu my dad katalah bersihkan la apa yang patut. after weekend tu kitorang melawat rumah tu untuk tengok progress. Pekerja tu kata semua dah "bersih" tapi tinggal satu. yang menjaga pintu rumah itu. My dad kata kenapa xbersihkan sekali. Dia kata memang xboleh sebab penjaga tu xnak pergi dari situ.

My parents pun musykil, sebab diorang memang xpernah amal2 ilmu penjaga ni semua. Siasat punya siasat, Pekerja tu bagi tau la. orang dalam rumah tu yang simpan. Benda alah macam something dalam lipatan kertas dilekat atas pintu. Bila kitorang check memang ada sesuatu atas pintu tu. kitorang tanya uncle aku tu. kenapa tanpal benda2 mcm tu. rupanya dia ambil benda tu dari johor. so kitorang pun tercengan.

dah suruh buang dah ... sampai sekarang xbuang2 lagi ... rasa nak halau jer uncle aku and family dia tu ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 02:36 PM | Show all posts
perkara nie bole di bawak berbincang
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:14 PM | Show all posts
knp perlu uncle guna hamba allah tu utk jd jaga?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 03:46 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 13-4-2016 03:14 PM
knp perlu uncle guna hamba allah tu utk jd jaga?

dia kata sebagai pendinding ... sebab banyak sangat yang xkena kat rumah tu
ada yang "hantar" benda bukan2 lagi


I was like ... apa bezanya ko dengan penghantar tu .......
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:51 PM | Show all posts
damian_lee replied at 13-4-2016 07:46 AM
dia kata sebagai pendinding ... sebab banyak sangat yang xkena kat rumah tu
ada yang "hantar" ben ...

org lain x boleh tlg 'buangkan' ke?
x semudah pertanyaan aku tu kan. bkn 'tuan' dia. mesti dia xnak dgr kata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 03:58 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 13-4-2016 03:51 PM
org lain x boleh tlg 'buangkan' ke?
x semudah pertanyaan aku tu kan. bkn 'tuan' dia. mesti dia xn ...

betul .... kadang yang degil bukan setan tapi manusia .....

tapi kitorang tengah usaha ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2016 04:07 PM | Show all posts
dulu ms aku kecik2 and zaman remaja.. klu kena amik barang dlm bilik mak abah, aku akan hulur tgn dulu petik suis lampu. pastu amik barang cepat2 keluar. x brani nak tgu lama2 dlm bilik tu. rs mcm ada org perhatikan aku tiap kali masuk bilik tu

citer kat mak aku, terus mak aku bising2 kat abah aku, suh pulangkan keris yg abah aku simpan dlm lemari baju.

keris tu bkn abah aku punya. tp kwn abah punya. abah tlg simpankan masa tu kwn dia kena outstation lama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:16 PM | Show all posts
Lepas rumah u siap sepenuhnya nanti, ur uncle still duduk rumah tu ke macam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2016 04:27 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 13-4-2016 04:07 PM
dulu ms aku kecik2 and zaman remaja.. klu kena amik barang dlm bilik mak abah, aku akan hulur tgn du ...

ini nak kongsi ni ...... time aku tido kat situ ... memang seriau seperti ada yang merhati jah ....
turn up my adik saudara I kongsi cerita ... malam2 kadang nampak lembaga hitam kat pintu ruang tamu nak ke dapur .....
and kadang kat atap bunyi bising .......

my uncle pun cerita ... dia pernah nampak few pontianak sedang bersidai di balkoni rumah tu ....
kira macam dah berumah berkampung di situ ...

xtau la nak caya ke tak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 04:28 PM | Show all posts
zura_zara replied at 13-4-2016 04:16 PM
Lepas rumah u siap sepenuhnya nanti, ur uncle still duduk rumah tu ke macam mana?

memang dah nak siap sepenuhnya .... tinggal tangga nak ktingkat atas tu jer ..
my uncle macam xnak keluar dari rumah tu ...

and my mom pun xrush sangat sebab masih nak tinggal KL .... mungkin tahun depan baru nak pindah sana ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 04:32 PM | Show all posts
rumah tu dah jadi seram sangat untuk I ....  sebab abang saudara I pernah kena kacau ...

tima dia mandi ... tiba2 lampu mati and ada orang tolak dia tapi x kuat ... kira macam suruh ketepi .. tapi xde orang buka pintu bilik air tu pun ....

and lembaga hitam yang selalu menampakkan diri ...  berdiri dekat laluan ruang tamu ke dapur dengan duduk bucu katil

kadang memang akan dengar suara orang menangis dan mengilai

paling xboleh bla my jiran kata selalu nampak orang dukung anak berkeliaran dekat rumah tu ....

tapi nak buat macam mana ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:47 PM | Show all posts
damian_lee replied at 13-4-2016 08:32 AM
rumah tu dah jadi seram sangat untuk I ....  sebab abang saudara I pernah kena kacau ...

tima dia ...

org tua bomoh tu ke yg hantar semua benda tu? knp dia dengki sgt dgn famili ko?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:52 PM | Show all posts
scary ya... lebih baik jgn pindah selagi bnda2 x clear lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nice story TT, I orang Selangor. curious nak tahu kat mana, if you dont mind... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 04:55 PM | Show all posts
mrs.uzair replied at 13-4-2016 04:53 PM
nice story TT, I orang Selangor. curious nak tahu kat mana, if you dont mind... huhu

kawasan ulu yam and Batang kali tu .... tapi dalam lagi .... hihihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 04:57 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 13-4-2016 04:47 PM
org tua bomoh tu ke yg hantar semua benda tu? knp dia dengki sgt dgn famili ko?

xtau la .... tapi setakat ni cuma penampakan jah ... xde yang serious
but yes .... sangat scary ... dah ada macam2 makhluk dah dalam rumah tu ...

geram sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 07:51 AM | Show all posts
damian_lee replied at 13-4-2016 04:55 PM
kawasan ulu yam and Batang kali tu .... tapi dalam lagi .... hihihihihi

Ulu Yam... no wonder..memang agak keras sikit kan area situ.

TT, mind telling me... TT ni muslim kah? Nickname TT damian lee.. agak mengelirukan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 08:07 AM | Show all posts
misterinya...
agaknya sebelum ni, area rumah tt ot tapak rumah tt tu dah angker
tempat berkumpulnya makhluk ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2016 11:10 AM | Show all posts
Edited by damian_lee at 15-4-2016 05:01 PM
grilledmushroom replied at 15-4-2016 07:51 AM
Ulu Yam... no wonder..memang agak keras sikit kan area situ.

TT, mind telling me... TT ni musli ...


bukan nama menunjukkan Islam ke tidak ...
and bukan ke dalam Islam itu sendiri tidak mewajibkan nama2 arab .......dibolehkan selagi ia membawa maksud yang baik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 02:42 PM | Show all posts
damian_lee replied at 15-4-2016 11:10 AM
bukan ke nama menunjukkan Islam ke tidak ...
and bukan ke dalam Islam itu sendiri tidak mewajibka ...

sorry selingan
so apa maksud damian lee?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063187 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list