View: 5861|Reply: 3
|
Nak Jalan Jauh? Pastikan Ada 10 Barang Ini Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ingat guna kereta baru tiada masalah ke? Ha, jangan sesekali berfikiran sebegitu ya! Lebih-lebih lagi jika anda sudahpun merancang untuk pulang ke kampung atau ke destinasi yang hendak dituju dengan perjalanan sejauh ratusan kilometer.
Sudah semestinya pemandu perlu cek kondisi kereta agar ia dalam keadaan baik dan peralatan wajib yang perlu ada dalam kereta seperti 10 barang ini. Jom, cek!
1. Kabel jumper
Bateri kereta anda mungkin kadang-kadang boleh ‘kong’ begitu sahaja. Jadi adalah lebih baik untuk menyediakan satu kabel jumper supaya nanti anda boleh dapat pertolongan dari kereta sebelah. Sekarang ini sudah ada jumper yang berbentuk seperti powerbank. Itu lebih hebat. Ada pengalaman pernah cuba hidupkan kereta menggunakan jumper jenis ini. Kecil tapi power dan mudah untuk disimpan.
Cadangan : UJS Wholesale 30000mAh Auto Jump Starter
2. Kit kecemasan
Seperti biasa kena ada first aid kit dalam kereta anda. Dalam kotak tu nanti, boleh letak minyak cap kapak, Vicks dan minyak gamat sebagai tambahan. Barulah lengkap first aid kit anda.
Cadangan : CTO 35pcs Home Sports Travel FIRST AID KIT
3. Spare tire
Check tayar spare anda. Pastikan ia berisi angin secukupnya dan dalam kondisi yang baik. Kita tak akan tahu kepentingan tayar spare ini kalau tak jadi apa-apa.
4. Jack & lug wrenches
Kalau ada tayar spare, tak ada kedua-dua item ini tak guna juga. Ini item penting yang perlu ada dalam kereta anda. Jack untuk naikkan kereta anda dan lug wrenches untuk buka nut tayar anda. Pastikan kalau anda gunakan sport rims, soket untuk special nuts tu ada bersama.
Cadangan : FSH Car Extendable Wheel Nut Brace lug Wrench
5. Pam angin tayar kereta
Ini penting. Kalau tayar anda pancit, ini dapat bantu sebelum anda ke stesen minyak berdekatan untuk pam betul-betul tayar anda.
Cadangan : 12V Portable Digital Car Auto Tyre Tire Inflator
6. Playar pelbagai guna
Mungkin anda tak nampak kepentingan alat ini, tetapi ia akan berguna dalam masa kecemasan. Simpan satu dalam dashboard anda.
Cadangan : Coleman Camper’s Multi-Tool
7. Segi tiga kecemasan dan lampu suluh
Kalau kereta anda breakdown di tepi jalan, segi tiga kecemasan dan lampu suluh ini akan bantu anda beritahu pengguna jalan raya yang lain bahawa kereta anda sedang dalam masalah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan satu dalam kereta anda. Lampu suluh juga membantu anda ketika waktu malam.
8. Selimut atau lapik nylon
Selimut dapat digunakan oleh penumpang kereta yang lain dan ia berguna sebagai lapik jika anda hendak alas ketika membuat pemeriksaan di bawah kereta anda.
9. Duct tape
Ini adalah vital. Katalah salah satu wayar kereta anda hampir putus, sementara waktu boleh balut dengan duck tape dahulu. Duck tape fixes everything.
10. Minyak hitam dan air
Walaupun anda sudah periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan, tapi ada kemungkinan minyak hitam anda leaking sewaktu perjalanan. Jadi kalau kurang, anda hanya tambahkan sahaja minyak itu. Dan air sangat penting jika tiba-tiba radiator anda tiba-tiba panas. Tidaklah anda tercari-cari air nanti.
Cadangan : Tesco Fully Synthetic Oil 5W-40 4L
Kredit : Azam A |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PCgamingpure at 1-10-2023 05:44 PM
Newo Portable Tire Inflators are synonymous with versatility, offering a range of features that cater to diverse tire inflation needs. Visit us https://www.smartnewo.com/produc ... ble-tire-inflators/https://www.smartnewo.com/produc ... ble-tire-inflators/, These versatile devices are designed to be your trusted companion in various situations:
Everyday Maintenance: Use Newo inflators for routine tire pressure checks and adjustments, ensuring your vehicle's optimal performance and fuel efficiency.
Road Trips: Whether you're embarking on a long journey or a weekend getaway, Newo inflators are compact and convenient travel companions to address any unexpected tire pressure issues on the road.
Emergency Situations: Newo inflators shine in emergencies, providing swift solutions to flat tires or sudden pressure drops, ensuring you can continue your journey safely.
Other Inflation Needs: Beyond tires, these versatile devices can be used for inflating sports equipment, air mattresses, and more, making them handy tools for various inflation tasks. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat mesia....nak ke spend |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|