Yg nak melancong tuh sila tunda sebab jalan2 banyak yg ditutup kerana ditenggelami air sana sini jadi trafik jam tak leh dibayangkan teruknya kalau terperangkap ya ...... so kalau nak cross country bakal tergendala kerananya jadi lebih baik tunda dulu .
LOKASI tanah runtuh di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Oleh AIMUNI TUAN LAH
4 Januari 2021, 9:58 pm
GUA MUSANG: Sekurang-kurangnya 10 perumahan utama di daerah ini, termasuk Bandar Lama Gua Musang dilanda banjir kilat berpunca daripada limpahan air dari Sungai Galas sejak malam tadi hingga awal pagi ini.
Paras air dikatakan naik mendadak menjelang tengah malam memaksa lebih 300 penduduk berpindah dalam keadaan kelam-kabut termasuk keluar meninggalkan rumah masing-masing sehelai sepinggang.
Susulan itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini sejak awal pagi dan menjelang petang ini, jumlah keseluruhan mangsa direkodkan berkurangan kepada 78 orang daripada 43 keluarga.
Setakat pukul 5 petang ini, tiada PPS dibuka di daerah lain.
Sementara itu, Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 92, di sini pula ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas berlaku tanah runtuh di lereng bukit yang turut mengakibatkan banjir lumpur di kawasan tersebut.
Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan dari Gua Musang menghala ke Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, Perak terkandas kerana timbunan tanah, bongkah batu dan sisa kayu menutup laluan di kedua-dua arah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintenden Sik Choon Foo berkata, runtuhan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam susulan hujan lebat berterusan di kawasan itu.
Katanya, memandangkan tiada sebarang lencongan atau laluan alternatif, jalan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan dan orang ramai yang terkandas tiada pilihan lain kecuali berpatah balik. – UTUSAN
Perlu guna bot yg ber engin dan bersaiz besar ler .... dah tahu air deras dan dalam serta banyak org yg perlu di angkut ....
Kenapa masih nak berjarak 1 meter plak dlm bot hinggakan yg nak selamatkan jadi sikit je padahal boleh masuk banyak dlm bot .....
PM dan menteri2 pi mana pun tak peduli buat jarak kenapa ketika nyawa rakyat marhein dlm bahaya dek banjir arus deras air naik cepat plak nak paksa semua berjarak 1 meter dlm bot hingga perlu membiarkan rakyat ditinggalkan dlm banjir kerana "tak cukup" tempat dlm bot tuh ?
Apa ke bangang dok buat jugak SOP kejam dan tak masuk akal camtu ?
[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[
#BuletinTV3BANJIR | Lewat Kerana Lokasi Luas Dan Air Naik Cepat
Wei kerajaan PN bangang tahap abadi ...... tak yah la buat SOP jarak 1 meter tuh dlm keadaan banjir nih .... semua VVIP tak pernah peduli nak buat jarak pun gi sana sini .... rakyat marhein plak nak di kekang hingga ada yg mati tenggelam nanti kaa tak sempat di selamatkan sapa nak bayar gantirugi kat kluarga depa ?
Kuching: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak melengkapkan kenderaan dan bot penyelamat dengan pelitup muka serta cecair pencuci tangan bagi memindahkan penduduk jika banjir melanda negeri ini.
Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, penyediaan alat perlindungan itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Beliau berkata, setiap anggota penyelamat juga diarahkan supaya sentiasa memastikan jumlah penduduk yang dipindahkan pada satu-satu masa dihadkan dan mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang masa. "Itu antara langkah yang kita harus laksanakan ketika membantu mangsa banjir dalam waktu yang sukar ini," katanya pada sidang media mengenai persediaan JBPM Sarawak bagi menghadapi banjir, hari ini.
Nampak video atas tuh... itu bukti KEKEJAMAN kerajaan nih ! Hinggakan ketika nyawa rakyat di hujung tanduk bakal di tenggelami banjir besar pun masih nak di kekang depa dari diselamatkan dgn SOP jarak 1 meter kepala bana tuh .
Ada ka pi dgn jeep......dah VVIP yg ada kuasa , takkan tak boleh dapatkan bot besar utk di guna angkut bekalan makanan .... last last sangkut org plak nak kena pi tolong, menyusahkan aje di saat ramai rakyat marhein lain perlu di selamatkan ..... duh .
]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
PAHANGBila VIP Redah Banjir Dalam Misi Hantar Bantuan Makanan || Info Banjir Pahang
Post time 5-1-2021 12:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang aku nampak hikmah disebalik banjir besar kali ni ia menyebabkan geng2 bercuti nak balik kg sebar covid terbantut hasrat mereka. So dpt la kurangkan sikit penyebaran covid tu wlaupun ada yg dah terlepas. Org nk p bercuti pun sama gak cuaca teruk mcm ni dok rumah je la.