CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22582|Reply: 184

Koleksi Pengalaman Angker (updated on 16/3/2017)

[Copy link]
Post time 23-2-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by papa.bear at 17-3-2017 08:37 AM

Pengalaman 1 ('Benda' Bergayut Dekat Pokok)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 614&fromuid=2183884

Pengalaman 2 (Lembaga Hitam)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 736&fromuid=2183884

Pengalaman 3 (Teman Sebilikku by Andyscenes)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 083&fromuid=2183884

Pengalaman 4 (Jamban Luar Rumah by renko)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 311&fromuid=2183884

Pengalaman 5 (Memancing kt Laut by razfira0707)https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=1032614&pid=64567002&fromuid=2183884

Pengalaman 6 (Kubur Moyang Belakang Rumah by razfira0707)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 348&fromuid=2183884

Pengalaman 7 ( Kampung Bunian? by razfira0707)
https://mforum.cari.com.my/forum ... 563&fromuid=2183884

Pengalaman 8
(Asrama Part 1)
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=1032614&pid=64693846&fromuid=2183884

(Asrama Part 2)
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=1032614&pid=64720648&fromuid=2183884

Assalamualaikum WBT. Sedikit sebanyak aku nak share beberapa pengalaman angker yg aku penah alami.

For a starter, aku lahir dan dibesarkan di sebuah kampung di daerah Teluk Intan. Rumah aku kat tengah2 sawah. Just imagine, petang2 ko ddk beranda umah sambil layan angin2 sawah pekena ayaq kopi o dgn biskut mayat. Ohsem kot.

Susunan rumah dkt kampung aku ni for each petak sawah or selang dua petak sawah baru ada sebijik rumah. So kira kalo jd apa2 ko jerit sampai keluar anak tekak belom tentu jiran kau dengar

Nak dijadikan cerita, bapak aku merupakan salah satu daripada pengamal perubatan tradisional yg ada kt kg tu.  At the same time bapak aku bekerja sebagai pengawal keselamatan. Working hour dia mmg kalau masuk keja pagi akan balik tengah malam (12jam) or kalau tetiba kene cover geng2 lain masuk keje pagi balik rumah pon pagi (24jam).

So kalo time bapak aku pergi kerja, tinggallah aku, mak aku dan adik aku. Abang dan kakak aku semua dah kawin and ada life masing2.
Kalau dah kata orang Melayu, mmg takkan larilah dari perasaan Hasad Dengki nih. Biasa kalau pengamal perubatan tradisional yg lain akan 'hantar benda' untuk test ilmu memasing. Apa benda ntah aku xpaham sgt dgn konsep tu. Yg buat xbestnya org yg nk test tu selalu hantar 'benda' tu kat rumah. Bapak aku plak selalu xde kt umah so siapa yang kena hadap ujian2 test ilmu segala bagai tu? U do the math.

Byk jgk pengalaman angker kat rumah sendiri. Nanti aku akan cerita mana2 yang sempat je la ek.

Pengalaman Pertama
Masa tu umur aku lebih kurang dlm 10thn. Tiap2 mlm mmg aku dgn adik aku akan pi mengaji al-Quran dkt rumah jiran aku ni (Makcik Leha *bkn nama sebenar). Jarak antara rumah aku dan rumah dia adela dlm 2-3km mcm tula. Ms tu kecik lg so xleh nk bwk moto. Naiklah basikal dengan berbekalkan cahaya torchlight bateri 4 segi yg berat kalau baling anjing boleh mati tu.

Baru je sampai umah makcik leha dlm pkl 8mlm n nak mulakan sesi mengaji. Duduk dkt sebelah anak Makcik Leha bernama Polan. Aku duduk bersila sebelah dia. Baru nak adjust tmpt duduk si Polan ni berbisik dkt aku. "Maghrib semalam sapa yang duduk atas bumbung rumah kau?" Ahh sudah kau dah kenapa. Tetiba tanya mcm tu. Aku ckp "mana ada sesape". Polan balas "xdela time aku lalu lps blk kedai semalam aku lalu depan rumah ko lps tu dia asyik tenung aku je" aku just bls "ish ko ni merepek ape setan. Kita nak mengaji ni" hareyyy sungguh polan ni. Dia xtau ke japg dlm pkl 10mlm aku kene menapak nk blk umah aku tu. Pppftt rase mcm nak hempok je kepala dia dgn papan rehal nih. *pdhal aku xnk sembang psl benda2 mcm tu, sebab kang aku terbyg2 lak. Bila dah terbyg2 kang mula la nak lari pecut 500m berangan nak jd Usain Bolt kang.

So polan nak cerita lanjut pun tak jadi sebab aku dh warning dia. Bila dah abis mengaji tu, aku pun terpaksa menapak balik jalan dgn adik aku. As a brother kena la tunjuk berani kan walhal dlm hati ni mcm2 ko mencarut polan tu sbb dia dh berjaya buat aku terbyg benda yg bkn2.

Bila dh sampai jalan nak masuk ke rumah aku tu aku cuba sedaya upaya xnak pandang ke ats bumbung rumah. Time tgh jln tu xpenah2 adik aku pgg tgn aku, tetiba dia tarik tgn aku n genggam kuat2. Dlm hati aku ni dok ckp kau dah kenapa buang tebiat ke ape. Tp mls nk ckp aku biarkan je la.

Lebih kurang dlm 300m aku nk sampai depan pintu rumah, adik aku tetiba tegur "abg sapa yg panjat pokok malam2 ni?" Secara automatik aku angkat kepala tengok pokok yg adik aku maksudkan tu. Mata aku terbeliak mcm nak terkeluar dari soket mata ni. Tgn menggeletar lps tu aku jerit "eh giler LARIII!!! LARIII!!!" Aku rentap tgn adik aku. Dia terjatuh. aku dukung dia lps tu lari mcm xcukup tanah sampai depan rumah aku ketuk pintu rumah mcm nak pecah pintu tu. Mak aku bkk pintu lps tu kena marah sebab aku ketuk pintu mcm org gila. Ms tu rumah kampung mana ada kunci bagai just tahan guna kayu je dr dlm. Aku diam je time mak aku bebel tu. Adik aku dah menangis dah.

Aku xtau kenapa tp aku xleh nk ckp apa dgn mak. Kang kalo bgtau dia kata yg aku nampak ade 'benda' bergayut dkt pokok sukun dkt tepi rumah tu. Mau aku kena bantai dgn rotan lak kang. Aku diam xbgtau dkt mak. Aku msk bilik mandi basuh peluh segala bagai semua lps tu trus masuk bilik. Selimut dari atas sampai bawah. Pastu pejam mata rapat2. Mak bising suruh makan pun aku diam je. Ms tu dlm lebih kurang pkl 12 mlm mata aku segar lagi. Xleh lelap. Jilaker. Dah kenapa xleh tido ni. Time tu boleh lak dengar mcm2 benda. Kejap dgr mcm ada org baling pasir dkt atap zink umah. Lps tu dengar benda berlari2 ats atap tu. Xtaula tikus ke apa tp time tu aku dah imagine yg bkn2 je la.

Time tu Tuhan je yg tau perasaan aku mcm mana.
Esok paginye ms tgh sarapan sebelum g sekolah. Aku cerita dkt mak aku. Dia diam n buat xtau je. Aku pun mls la nak ckp lebih2. Bila dh abis mkn tu. Mak aku just cakap "xde apa2 la. Tu benda nak sakat kau je sbb kau tu degil xnak dengar ckp mak" adehhh aku lak yg kena. So aku pun diam je la.

Time dkt sekolah aku jd mcm xbermaya dgn mengantuknye gara2 xleh lena tido mlm td. Apa cikgu mengajar dkt dpn pun aku xphm ape. Msk telinga kiri kuar telinga kanan.

Lps setel sekolah semua, balik rumah aku tgk ade orang luar dtg jumpa bapak aku. Org dtg berubat la kot. Ade 2 biji kereta. Nak masuk rumah baru nak bg salam. Dengar ade pompuan menjerit2 mcm kena sampuk dah. Terpekik terlolong. Kesian pun ada. Pastu time aku nak msk bilik kene lalu sebelah diaorg, pompuan yg 'sakit' tu tetibe tengok aku pastu dia diam lps tu trus gelak mcm mengilai. Time tu aku rasa lutut goyang kot. Hahaha. Aku cpt2 g dapur tanya mak sapa org dtg berubat tu? Mak bls "pompuan tu lg seminggu nak kawen, tp ada org dengki" dipendekkan cerita ada org minat bakal suami dia. Tp bakal suami dia xlyn. Dia yg kene kesannya.

Lebih kurang dlm 2 jam, diaorg pun siap2 la balik. Bapak aku pun penat gamaknye,  dia panggil mak aku dan aku. Dia just pesan mlm nanti xyah pi mengaji. Study je kt rumah. Aku pon rs mcm nak melompat happy, yela budak2 kau suruh dia xyah belajar. Mmg seronok la kan. Hahahhaa. Pastu bapak aku tanya dekat pokok mana aku nampak benda2 bergayut tu mlm td. Disebabkan masa tu siang, so aku berani la skit.   Lps tu bapak aku suruh aku g amik cangkul kt belakang rumah, apa ntah dicarinya dkt tanah pokok tu. Habis bersepah tanah dikorek2 nya. End up dia jumpa satu lipatan kecik kain warna kuning dgn putih dkt tmpt dia korek tu. Lps tu bapak aku amik kain tu and dia simpan. Xckp apa pun. Dia suruh aku masuk dlm rumah and mandi2.

Mlm tu time makan malam, aku xde selera sgt nak makan, aku masuk bilik tidur awal daripada biasa.  Jenuh golek kekiri kekanan tp mata xleh lelap gak. Tabiat aku kalau xleh tido mmg berangan je la. Tengah syok berangan, dengar mcm ada ada budak pompuan menangis kt tepi tingkap bilik aku. "Adehh kau dah kenapa. Kau g kacau org lain. Aku xkacau hidup kau, kau jgn kacau aku" tu je yg aku ckp. Tetiba dr suara menangis trus mengilai pastu hilang. Natang btoi. Aku ingat pesan mak n ayah aku yg tu sampai skang. Kalu tetiba rasa seram sejuk je, mcm ada mata memerhati ke. Ckp mcm tu kena confident. Jgn tunjuk kita takut. Tp kena bersesuaian la dgn situasi. Jgn kau main bantai g kubur tgh2 malam jerit mcm tu, tu cari nahas namanya hanat. Hahahaha

Esok paginya aku cita kat mak aku apa yg terjadi mlm td. Dia just ckp dah xde apa dah. Bapak kau dah balas balik apa yg org tu bagi. So bila mem beso dh ckp camtu aku iyerkan je la.

Hehehehehe. Ok so far tu 1st pengalaman aku encounter dgn entiti angker2 ni. Nanti bila free aku tambah lagi ok?

















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 01:22 AM | Show all posts

Kat Rumah Arwah Nenek Aku Ade Pokok Bidara

Memang 3-4 pemeluk la batangnye.  Umor dah lebih 100 taon.  Memang aku sendiri takotkan pokok tu.  Konfem ade yang menumpang punye la.  Kan daun bidara tu daun mandi mayat.  Sume orang mati kat kampong tu datang waris gi ambik daun pokok tu.

Tapi 1 hari pokok tu ade anak penyewe ni gi bakor.  Budak tu main mancis kat akor dia, last2 langsung batang tu gi sambor api tu.

Sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-2-2017 01:22 AM
Memang 3-4 pemeluk la batangnye.  Umor dah lebih 100 taon.  Memang aku sendiri takotkan pokok tu.  K ...

bistu bdk yg bakor tu ade jd apa2 tak? Kene kaco ke apa ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 23-2-2017 01:38 AM
Nak lagiiiii

sabaq naaa. Nanti aku update lg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar menunggu...next
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2017 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
singlemum_4 replied at 23-2-2017 07:16 AM
Sabar menunggu...next

Hahahah tu la sabaq naa. Kalo de pengalaman dgn benda2 mistikus ni leh je share hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:30 AM | Show all posts
erkk..skeri gak mende tu dok melepak kat pokok..

tapi kompius jap..masa tt pegi mengaji naik beskal kan?
pastu balik umah awat jalan kaki pulak? beskal kena cilok dgn momok ke?

depa yg dengki tu hantar apa kat umah tt? antu raya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2017 08:39 AM | Show all posts
Edited by papa.bear at 23-2-2017 08:42 AM
nauze replied at 23-2-2017 08:30 AM
erkk..skeri gak mende tu dok melepak kat pokok..

tapi kompius jap..masa tt pegi mengaji na ...

hahaha. lupa nk bgtau. basikal tu basikal polan. ms sesi mengaji tu kira pulangkan balik la basikal tu sebab mak dia bising jadikan basikal tu charity benda yg diaorg hantar tu mcm2. yg tu nanti aku update lain. yg lepak dkt pokok tu yg aku nampak badan besar kaler hitam. yg tu hantu raya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:29 AM | Show all posts
papa.bear replied at 23-2-2017 08:39 AM
hahaha. lupa nk bgtau. basikal tu basikal polan. ms sesi mengaji tu kira pulangkan balik la basika ...

hahaha okeh paham...misterius sgt gi pegi naik beskal tetibe balik beskal hilang..kot hantu ketet sorok ker..

bdn besar warna itam? hantu raya kot..entah..seumor hidup ni belum pernah jumpa lagi..
tak silap pernah baca story kat MPS ni yang kalau bunyi berpasir atas bumbung tu tandanya hantu raya nye keje la tu..

nanti bila free sambung hapdet bro..


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:58 AM | Show all posts
tak pernah alami lagi setakat ni
tapi memang suka baca kisah2
mistik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:09 AM | Show all posts
TT memang stay kat kampung ke..best cite..dan boleh bayang kawasan kampung TT sebab mertau saya pun rumah tepi bendang dalam kawasan teluk intan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 10:23 AM | Show all posts
nauze replied at 23-2-2017 09:29 AM
hahaha okeh paham...misterius sgt gi pegi naik beskal tetibe balik beskal hilang..kot hantu ketet  ...

hehehe baeklahh. owh cam tu rupanya. yg biasa aku baca kalo pokok sukun hantu cikcong je yg suka lepak. huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 10:24 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 23-2-2017 09:58 AM
tak pernah alami lagi setakat ni
tapi memang suka baca kisah2
mistik..

kira rezeki la tu. bgs2. hijab kuat ni. hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 10:26 AM | Show all posts
zachuby replied at 23-2-2017 10:09 AM
TT memang stay kat kampung ke..best cite..dan boleh bayang kawasan kampung TT sebab mertau saya pun  ...

hahahah. ntah2 sekampung. kat mana tu? skang ni stay kt Selangor. keje kt KL. balik kampung pun time cuti pjg je. huhuhuh. kan.. rasa aman giler dok kt kg. heavennn.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:44 AM | Show all posts
TT cepat la hapdetttttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak kali kena dgn benda2 camni, tapi tak reti nak mengarang   so jadi SR je lah.

TT sambung lagiiii.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jpbstarlife replied at 23-2-2017 11:44 AM
TT cepat la hapdetttttt...

Hahaahaha saborler tgh draft lg ni.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 23-2-2017 01:16 PM
banyak kali kena dgn benda2 camni, tapi tak reti nak mengarang   so jadi SR je lah.

TT sambung ...

Hahahaha yolah tu. Share je. Mana tau leh jd sumber inspirasi org lain. Hehehehe  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
papa.bear replied at 23-2-2017 05:40 AM
sabaq naaa. Nanti aku update lg.

Okeh okehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060949 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list