View: 12715|Reply: 14
|
[Dunia]
Pelakon X-Men Adan Canto meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat kanser apendiks
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES: Artis ternama kelahiran Mexico, Adan Canto yang terkenal dengan wataknya dalam “X-Men: Days of Future Past” dan “Agent Game” serta siri TV “The Cleaning Lady” menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.
Canto yang berusia 42 tahun meninggal dunia akibat kanser apendiks, kata ejen publisitinya, Jennifer Allen kepada The Associated Press.
Bintang yang menempa kemasyhuran di Hollywood itu juga memilih untuk merahsiakan diagnosisnya, kata Allen.
“Adan mempunyai semangat yang kental mendalam dan hanya segelintir sahaja yang tahu.
“Dia akan sangat dirindui oleh ramai orang,” yang hanya sedikit yang tahu. Mereka yang melihatnya telah berubah selama-lamanya,” kata Allen dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dilahirkan di Ciudad Acuña, Coahuila, Mexico dan dibesarkan di Texas, Canto memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun, apabila dia berhijrah dari Mexico City untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi dan komposer.
Canto kemudiannya beralih mengejar peluang dalam dunia lakonan dan membuat kemunculan pertama
dalam siri TV, Mexico 2009 "Estado de Gracia."
Susulan drama bersiri itu, dia ditawarkan membintangi siri drama The Following yang turut dibintangi oleh Kevin Bacon.
Namun begitu, lakonan Canto yang melonjakkan popularitinya ialah watak ahli politik Aaron Shore dalam drama bersiri Designated Survivor yang disiarkan di Netflix.
Antara lakonan lain beliau ialah sebagai Rodrigo Lara Bonilla dalam Narcos dan "X-Men: Days of Future Past."
Sepanjang hayatnya, Canto juga pernah bergelar pengarah bagi dua buah filem pendek.
Mendiang Canto juga memegang watak sebagai Armand Morales dalam "The Cleaning Lady" terbitan Fox yang masih lagi menjalani penggambaran musim ketiganya.
Namun begitu, dia tidak dapat meneruskan lakonannya kerana jatuh sakit.
Dalam kalangan rakan-rakannya, Canto dikenali sebagai lelaki yang sentiasa mengukir tersenyum lebar dan
sangat cerita.
Aktor Kiefer Sutherland yang sama-sama membintangiDesignated Survivor bersama Canto turut berkongsi penghormatan megenai rakannya itu di halaman Instagramnya.
“Sepertinya, sejak akhir-akhir ini saya terpaksa membuat terlalu banyak catatan seperti ini, dan saya sangat-sangat berduka dengan pemergian Adan Canto. Dia seorang yang memiliki semangat luar biasa.
“Sebagai seorang pelakon, hasratnya untuk berjaya, menjadi hebat dan kemudian menjadi yang lebih baik, benar-benar mengagumkan dan dia akan sangat dirindui. Saya juga tumpeng bersedih dengan isterinya, Steph dan dua anaknya yang masih kecil.
“Adan, semoga awak berehat dengan tenang,” tulis Sutherland dalam kapsyen yang mengiringi gambar mereka berdua di set penggambaran.
Mendiang Canto meninggalkan isterinya, Stephanie Ann Canto dan dua orang anak, Roman Alder, 3, dan Eve Josephine, 18 bulan.
"Selamanya di hati saya Adan, sampai jumpa lagi," tulis isterinya di akaun Instagramnya. - Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dalam xmen future past watak dia si api tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok muka berjambang tu aku ingat dia ni magneto |
|
|
|
|
|
|
|
handsome tapi susah nak setia...lubang longgar je tinggal
|
|
|
|
|
|
|
|
aku x ingat dah cite Xmen ni, jd xleh recall dia yg mana satu. |
|
|
|
|
|
|
|
weiiiii betul ke ni
aku suka tgk citer dia The Cleaning Lady tu
tertunggu2 season 3
|
|
|
|
|
|
|
|
I tengok semua X-Men movies tapi I tak ingat pulak penampakan heols. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem...rugi tak kenal awal |
|
|
|
|
|
|
|
Pemalas nau..jadah ko mengukir tersenyum lebar..sangat cerita...
Dalam kalangan rakan-rakannya, Canto dikenali sebagai lelaki yang sentiasa mengukir tersenyum lebar dan sangat cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 12-1-2024 05:14 PM
Pemalas nau..jadah ko mengukir tersenyum lebar..sangat cerita...
Dalam kalangan rakan-rakannya, Cant ...
Aku baca pun pening.
.
Sangat cerita tu apa? Suka bercerita ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
kena google
sunspot dlm future past
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia dalam series designated survivor! rip adan canto and bye Aaron Shore |
|
|
|
|
|
|
| |
|