Patin tempoyak, asam rong: PKR Pahang 'nasihatkan' MP Jerantut
Iqbal Harraz
Diterbitkan: Mar 5, 2024 8:00 PM
Gulai patin tempoyak (kiri) dan gulai asam rong
PKR Pahang menasihatkan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin, agar membuat semakan terlebih dulu sebelum mengeluarkan pandangan bagi mengelak berlaku kesipuan.
Pengarah strateginya, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan pemimpin PAS itu bukan saja semberono malah menjejaskan nama baik rakyat Pahang secara keseluruhan.
“Kenyataan Khairil Nizam itu amat memalukan memandangkan beliau adalah ahli parlimen Pahang yang mewakili suara anak Pahang.
“Dengan isu semudah ini pun beliau tak mampu laksanakan dengan baik, bagaimana agaknya ahli parlimen itu menguruskan isu-isu besar yang melibatkan polisi,” kata Ahmad Nizam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin
Dia yang juga seorang peguam diminta mengulas cadangan dikemukakan Khairil Nizam di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar masakan gulai ikan patin tempoyak dan gulai asam rong diiktiraf sebagai makanan warisan negara.
Saranan itu dibuat Khairil Nizam semasa berbahas di Dewan Rakyat dan mengulas mengenai langkah kerajaan baru-baru ini menjadikan bak kut teh sebagai salah satu daripada 10 menu baru dalam makanan warisan negara.
Turut disenaraikan ialah burasak, mi kolok, dan nasi ambeng.
Bagaimanapun semakan menunjukkan gulai patin tempoyak dan gulai asam rong memang sudah sedia ada dan diperakui sebagai salah satu makanan warisan negara sejak 2009.
Ahmad Nizam berkata kegopohan Khairil Nizam semasa membicarakan bak kut teh itu menunjukkan seolah-olah dia mahu menonjolkan diri sebagai juara orang Melayu.
Padahal, katanya, tanpa disedari bekas ketua penerangan PAS Pusat itu boleh mengguris perasaan kaum lain.
Ahmad Nizam turut menyarankan Khairil Nizam merujuk buku-buku resipi masakan dan manisan tradisi Pahang yang dikarang Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.
Dalam naskhah itu, katanya, ada banyak maklumat mengenai hidangan Pahang dipaparkan.
Sementara itu Penasihat Majlis Pimpinan PKR Pahang, Fuziah Salleh, memberitahu Malaysiakini pihaknya ada mencadangkan langkah mengangkat makanan tradisi Pahang lain ke tempat sewajarnya.
Kata Fuziah, pihaknya menyarankan agar makanan tersebut - sambal hitam dan gula kabung - didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut menyarankan agar semua pihak bekerjasama untuk mendaftarkan produk-produk istimewa Pahang di bawah MyIPO yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Perkara ini perlukan kerjasama semua pihak, bukan mempolitikkannya ini seperti dilakukan Jerantut,” katanya.
Post time 6-3-2024 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nw111 at 6-3-2024 10:42 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik2 gitu aku jadi X lalu nak makan...kuah tu nmpk menyelerakan dah..
Satu lagi...knp Nasi ambeng??
Bukan itu makan jowo ke..nanti jowo indon mengamok claim itu makan depa..
iols yg terlibat dlm bidang warisan ni mmg tergelak je bila org bangkitkn pasal bak kut teh ni...byk masakan yg dh diwartakn sbg warisan kebangsaan, cuma tak diwar2 kan je...semua kene rujuk ngan jabatan warisan negara utk dptkn info yg tepat
nw111 replied at 6-3-2024 10:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...
ikan kembong ikan jenahak ikan merah pun sedap....mak saya buat guna ikan2 laut je sbb tak pernah beli ikan patin mentah. lagi satu ikan belanak pun sedap buat masak tempoyak.
ye....salmon pun sedap....tp kena bubuh saat akhir memasak sbb kalau bubuh di awal, hancur sgt....tapi mmg sedap la salmon masak tempoyak, or gulai kuning biasa or singgang or pindang.