|
Ustazah langsing mesti sbb pergi slimming centre nih..
Zakiah seronok berniaga
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAKARIA IDRIS
Zakiah berbangga kerana Slimlife Heaven kini telah mempunyai lima cawangan.
SEINGAT Datin Sri Zakiah Mat Yusof, sejak kecil, remaja sehingga mendirikan rumah tangga, beliau tidak pernah kurus.
Tubuh badannya sentiasa berisi sehinggakan beliau tidak pernah terfikir akan memiliki bentuk badan yang langsing dan ramping seperti selebriti.
Apatah lagi setelah melahirkan anak, bagi beliau mustahil untuknya menjadi kurus.
Melihat wanita-wanita lain yang memiliki bentuk badan yang cantik, hatinya dihambat rasa cemburu dan tertanya-tanya mengapa dia tidak boleh menjadi kurus seperti mereka.
Iklan-iklan di media elektronik dan cetak yang menunjukkan rawatan pelangsingan membuka hatinya untuk mencuba.
Lantas beliau mendaftarkan diri di sebuah pusat pelangsingan bagi menjalani rawatan.
Ternyata rawatan intensif yang diikuti berjaya menurunkan berat badannya dan tubuhnya menjadi langsing.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu beliau hamil semula dan berat badannya kembali bertambah.
Selepas hamil, beliau berazam semula untuk menurunkan berat badannya.
''Dahulu berat badan saya mencecah 80 kg (kilogram) dan sekarang telah turun menjadi 55 kg. Melalui pengalaman itu saya mengambil keputusan untuk membuka pusat pelangsingan sendiri,'' kata Zakiah, 39 , selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Slimlife Heaven.
Beliau yang sebelum itu telah memulakan beberapa perniagaan lain seperti kedai bunga, butik pakaian dan kedai barangan majlis, percaya perniagaan pusat pelangsingan dapat memberikan pulangan memuaskan jika hasilnya menggembirakan pelanggan.
''Pelanggan yang berpuas hati pasti akan datang semula atau memberitahu pula kepada rakan-rakan lain.
"romosi dari mulut ke mulut ini lebih berkesan kerana mereka telah mengalami sendiri rawatan yang diberikan.
''Setiap wanita memang mengidamkan bentuk badan yang langsing, cantik dan menarik. Terdapat wanita yang sukar menurunkan berat badan walaupun telah melakukan pelbagai usaha bersendirian.
''Di sinilah peranan pusat pelangsingan yang dapat memberikan program dan rawatan yang lebih berkesan bagi membantu wanita yang benar-benar langsing.
''Slimlife Heaven menawarkan lebih daripada 30 jenis program pelangsingan yang disesuaikan dengan seseorang pelanggan,'' ujar ibu kepada empat orang anak, Muhammad Naufal, 14, Nur Nisa, 11, Muhammad Naseem, 8, dan Nur Nyra, 4.
Mula beroperasi pada tahun 2010, sehingga kini Slimlife Heaven telah mempunyai lima cawangan termasuk di Ampang Hilir, Melawati, Kota Damansara, Shah Alam dan Bangi.
Menurut Zakiah, beliau seronok berniaga kerana ada sesuatu yang boleh dibuat dan bukan setakat duduk di rumah sahaja.
Lagipun beliau mendapat sokongan padu daripada suami, Datuk Seri Mohd Hizal Othman yang juga seorang ahli perniagaan mengimport kereta mewah.
Kebanyakan pelanggan Zakiah terdiri daripada wanita Melayu yang rata-ratanya pelanggan tetap.
Beliau mengakui pernah jatuh bangun dalam perniagaan termasuk menutup kedai bunganya, namun galakan daripada pelanggan membuatkannya membuka semula kedai tersebut.
Zakiah yang berkelulusan Ijazah Juruukur Bahan dari Universiti Glasgow Caledonians, Scotland menambah, sambutan yang baik membuatkannya terfikir untuk membuka cawangan di negeri-negeri lain di Malaysia.
''Tidak dinafikan cabaran dalam perniagaan memang banyak.
"Namun dalam perniagaan pusat kecantikan ini tiada saingan kerana Slimlife Heaven merupakan satu-satunya rangkaian spa yang besar,'' kata beliau yang memulakan perniagaan dengan modal sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sore dia bila mengaji meremang bulu roma..tapi kuat sangat tabarruj ustazah ni |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 17-9-2012 03:32 PM
Ustazah langsing mesti sbb pergi slimming centre nih..
Zakiah seronok berniaga
woooooo. madu diakah?
aku harap poligami ni, poligami yang mendapat restu si isteri pertama.
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 17-9-2012 03:32 PM
Ustazah langsing mesti sbb pergi slimming centre nih..
Zakiah seronok berniaga
laju je uols dpt info yek
|
|
|
|
|
|
|
|
BTW, umur less than 40 boleh dapat title Datuk Seri ke?
macam meragukan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Baju ketat jugak. ...mendayu dayu suara melanunkan al quran tak memahami isi tak guna jugak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton posted on 17-9-2012 03:33 PM
woooooo. madu diakah?
aku harap poligami ni, poligami yang mendapat restu si isteri pertama.
bca paper smlm bgtau bini 1st xtau & sgt2 trkejut & hnya dpt tau
dia dimadu pas tgok pic2 yg setazah nie post kat fb..
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam surat khabar semalam..katanya isteri first sedih & kecewa |
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal posted on 17-9-2012 03:37 PM
Baju ketat jugak. ...mendayu dayu suara melanunkan al quran tak memahami isi tak guna jugak....
kening pon makin hari makin tipis u..
|
|
|
|
|
|
|
|
Musuh seorang wanita ialah wanita lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
-mama- posted on 17-9-2012 03:38 PM
bca paper smlm bgtau bini 1st xtau & sgt2 trkejut & hnya dpt tau
dia dimadu pas tgok pic2 yg s ...
ye ker?? sadisss....
|
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal posted on 17-9-2012 03:37 PM
Baju ketat jugak. ...mendayu dayu suara melanunkan al quran tak memahami isi tak guna jugak....
kaka....isi dh faham....tp nk praktik tu yg....hmmm....
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat juga background first wife Dato' Seri tu... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyoo paper mana yg tulis pasal first wife dia nye comment tu...
apa2 jela ustazah...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
smlm i ngan adik ipar dok ngata ustazah ni..metro smlm ada cakap ustazah ni ngajar ngaji dkt umh datuk seri ni..pastu,dia orang jatuh hati,bercinta dan berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama.bila isteri pertama dpt tau,kecik hati la...jadi,ustazah ni bini no 2 la...
so?korang rasa mcm mana?aku allergik bab org yg amik laki org ni... |
|
|
|
|
|
|
|
-mama- posted on 17-9-2012 03:38 PM
bca paper smlm bgtau bini 1st xtau & sgt2 trkejut & hnya dpt tau
dia dimadu pas tgok pic2 yg s ...
issshh !!
yang heran tu, datin seri tu bukan main cun, pun datuk seri nak cari lain.
agaknya senang nak belajar mengaji kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
UnaHusna posted on 17-9-2012 03:33 PM
sore dia bila mengaji meremang bulu roma..tapi kuat sangat tabarruj ustazah ni
tabaruj tuh apew?
btw laki die Datuk seri kah? xkenal pun
|
|
|
|
|
|
|
|
cupu posted on 17-9-2012 03:51 PM
smlm i ngan adik ipar dok ngata ustazah ni..metro smlm ada cakap ustazah ni ngajar ngaji dkt umh da ...
begitu la news yg mak kak bed bg tahu setelah membaca harian metrosek itew
|
|
|
|
|
|
|
|
Takot tgk sominya...patotla dok rahsia...cuba klo sominya persis bang aron ajis...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
payah jugak yer......berbaik baik dgn satu family pastu kebas laki org...
dulu penyanyi terkenal buat camtu...now ustazah lak? donia doniaaaaa..laki org gak nak dikebasnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|