CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 18-10-2012 12:07 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-10-2012 11:20 AM
sambung skit sblom g sekolah...

“kau rasa patut tak aku bagitau penipuaan aku sebelum ini kepada ...

Habislah nad....apa ler tindakan si tyra nih...hafiz jgn putus asa ngan budk tyra nih...ko tangan2kn pompuan nih...bg sedar sikit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2012 10:07 PM | Show all posts
“hoi perempuan buta ke?” jerkah satu suara. Atirah terkejut dengan jerkahan tersebut. Dia tahu dia bersalah kerana secara tidak sengaja telah mengotorkan baju lelaki yang berbadan gempal didepannya kini.

“maaf encik...” minta Atirah walaupun dia tahu bukannya salah dia semata-mata. Kalau lelaki itu tidak meletakkan kakinya yang panjang diperjalanannya pasti dia tidak akan tersadung lalu menumpahkan minuman pada baju lelaki itu.

“maaf? Banyak senang kau cakap. Kau ingat baju aku harga seposen.” Tengking lelaki itu lagi. Atirah sudah tidak tahan lagi. Dia paling benci bertemu dengan golongan miskin seperti lelaki ini. miskin tapi berlagak kaya. Padahal nak mengikis harta orang kaya macam dia. terus ingatannya melalut kepada Nadrisa. Atirah mengeluarkan beberapa keping not RM50 lalu dicampak ke muka jantan tak sedar diri itu. Baru puas hatinya. Orang dah minta maaf pon masih lagi nak mengamuk. Rasakan!

“kurang ajar......... ni ke cara kau mengaku kesalahan kau.” Jerit lelaki itu lagi sambil bingkas bangun. Tangannya diangkat untuk menampar wajah jelita yang kurang ajar itu. biar aku ajar kau cukup-cukup perempuan!

“jangan kau nak sentuh dia sesuka hati......” Hafiz datang untuk menyelamatkan keadaan.Tangan lelaki itu dipegang kemas supaya dapat menghalang tangan itu mengenai wajah cantik Atirah.

“kau siapa pulak? Tak payah nak berlagak hero kat sini.” Marah lelaki berbadan gempal itu lagi. Atirah memandang wajah Hafiz.

“aku suami dia....... kau jangan ingat aku tak nampak apa yang jadi tadi.” Balas Hafiz garang. Lelaki berbadan gempal itu mula rasa takut.. apa taknya, badan Hafiz yang tegap bak pegawai polis itu menakutkannya. Berbanding dia yang gemuk dan montel. Entah-entah lelaki ini polis.

“ahh..laki bini perangai sama jer... tak reti nak hormat orang.” Keras suara lelaki itu lagi sebelum beredar dari restoren itu.

Last edited by misssakura on 18-10-2012 10:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 10:13 PM | Show all posts
“thank Hafiz sebab tolong i tadi...... jom makan. I belanja.” Ucap Atirah. Hafiz yang berada disisinya tersenyum manis kearahnya.

“sama-sama.....sure nak belanja ni?” soal Hafiz girang. Untung ada orang nak belanja dia makan.

“ye la.... jom.” Balas Atirah dengan ketawa kecil. Lucu pula tengok wajah girang Hafiz apabila dia mahu belanja jejaka itu.

“you jangan menyesal kalau i makan banyak-banyak...” usik Hafiz sambil mengikuti Atirah ke meja yang kosong dan strategik.

“makanlah banyak mana pon.... nak tapau bawak balik pon tak apa.” Giat Atirah. Akhirnya kedua-dua mereka ketawa kecil.

“datang sorang je ke?” Tanya Hafiz tatkala mereka berdua sudah memulakan santapan.

“yup...asalnya nak tapau je. Dah kebetulan jumpa dengan you, boleh lah makan sekalikan. You dari mana?”

“ia da meeting tadi...”balas Hafiz. Atirah sekadar mengangguk tanda faham. Mereka berbual seketika sebelum keluar dari restoren untuk ke hala tuju masing-masing.

Last edited by misssakura on 18-10-2012 10:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 10:19 PM | Show all posts
shahrinas posted on 18-10-2012 11:32 AM
ish! next n3...next n3...next n3 pleaaaaaaaaaaaaaaaaase...

dh sambung tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 10:24 PM | Show all posts
“kau dah fikir masak-masak ke nak serius dengan Risa tu?” soal Hafiz ketika mereka sedang menjamah makan malam.

“ye...kenapa?” Tanya Ilham. kenapa pertanyaan sahabatnya itu lain macam sahaja bunyinya.

“bukan apa... kau lupa ke kisah kau dengan Rania sebelum ni.” ungkit Hafiz. Teh tarik diteguk perlahan.

“ooo...maksud kau pasal mama aku ke?” balas Ilham tatkala mula memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hafiz. Hafiz mengangguk perlahan. Mengiakan jawapan dari temannya. Dia bukan apa... tidak mahu Ilham terlalu beria-ria dengan Nadrisa tetapi akhirnya tak jadi. Macam Rania dulu!

“kau yakin ke mama kau akan berkenan kat Risa... kau tahukan factor dia tolak arwah Rania dulu.”

“aku akan pastikan mama aku terima Risa... aku tak akan mudah mengalah seperti masa aku dengan arwah dulu. Kali ni, aku akan buat mama aku sukakan Risa. Bagiaku, Risa tu sangat okey. Tak ada apa yang teruk pon. Kalau kena caranya, mama aku pasti suka padanya.” Tegas Ilham bersuara sama seperti hatinya yang bertegas akan buat puan Maimun menerima Nadrisa.

“aku cuma nak ingat kan kau je... ye la.. mama kau tu kan suka sangat kat Tyra...semua perempuan lain dia tak pandang. Nak Tyra je jadi menantunya. Lagi pon,Risa tu bukanlah orang berada. Nanti tak pasal-pasal kisah kau dengan arwah Rania tu berulang lagi.”

“nak tak nak mama aku kena terima kenyataan yang aku langsung tak ada hati kat Tyra... miskin ke kaya ke semua tu tak penting. Yang penting aku sayangkan Risa dan Risa sayangkan aku.” Balas Ilham dengan yakin. Hafiz tersengih melihat kesungguhan Ilham yang jelas cukup bersemangat untuk meneruskan hubungannya dan Nadrisa meski pon bakal ditentang mamanya sendiri.

“harap-harap kau berjaya la Ilham... tapi apa-apa pon mama kau mesti diutamakan.” Nasihat Hafiz lembut. dia sokong dengan kesungguhan temannya namun dia tidak akan menyokong sekiranya Ilham membelakangkan mamanya hanya kerana cinta. Sebagai lelaki, ibu adalah yang paling utama!

“Insyaallah...aku pasti dapatkan restu mama aku dulu baru aku akan teruskan langkah seterusnya dalam hubungan aku dengan Risa.” Janji Ilham dan memang itulah yang dipegang selama ini. apa-apa pon, dia masih utamakan mamanya.

Last edited by misssakura on 18-10-2012 10:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 02:11 PM | Show all posts
Lagi miss....kalu muleh masyukkan sekali kisah hafiz & tyra yek...minat lak dua couple nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2012 02:29 PM | Show all posts
xde n3 lg ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 04:32 PM | Show all posts
x der entry baru keeee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2012 04:47 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-10-2012 02:11 PM
Lagi miss....kalu muleh masyukkan sekali kisah hafiz & tyra yek...minat lak dua couple nih...

sellie memang suka part 2nd hero & heroin kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 09:59 PM | Show all posts

“kalaulah suatu hari nanti ada perkara bakal memisahkan kita, saya mintak awak percayakan saya boleh?” minta Nadrisa petang itu. Suasana tenang di taman reakreasi itu mendamaikan hati Ilham dan Nadrisa.

“kenapa pulak? Awak ada buat salah yer...” tuduh Ilham. Sekadar gurauan.

“mana ada awak ni... saya cuma nak awak tahu yang saya ikhlas sayangkan awak. Tak ada niat lain pon. Biarlah apa-apa yang berlaku sekali pon, percayalah saya memang cintakan awak. Mungkin banyak perkara yang saya kelentong tapi bab perasaan ni saya betul-betul serious.” Luah Nadrisa lagi. Ilham mengerutkan dahinya. Memandang kearah Nadrisa aneh.

“awak buat saya curiga jer... ni mesti ada apa-apa ni...” teka Ilham lagi. Hatinya mula rasa tidak seronok. Macam ada sesuatu yang tersirat disebalik ayat-ayat Nadrisa.

“awak ni... semua ni saya cakap kalau. Kita tak tahu apa yang jadi kelak. Saya cuma mintak awak percayakan saya jer... tu je point kat sini.” Bebel Nadrisa yang cuba menutup mulut Ilham dari bertanya terlalu banyak. Ilham kalau dah datang perangai suka bertanyanya sukar untuk melepaskan diri lagi lepas itu.

“insyaallah.Tengok pada situasi.. kadang-kadang saya tak boleh jugak nak percaya membuta tuli. Cinta-cinta jugak tapi kena pakai akal jugak.” Kata-kata dari Ilham buat Nadrisa terpukul. Keyakinannya untuk mendapat kepercayaan dari Ilham mula menipis. Ilham tak selembut yang disangka.

“saya gurau je la... kenapa sedih sangat ni. Jangan sedih-sedih yer. Saya janji saya akan percayakan awak dan awak pon percayalah walau apa pon yang berlaku cinta saya terhadap awak tak akan hilang. Kekal dalam hati saya.” pujuk Ilham tatkala melihat perubahan wajah Nadrisa. mungkin gurauannya agak kasar terhadap Nadrisa. Nadrisa tersenyum akhirnya. Berdoa kehadrat Ilahi supaya jodohnya dan Ilham panjang.

Last edited by misssakura on 19-10-2012 10:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 10:03 PM | Show all posts
Ilham menyalami mama dan papanya yang hampir 3 bulan berada di bumi Terengganu. Dah makin gelap kulit orang tuanya ini. mungkin sebab terlalu banyak masa dihabiskan dipantai.

“lama tak balik rumah.....” tegur Ilham sambil mengangkat beg kedua orang tuanya.

“banyak keje Ilham. Ni pon mama dengan papa balik sekejap je. Nak tengok-tengok kan kamu. Dalam 2 minggu lagi kami nak ke sana lagi.” Balas encik Johari sambil menghempaskan badannya diatas sofa yang empuk. Puan Maimun turut sama melepaskan lelah disofa yang terdapat diruang tamu.

“kalau papa dengan mama tak larat... biar Ilham pula ke sana.” Cadang Ilham. Kesian juga dia melihat papa dan mamanya berpenat lelah di Terengganu. Ada eloknya biar dia ke sana dan Motel di sini biar papa yang uruskan.

“papa bukan tak percayakan kamu Ilham tapi papa suka balik Terengganu. Negeri sendiri. dah lama benar papa tak pulang ke kampong halaman papa. Lagi pon kat sana kerja memantau aje..... lagi banyak kerja kat sini.” Tolak encik Johari.

“papa dengan mama pergilah naik atas. Mandi, berehat. Tidur dulu ke.” Cadang Ilham. Jelas kelihatan wajah tua itu kepenatan.

“tak apalah Ilham... mama kejap lagi nak masuk dapur. Nak masak.” Balas puan Maimun pula.

“ ish mama ni... baru sampai terus nak ke dapur. Mak Jah kan ada. Biar je la dia yang masak. Malam karang baru mama masak. Sekarang mama dengan papa pergi rehat dulu.” Tegas Ilham. Encik Johari dan Puan Maimun memandang antara satu sama lain. Pelik dia melihat perangai Ilham. Ilham jarang seramah ini.

“betul kata Ilham tu... jom kita naik atas rehat dulu.” Tambah encik Johari akhirnya. Lega dia melihat Ilham yang sudah kembali seperti dua tahun yang lepas. Ilham yang ramah bukanlah Ilham yang dingin.
Last edited by misssakura on 19-10-2012 10:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 10:07 PM | Show all posts
“i nak jumpa you... urgent. Boleh?” soal Atirah pada telefonnya. Talian yang kini disambung kepada Ilham.

“i busy lah Tyra... next time okey.” Dalih Ilham. Begitulah dia selalu bila diajak bertemu oleh Atirah. Atirah merengus kasar. Meluap-luap rasa marah melihat reaksi dari Ilham. Kalau dengan perempuan hodoh tu bukan main lagi keluar dating. Kalau dengan aku susah betul.

“i ada benda urgent nak cakap... lagi pon i nak bincang semula pasal hubungan kita tu. Jom jumpa. You tak akan menyesal kalau meluangkan masa dengan i sebab banyak info yang you bakal dapat...” tinggi suara Atirah. Geram betul dia dengan sikap Ilham. Ilham telah mencalarkan maruahnya.

“okey okey  i jumpa you.... bila?” akhirnya Ilham mengalah. Walaupun hatinya cukup malas untuk melayan karenah Atirah yang masih lagi menaruh harapan padanya.

“esok.....waktu lunch. Kat Motel you.” Balas Atirah sedikit ceria. Setuju juga Ilham.

“no no no... bukan kat Motel i. Kat tempat lain. I pergi kat pejabat you esok.”Jawab Ilham tegas. Giler apa nak jumpa kat Motel. Mahunya Nadrisa nampak mampus dia. susah pula dia mahu menjelas kepada sang kekasih hati.

“i tak kisah mana-mana. Janji you datang jumpa i esok. Tu je i nak.” Balas Atirah riang. Esok segala-galanya akan selesai. Hubungan antara dia dan Ilham akan selesai begitu juga ilham dan Nadrisa. kalau dia tak dapat Ilham, perempuan murahan macam Nadrisa juga tak akan dapat Ilham!

Last edited by misssakura on 19-10-2012 10:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 10:12 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-10-2012 02:11 PM
Lagi miss....kalu muleh masyukkan sekali kisah hafiz & tyra yek...minat lak dua couple nih...

mcm x tercapai je hasrat sellie nih. sakura cuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 10:26 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 19-10-2012 02:29 PM
xde n3 lg ker?

sakura dah sambung tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 09:00 AM | Show all posts
jgn pisahkan aku dan diaaaa...Tuhan tolonglah ku cintaaa diaaaaa....

jgn tutup telinga..sedap tu nad nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 09:13 AM | Show all posts
kan dah kata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 09:04 PM | Show all posts
redsentra posted on 19-10-2012 04:47 PM
sellie memang suka part 2nd hero & heroin kan

Yup, mana2 citer x kira novel ker drama ker...huhu...suka lg watk second hero & heroin...kekdg lebih menarik...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 09:18 PM | Show all posts
misssakura posted on 19-10-2012 10:12 PM
mcm x tercapai je hasrat sellie nih. sakura cuba

Tak tercapai....uhuhukkk.....takpe ler....

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 09:37 PM | Show all posts
“kalaulah suatu hari nanti ada perkara bakal memisahkan kita, saya mintak awak percayakan saya boleh?” minta Nadrisa petang itu. Suasana tenang di taman reakreasi itu mendamaikan hati Ilham dan Nadrisa.

“kenapa pulak? Awak ada buat salah yer...” tuduh Ilham. Sekadar gurauan.

“mana ada awak ni... saya cuma nak awak tahu yang saya ikhlas sayangkan awak. Tak ada niat lain pon. Biarlah apa-apa yang berlaku sekali pon, percayalah saya memang cintakan awak. Mungkin banyak perkara yang saya kelentong tapi bab perasaan ni saya betul-betul serious.” Luah Nadrisa lagi. Ilham mengerutkan dahinya. Memandang kearah Nadrisa aneh.
#####################

PERCAYA PADA CINTA.....


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 08:57 AM | Show all posts
Salam n morning...

abisle tirah nk jmpa ilham....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065054 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list