|
[Merge] Konsert Anuar Zain 3 Dekad (pg.10) - kredit tuk fan account
[Copy link]
|
|
veYron posted on 11-12-2012 01:20 PM
RM698 = 698 buah lagu, 1 lagu RM1 voleyh???
Peminat anuar ni cm ade 2 darjat, satu, mak2 datin, ...
wah murahnye satu lagu rm1
gilo ko...saket tekak bang nuar cmni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari bayar sampai dekat RM700 tuh baik aku beli jam Casio Pro-Trek 3 sensors....boleh pakai bertahun dari setakat usha sehari je nyanyian Anuar Zain yg dah semakin suam2 kuku je nih... |
|
|
|
|
|
|
|
..AZ tau yg pemenat dia akan berjujuk beratur nk beli tiket...sedor2 dah sold outt..! |
|
|
|
|
|
|
|
one_aiman posted on 11-12-2012 01:33 AM
tambah sket je lagi da boleh beli samsung galaxy..mahalnya..tapi kalo da minat, memang akan ada yg b ...
biasala tu kan .. mcm jugak concert kpop, jpop and maher zain... lebih kurang gak harga... tapi bang nuar... iolls tak berapa minat nak tgk heolls nyanyi... cam tak berbaloi kalau dia just nyanyi berdiri je... kalau ada joget2 .. dance2x... gimik2x... baru la rasa berbaloiii.....
iolls minat your avatar... Taipei
|
|
|
|
|
|
|
|
Esperanza posted on 11-12-2012 01:16 PM
Homaigoddd!!!! Mcm ni ke perangai generasi tua negara kita????
tatau la hidup lagi ke tak makcik2 ni. gambar lama ni. sekitar 2006/7 kot.
aku cuba cari gambar salah sorang dari meka duduk atas lap nuar. tapi tak jumpa.
|
|
|
|
|
|
|
|
InVendeTTa posted on 11-12-2012 01:57 PM
vongoksnye macit2 gatal nih
wat malu anak beranak jek
itulah peminat sejati kekdahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
buto kne byr rm 700
bkn bagus pun .harap muka kacak j |
|
|
|
|
|
|
|
metalnivana posted on 11-12-2012 03:21 PM
Walaupon konsert Siti Nurhaliza kebanyakannya lagu RECYCLE..tapi ak rela pergi dr .tgk konsert Anuar ...
kannnnnnnnnnn..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk Air Supply kat Hilton KL ballroom pun tiga ratus lebih je. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Anuar Zain fans, Tickets will be released tomorrow 12.12.12 after 12pm www.ticketcharge.com.my. Ada Early Bird Discount!
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua tiket dia harga RM600....ada yg serendah RM88, RM138...etc etc....pilih laa mana yang termampu.....janji kita sokong artis tempatan, okay!! jangan kutuk2, jangan gaduh2 ya kawan2!! kepada yang x berminat/x pernah minat or whatsoever tu, takpe la..tak paksa beli pun kannnn..... Last edited by adiwarna on 11-12-2012 07:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahal gila.
Ini utk yg berduit je.
Tak pergi pun tak apa..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada forummers beria nak pegi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aisyazurina posted on 11-12-2012 05:30 PM
biasala tu kan .. mcm jugak concert kpop, jpop and maher zain... lebih kurang gak harga... tapi ba ...
itula..kalo da minat, sanggup berabes duit..apa la sgt rm698 tu kalo dpt jumpa artis pujaan..cuma kalo aku, xla kot..wpon minat mcm mn skalipon aku beli tiket yg paling murah je..rm88..sbb nnt last2 kuar dvd gak..
OT : kalo arashi dtg msia, sanggup tak byr rm698 utk tgk konsert dorang?heheh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon mahal ..aku rasa sold out jugak ...
Fans dia ... rata2 duit byk ..
Kalau Dafi ..mungkin x laku klu letak rega tue ..
Fans dafi kureng skit kaya drpd fans AZ ..(walaupun dah senja2 ..) |
|
|
|
|
|
|
|
3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari Anuar Zain
11 Dec 2012, 10:22am | Hafiz Hassim
Anuar Zain sudah bersedia untuk meraikan ulangtahunnya yang kini memasuki tiga dekad dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau - Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari - di Stadium Putra.
Anuar berkongsi bahawa dia amat teruja dengan sambutan peminat kepada muzik video "Ajari Aku" di saluran rasmi YouTubenya, yang kini telah pun mencapai lebih dari 93,000 hits. Ditambah pula dengan berita bahawa single tersebut telah memasuki carta radio tempatan.
“Ramai bertanya apa yang berlaku seterusnya di dalam klip video itu. Jadi, kami telah memutuskan untuk menayangkan sambungannya melalui lagu "Sempurnakan Aku" buat pertama kali di konsert '3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari'. Ini adalah hasrat saya untuk melangsungkan tayangan perdana video muzik ini sebagai hadiah khas untuk semua peminat yang akan bersama-sama dengan saya pada malam itu,” kata Anuar.
Satu lagi berita yang semestinya menarik perhatian peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur. Pihak Anuar Zain Network juga mengumumkan satu kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif ditawarkan buat peminat-peminat Anuar dari Kota Bharu, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Pakej ini dinamakan '3 Dekad 1 Destinasi'. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.
Tiket konsert 'Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari' berharga RM698 (platinum), RM598 (Gold), RM398 (Silver), RM298 (Bronze), RM138 (Palladium A) dan RM88 (Palladium B).
Diskaun khas awal sebanyak 15% akan ditawarkan kepada 1,000 pembeli pertama antara 12 hingga 19 Disember. Bagi jualan tiket pukal, hubungi Anuar Zain Network di 012-4642030.
Anuar juga mengesahkan bahawa tiada rancangan pada masa ini untuk mengadakan konsert di Singapura seperti yang dilaporkan.
“Yang penting bagi saya sekarang ialah untuk berkongsi perjalanan muzikal saya dengan semua di Stadium Putra, dan berharap agar konsert ini akan menjadi sesuatu yang istimewa untuk semua yang hadir pada malam 16 Februari nanti.”
Credits: gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Anuar Zain Berterima Kasih Kepada YouTube
11 Dec 2012, 10:19am | Hafiz Hassim
“Saya bersyukur kerana 'social media' seperti YouTube banyak membantu saya untuk mempromosikan klip video "Ajari Aku" yang kini telah mencecah 94,000 hits. Sebelum ini saya tidak percaya bahawa video klip ini boleh membantu tetapi selepas ia di ‘upload’ di YouTube nampaknya kebanyakan peminat memberikan respon yang amat memberangsangkan,” ujar Anuar Zain pada GUA.
Video klip seterusnya iaitu "Sempurnakan Aku" akan di siarkan secara langsung semasa konsertnya pada 16 Februari depan.
Untuk konsert tersebut, pihaknya menggunakan sistem LED bagi melancarkan persembahannya di samping memastikan hasilnya lebih berprestij bagi memberikan kepuasan sepenuhnya buat peminat-peminat tercinta.
Ditanya juga mengenai mentaliti peminat-peminat Malaysia yang segelintirnya lebih menyukai dan sanggup membeli tiket untuk menyaksikan artis luar negara berbanding artis-artis Malaysia, ini komen Anuar:
“Itu adalah mentaliti peminat-peminat kita di Malaysia. Bagi saya itu terletak pada individu itu sendiri. Kalau mereka merasakan tiket untuk menyaksikan konsert artis Malaysia terlalu mahal, saya tidak boleh buat apa dan itu terpulang pada mereka,” ujar Anuar mengakhiri perbualan.
Credits: gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
personally anuar zain is such a humble and nice person.... tapi perform live x best....
but diehard fan mesti x kisah punye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai peminat setia Abang Anuar ni... Mesti sanggup beli tiket walaupun mahal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|