Izzue Islam Nafi Tipu Peminat Dan Media![url=][/url][url=][/url]
KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Sungguhpun pengurus Izzue Islam, Awin telah menafikan bahawa dirinya adalah tunang kepada penyanyi dan pelakon ini, namun masih ramai pihak mendakwa bahawa Izzue telah berbohong dan sengaja menyembunyikan status sebenarnya.Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Menjawab persoalan ini, Izzue menyatakan bahawa dia langsung tidak berbohong. Malah, Izzue yang lebih dikenali sebagai pelakon memberitahu Awin sememangnya adalah pengurusnya dan bukanlah tunangnya seperti yang dikecohkan segelintir pihak. "Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak berbohong pun kepada media mahu pun peminat mengenai status saya. Saya tidak pernah pun bercakap bahawa saya sudah bertunang. "Saya pun tidak pernah berkata bahawa saya akan berkahwin pada 2013. Saya cuma berkata saya sudah bersedia untuk berkahwin dan tidak kisah sama ada tahun depan, esok atau pun lusa. "Bila-bila masa saja saya akan berkahwin. Itu semua hak saya sama ada nak kongsikannya atau pun tidak. Apapun, semua orang berhak bercakap mengenai saya. Saya berterima kasih kepada mereka kerana mengambil berat terhadap diri saya," katanya kepada murai.com.my. Menjelaskan lebih lanjut mengenai Awin yang dikatakan bertindak melebihi batas, Izzue mengakui pengurusnya itu sudah menjalankan tuganyas dengan baik sekali. " Saya ada dengar tuduhan yang dilemparkan terhadap Awin. Kelakar juga bunyinya. Untuk pengetahuan semua, dia adalah pengurus peribadi saya dan pada masa yang sama, dia juga ada membantu ahli Forteen yang lain. "Dia berhak buat apa saja demi kebaikan kami pada waktu itu. Dia dah jalankan tugas dia. Tuduhan yang mengatakan dia tidak benarkan kami berjumpa peminat adalah salah sama sekali. "Selepas habis majlis, kami ada meluangkan masa bersama peminat. Waktu kami berjumpa pun adalah waktu yang sepatutnya kami pulang ke rumah. Namun, atas kehendak peminat kami turuti dan luangkan waktu seketika," jelasnya. Sebelum menutup bicara, Izzue sempat berpesan agar pihak yang melemparkan gosip it supaya lebih berhati-hati sebelum membuat dakwaan. "Saya minta maaf jikalau saya ada menyinggung mana-mana pihak waktu itu. Bagaimanapun, kepada sesiapa saja, sebelum bercakap itu buatlah research terlebih dulu. Mungkin orang itu buat cerita saja. "Apapun, saya tidak ambil hati dengan perkara ini. Ia dah menjadi asam garam sebagai anak seni. Mungkin dia tidak kenal status Awin dengan saya. Kalau tanya fans yang sering ikuti kami, mereka akan lebih tahu bagaimana hubungan saya dan Awin. Bagaimanapun, terima kasih kepada mereka kerana meminati Forteen dan saya," ujarnya.
sumber : murai.com.my
|