CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4207|Reply: 30

[Tempatan] MISKIN tapi RAJIN

[Copy link]
Post time 1-10-2013 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki si pemburu sampah

MARANG - “Di mana sahaja ada sampah, di situ pasti ada rezeki saya.” Demikian luahan seorang lelaki Rohingya, Yusof Mohd Husin, 37, yang menetap di daerah ini dengan menjadikan kerja mengutip tin dan barangan lusuh sebagai kerjaya bagi menyara hidup bersama isteri serta tiga anaknya sejak 15 tahun lalu.

Bagi sebahagian daripada kita, sampah sudah pastinya adalah barangan buangan yang kotor dan menjijikkan, tetapi bagi sesetengah orang termasuk Yusof serta keluarganya, rezeki mereka sebahagian besar datangnya daripada longgokan sampah.

Dia yang berhijrah ke negara ini kira-kira 15 tahun lalu, mampu meraih pendapatan melebihi RM500 sebulan bagi membesarkan tiga anaknya berusia 3 hingga 17 tahun termasuk membayar sewa rumah serta keperluan lain.

“Banyak barang bernilai dalam longgokan sampah. Saya mencari barang-barang terbuang seperti tin, besi dan peralatan elektrik. Saya boleh dapat sebanyak RM30 hingga RM50 sehari dan pendapatan kadangkala lebih RM500 sebulan.

“Bagaimanapun, saya tidak bekerja setiap hari. Kalau malas saya dapat sikit, tapi kalau rajin saya akan dapat pendapatan agak lumayan untuk membesarkan anak-anak serta membayar sewa rumah dan menyediakan keperluan lain,” katanya.

Tidak mahu simpati

Yusof berkata, pada awal kedatangannya pada 1998, dia tidak terlibat dengan kerja-kerja mencari sampah, sebaliknya melakukan pelbagai kerja lain seperti buruh kontrak dan sebagainya.

“Ketika itu saya buntu memikirkan cara hendak mencari duit dan kebetulan ada ramai kawan mencari barangan lusuh. Saya pun mula mencari barangan lusuh daripada longgokan sampah selepas tinggal di daerah ini dan menjualnya.

“Dari situ saya tidak berfikir panjang untuk mencari pelbagai barangan boleh dijual semula dalam longgokan sampah kerana pendapatannya agak lumayan,” katanya yang menjadikan sebuah motosikal roda tiga sebagai tempat meletakkan barang.

Setelah mendapat barang-barang agak bernilai, Yusof akan membawa balik semua barang dikutip itu ke rumahnya di Rusila, di sini, untuk diasingkan ke dalam plastik dan kemudiannya dijual ke kedai barangan lusuh di Kuala Terengganu.

Saya buat kerja ini kerana tidak mahu meminta simpati daripada masyarakat. Selagi tulang empat kerat saya terdaya, saya akan bekerja untuk mencari rezeki halal,” katanya.

Makin banyak persaingan

Yusof berkata, suatu ketika dahulu, dia boleh mendapat pendapatan lumayan hasil jualan barangan lusuh, namun kini pendapatan makin kurang kerana banyak persaingan.

“Kini ramai sangat orang mencari sampah, jadi saya perlu berusaha lebih sedikit untuk mendapatkan kawasan longgokan sampah yang baru di sekitar daerah ini,” katanya.

Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik di hatinya apabila menyelongkar dan mengasingkan semua sampah-sampah ditemuinya itu, Yusof berkata, sekiranya ada perasaan tersebut, sudah pasti mereka akan hidup susah di bumi bertuah ini.

Sebenarnya di mana-mana sahaja di bumi ALLAH ini ada rezeki halal. Kita hanya perlu rajin berusaha. Malah, saya dan rakan-rakan yang datang ke negara ini tidak sewajarnya memilih kerja, asalkan kerja itu adalah halal,” katanya.

Yusof dan rakan-rakan khususnya yang datang sebagai pelarian dari Myanmar, sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap kerana mereka hanya memegang kad UNHCR.

Difahamkan, pemegang kad UNHCR warga Myanmar tinggal di negara ini atas ihsan sementara menunggu UNHCR mengusahakan penempatan ke negara ketiga kepada pelarian negara itu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rezeki-si-pemburu-sampah-1.207219

Psst : Aku suka manusia macam ni. Mohon kerajaan dapat memberi taraf kewarganegaraan supaya beliau dapat mengikuti latihan, membuat pinjaman dan seterusnya berjaya dalam hidup. Last edited by ikan_kaghing on 1-10-2013 08:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 08:55 PM | Show all posts
aku pelik org kita kdg2 sihat tubuh badan tapi pemalas nak mampus.

siang malam keje dia pk nak meminjam je.keje malas.

pastu dah pinjam, xreti nak byr.huh..

yg mintak sedekah toksah ckp la.. kalau cacat atau sakit xpe la kan, ni kemain lagi sihat.siap overweight lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:10 PM | Show all posts
aku respek orang mcm ni,  semoga kamu dikurniaNya  dngan rezeki  halal yang brlipat berganda.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:12 PM | Show all posts
rawahah posted on 1-10-2013 08:55 PM
aku pelik org kita kdg2 sihat tubuh badan tapi pemalas nak mampus.

siang malam keje dia pk nak me ...

Mintak sedekah tu sindiket..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:14 PM | Show all posts
Yup, betul tu. rezeki Allah di mana2 je. Dah jadi tanggungjawab manusia utk berusaha mencarinya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:15 PM | Show all posts
kerja x payah rajin2, nnt semakin banyak kerja diberi majikan gaji x naik2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2013 09:38 PM | Show all posts
sampai ke marang orang rohingya carik rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:47 PM | Show all posts
“Di mana sahaja ada sampah, di situ pasti ada rezeki saya.” Demikian luahan seorang lelaki Rohingya, Yusof Mohd Husin, 37, yang menetap di daerah ini dengan menjadikan kerja mengutip tin dan barangan lusuh sebagai kerjaya bagi menyara hidup bersama isteri serta tiga anaknya sejak 15 tahun lalu.
tak aci laa...aku ingatkan  melayu bumiputera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 09:51 PM | Show all posts
sebab orang Malaysia tak recycle, tu yg murah rezeki Rohingya ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:11 PM | Show all posts
Rezeki yang berkat, walaupun sedikit..... mampu menanggung seisi keluarga...apabila banyak dikongsi bersama...

Yang tak berkat, walaupun bertimbun-timbun...tak pernah terasa cukupnya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:30 PM | Show all posts
yg sihat tubuh badan... malas punya pasai.. keje nak mragut jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:32 PM | Show all posts
Difahamkan, pemegang kad UNHCR warga Myanmar tinggal di negara ini atas ihsan sementara menunggu UNHCR mengusahakan penempatan ke negara ketiga kepada pelarian negara itu.

lamanya UNHCR dok cari penempatan buat kaum rohingya ni sampai dah masuk 15 tahun pun masih tak jumpa2 lagi negara dunia ke3 yg sesuai untuk menempatkan mereka

agaknya dia & ramai lagi kaum rohingya ni "hanyut" ke terengganu sebab menjadi penggundi hantu pru11 yg menyaksikan BN merampas semula Terengganu daripada PAS & terus membantu kemenangan BN di terengganu dalam pru/prk selepasnya

in future, jangan terkejut kalau menteri besar terengganu adalah dari kuturunan Rohingya
Last edited by cupin_cipin on 1-10-2013 10:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:33 PM | Show all posts
orang kita suka menadah minta subsidi..jadi naik lemakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:39 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 1-10-2013 10:33 PM
orang kita suka menadah minta subsidi..jadi naik lemakkk..

ooo....baruku tahu yang rupanya warga asing haprak yg dok merempat kat mesia ni semua beli barang kerperluan bersubsidi macam petrol, gas lpg, minyak masak,gula, tepung tu semua dengan harga pasaran semasa tanpa subsidi
terima kasih atas pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:40 PM | Show all posts
tgk thread ingat Ummah Mulayu mana lak pulak yg miskin tapi rajin...
wakakakakka Rohinga gopernyerr..
Tak terkejutlaaa kes camni...
Ummah mulayu ....amiklaa ikhtibar....
tak pemalas bukan mulayu namanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:44 PM | Show all posts
cupin_cipin posted on 1-10-2013 10:39 PM
ooo....baruku tahu yang rupanya warga asing haprak yg dok merempat kat mesia ni semua beli barang  ...

dorang tak tadah n tagih minta..hanya sambut terima dan nikmati bersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 10:54 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 1-10-2013 10:44 PM
dorang tak tadah n tagih minta..hanya sambut terima dan nikmati bersama

yelah miss, kekayaan & keamanan negara untuk dinikmati bersama rakyat malaysia & pendatang asing
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:34 PM | Show all posts
Psst : Aku suka manusia macam ni. Mohon kerajaan dapat memberi taraf kewarganegaraan supaya beliau dapat mengikuti latihan, membuat pinjaman dan seterusnya berjaya dalam hidup.

ooo cina sepet lehnat yang rajin taknak tulung, rohoinmgya bangla reject pulak di sebok kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:40 PM | Show all posts
X kisahla  bangsa apa asalkn rajin x wat hal.... lg pun ini kn bumi allah.... sape kite nk sekat rezeki org... asalkn dia x wat masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:56 PM | Show all posts
rajinnya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094032 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list