CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 6-12-2013 01:27 PM | Show all posts
“Kau tak segan ke kak, gaduh-gaduh depan orang macam tu?” Soal Zack lagi.

“Kau ingat, aku suka-suka ke nak bergaduh macam tu?” Amy menjawab dengan soalan.

"Buat malu je kau ni..."

"Diamlah!" Marah Amy.

"Kaulah diam." Zack membentak.

"Kenapa aku pulak yang kena diam?"

“Memang jenis taknak kalah kau ni. Dari dulu sampai sekarang…” Balas Zack.

“Kau pun samalah, Zack. Tak payah nak cakap orang. Lain kali, kau tak payah masuk campur hal aku.”

“Eleh…kau masuk campur hal aku, boleh pulak?”

“Bila masa aku masuk campur hal kau?”

“Yang kau suruh aku jangan rapat dengan Farizah tu, apa benda?”

“Adalah sebab kenapa aku buat macam tu!”

“Tu masuk campurlah kiranya. Aku tak suruh pun…”

“Kau ni apahal Zack? Pasal Farizah pun kau tak puas hati?”

“Kau tu yang tak puas hati dengan aku…dari dulu lagikan?” Balas Zack.

“Wei, cukuplah tu. Korang kan adik-beradik?” Sekali lagi, Hanif cuba menjadi pengaman.

“Siapa adik-beradik?” Amy dan Zack berkata serentak. Hanif terdiam.

Zack dan Amy terus berbalas kata. Tiada siapa yang nak mengalah. Sama saja kedua-duanya. Macam kanak-kanak yang berebutkan mainan. Hanif yang cuba bersabar dari tadi, mula merengsa. Kerenah Zack dan Amy betul-betul menjengkelkan. Umur dah boleh jadi mak bapak budak, tetapi bergaduh macam budak-budak.

“WOIII! Kalau korang nak bergaduh, turun dari kereta aku!”

Sergahan Hanif menyebabkan Amy dan Zack terdiam serta-merta.

Senyap pun. Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2013 02:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 01:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-12-2013 01:27 PM
“Kau tak segan ke kak, gaduh-gaduh depan orang macam tu?” Soal Zack lagi.

“Kau ingat, aku suk ...

kenapakah mereka x ble berdamai
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-12-2013 02:03 PM
Awak tajuk yg hang bagi pun, macam tak berapa nak pecah panggung...

Forever Alone - rujuk  ...

Haruslah! iols main tulis saja apa yg terlintas.

psst... iols suka tajuk you are not alone selepas tbaca dlm blog seorang cik gayah!






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 02:41 PM | Show all posts
Sekali lagi, suasana menjadi sunyi. Hanya lagu di radio menemani perjalanan mereka. Amy membuang pandang ke luar tingkap, melayan perasaan sendiri. Zack mula bermain dengan telefon bimbit.

Hanif mencuri pandang sekali lagi ke arah Amy melalui cermin pandang belakang.

“Zack….” Hanif memanggil Zack dengan perlahan. Zack menoleh, lalu mengangkat kening. Hanif membuat isyarat mata, menyuruh Zack memandang ke arah Amy.

Amy menangis.

Tiada suara, tiada sedu-sedan. Hanya air matanya yang mengalir turun. Sesekali dilap dengan tapak tangan. Matanya tetap memandang ke luar tingkap.

Zack menarik nafas panjang. Amy bukanlah jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata. Jadi, apabila melihat Amy menangis dalam keadaan begini, rasa simpati timbul secara tiba-tiba. Zack tahu, Amy benar-benar sedih.

Zack mengambil kotak tisu yang terletak di dalam dashboard kereta.

“Kak…” Panggil Zack lalu menghulurkan kotak tisu itu kepada Amy.

Amy menyambut tanpa bersuara.

Setengah jam memandu, akhirnya mereka tiba juga di Vista Tasik. Hanif memakirkan keretanya di tepi jalan.

“Amy, awak okay tak ni?” Soal Hanif.

Amy mendiamkan diri. Dia terlalu sebak untuk bersuara. Tidak tahu kenapa, air matanya menjadi murah saat ini.

Ketiga-tiganya terdiam dalam kereta. Zack dan Hanif membiarkan saja Amy melayan perasaan.

Last edited by Nicki_Meow on 13-12-2013 03:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:48 PM | Show all posts

kak amy..jgn sedih..tinggalkan jer bf yg x berapa nak ada akal tu..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 02:55 PM | Show all posts
“Aku naik dululah.” Kata Amy, setelah sebaknya berkurangan.

“Aku teman kau sampai rumah.” Kata Zack. Dia mahu memastikan Amy selamat masuk ke dalam rumah, barulah dia rasa tenang.

Amy yang pada mulanya ingin membantah, mematikan niatnya. Kalau menolak, Amy yakin, mereka akan kembali bertekak. Amy sudah tak mahu bertegang urat dengan sesiapa lagi. Letih.

Hanif mematikan enjin. Mereka semua keluar dari kereta.

Di hadapan pintu rumah, langkah mereka terhenti. Amy menyeluk beg tangannya, mencari kunci rumah. Setelah itu, pintu rumah dibuka.

“Zack…” Panggil Amy, perlahan. Zack mengangkat kening.

“Zack…aku…” Kata-kata Amy terhenti. Kelihatan serba-salah.

Beberapa saat, mereka terdiam.

“Aku faham.” Balas Zack kemudiannya. Dia tahu, Amy sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih. Amy tersenyum kelat.

“Thanks.” Ucap Amy apabila melihat ke arah Hanif. Hanif senyum dan mengangguk.

Amy masuk. Pintu rumah ditutup.

Zack dan Hanif saling memandang.

“Itulah dia…kakak tiri kau?”

Zack mengangguk. Hanif menggelengkan kepala.

"Korang memang suka bergaduh macam budak-budak ke?"

Zack tersengih. Soalan Hanif dibiarkan saja tanpa jawapan.

Mereka beredar dari situ. Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2013 02:58 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2013 03:03 PM | Show all posts
UsuFie posted on 6-12-2013 02:48 PM
kak amy..jgn sedih..tinggalkan jer bf yg x berapa nak ada akal tu..

Heheh...

Wujud aje boipren spesis Parid. Spesis Amy pun ramai gaks. Boipren panas baran pun...hadap lagi.... (teringat shila amzah dengan nanas tetiba...)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 03:05 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-12-2013 02:04 PM
Haruslah! iols main tulis saja apa yg terlintas.

psst... iols suka tajuk you are not alone sele ...



Nah...lagu khas untuk uolss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 03:06 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-12-2013 03:03 PM
Heheh...

Wujud aje boipren spesis Parid. Spesis Amy pun ramai gaks. Boipren panas baran pun...h ...


kan...
suka jadi bahan...
bahan maki hamun..bahan punching bag...

haish..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 03:06 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 6-12-2013 01:41 PM
kenapakah mereka x ble berdamai

Lama-lama berdamailah tu....

berdamai awal-awal karang, cepat pulak citer ni abes....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 03:12 PM | Show all posts
fatehana posted on 5-12-2013 02:08 PM
hi nicki
lama rasanya akak x bg komen sbb sibuk
btw thanks for the entries

Hi akak...

Tak...yg bergaduh tu bukan Izah.....

Zareen tu ______ (isi tempat kosong )

Kate dgn Audrey sebenarnya _______ (isi tempat kosong )



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 04:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-12-2013 03:12 PM
Hi akak...

Tak...yg bergaduh tu bukan Izah.....

kate ngn audrey tu lesbo kekdahnya

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-12-2013 03:12 PM
Hi akak...

Tak...yg bergaduh tu bukan Izah.....

Mohtepppp byk sgt tempat kosong nk jena isi
Ekceli mmg dh rs amy yg akan bergaduh dgn farid
Tp saja buh nama izah utk sedapk nati sendiri........wakaka
Btw so far d story is really nice dan mudah utk dihadam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 6-12-2013 04:09 PM
kate ngn audrey tu lesbo kekdahnya

Yealh urban kan tu yg lesbo lesbi jdnya.....wakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 08:36 AM | Show all posts
Episode 14

“Assalamualaikum dik…”

“Waalaikumusalam.”

“Dik…abang nak nasi lemak dengan sambal kerang…”

“Apa dia?”

“Nasi lemak sambal kerang.”

“Nasi lemak?”

“Iya dik…”  

“Oh…okay…”


“Makan nasi lemak pun, boleh senyum sorang-sorang?”

Teguran itu menyebabkan Zareen tersipu-sipu lantas tersenyum sendiri. Nasi lemak yang hampir habis dalam pinggan dikuis-kuis dengan sudu.

“Teringatkan siapa tu?” Usik Akmal lagi.

“Tak ada siapalah.” Zareen berdalih.

“Mama kan ayah, sekarang ni suka senyum sorang-sorang…” Walaupun berumur empat tahun, Irfan petah berkata-kata.

“Iya? Cuba tanya mama. Dia teringatkan siapa?”

“Mama teringatkan siapa?” Irfan mengulangi soalan Akmal.

“Isk…makan cepat.” Zareen pantas mengalih tajuk perbualan. Rambut Irfan diusap perlahan. Irfan ketawa mengekek lalu menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

“Comotlah anak mama ni…” Irfan memuncungkan bibir mendengar usikan mamanya.

“Reen teringatkan siapa?”  Kali ini, nada suara Akmal kedengaran  lebih serius. Zareen tak menjawab. Untuk mengelak dari bertentangan mata dengan Akmal, Zareen mencapai gelas milo ais lalu isinya disedut. Pandangan mata Akmal tidak dilawan.

“Bila abang nak balik Terengganu?” Kali ini, Zareen menembak soalan.

“Petang ni.” Jawab Akmal. Zareen mengangguk perlahan.

“Irfan suka tak tinggal kat kampung?” Akmal menyoal Irfan. Kampung yang dimaksudkan adalah di Terengganu.

“Suka…” Irfan terangguk-angguk apabila berkata.

“Kat kampung ada atuk, ada uwan, ada ayah…ada Ucu Nani…” Sambung Irfan. Jujur kedengarannya.

“Cuba tanya mama, mama rindu tak nak balik kampung?” Suruh Akmal lagi.

“Mama rindu tak dengan kampung?” Irfan menurut saja suruhan Akmal. Zareen tersenyum sumbing. Dia tahu, Akmal sengaja menggunakan Irfan untuk berkias dengannya.

“Dah habis makan, sayang?” Soalan Irfan tidak dijawab. Sekali lagi, Zareen mengusap rambut Irfan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 08:38 AM | Show all posts
“Kami semua rindukan Reen.” Akmal berkata. Wajah Zareen didepannya dipandang lama. Zareen tak bersuara. Memandang ke arah Akmal pun tidak.

“Abang pun rindukan Reen.” Akmal menyambung kata. Nadanya lebih perlahan kali ini. Zareen menarik nafas panjang.

“Dah enam bulan Reen tinggalkan kami. Reen langsung tak rindukan kami ke?” Akmal menyoal lagi. Seperti tadi, Zareen kekal membisu.

Rindu? Sudah pasti dia rindu. Ketenangan di  Terengganu pastinya tidak sama dengan hiruk-pikuk di Kuala Lumpur. Bunyi ombak yang menghempas pantai di Pulau Perhentian, takkan sama dengan bunyi kenderaan yang bertali arus di Kuala Lumpur. Udara segar di Pulau Perhentian, takkan sama dengan asap yang memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur.

Iya, semestinya dia rindu. Tetapi, selagi dia berada di Terengganu, selagi itu dia tak mampu meneruskan hidup. Kenangan bersama arwah Asyraf sentiasa mengusik jiwa. Wajah Asyraf sentiasa berlegar-legar di ruang mata. Bukanlah dia berniat untuk melupakan terus akan arwah Asyraf. Namun, sampai bila dia harus berpaut kepada masa silam? Asyraf telah pergi. Asyraf tak akan kembali lagi kepadanya. Dia perlu meneruskan hidup.

Irfan lahir tanpa Asyraf disisi. Asyraf pergi ketika kandungan Zareen berusia tujuh bulan. Asyraf meninggal tanpa dapat diduga. Di usia semuda 28 tahun, Asyraf meninggal akibat jantungnya tidak berfungsi secara tiba-tiba.

Semenjak itu, Akmal menjadi pengganti sebagai bapa kepada Irfan. Sebab itu Irfan memanggil Akmal dengan panggilan ayah. Akmal adalah abang kepada Asyraf. Manjanya Irfan pada Akmal seperti Akmal itu bapa sebenar Irfan. Bukan saja Akmal, seluruh keluarga mertua Zareen di Terengganu, menjaga dan menyayangi mereka tanpa berbelah bagi. Irfan terutamanya kerana Irfan adalah satu-satunya cucu mereka.

Budi dan kasih-sayang yang ditaburkan kepada mereka, tak mungkin dapat dibalas Zareen. Tetapi, Zareen tak boleh lagi tinggal di Terengganu. Dia tak dapat meneruskan kehidupan secara normal sekiranya menetap di situ. Dia tidak dapat melupakan Asyraf seandainya dia terus berada di Terengganu. Hati dan perasaannya sentiasa pilu walaupun sudah lima tahun Asyraf pergi dijemput Ilahi.

Atas sebab itu, Zareen membuat keputusan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Dia perlu mencari hidup baru. Dia tak boleh terus bersandar pada kenangan dengan Asyraf. Kuala Lumpur tidaklah setenang Pulau Perhentian namun, sekurang-kurangnya Zareen sudah boleh bernafas. Kesibukkan kota lumpur telah memberi semangat baru.

“Reen…” Panggil Akmal. Zareen mengangkat muka.

“Suka betul mengelamun…” Sambung Akmal. Zareen tersenyum sumbing.

“Irfan dah habis makan?” Soal Zareen.

“Dah.” Irfan terangguk-angguk.

“Kita balik nak?”

“Okay.”

Zareen memandang Akmal. Akmal tersenyum, memahami makud Zareen. Setelah membuat bayaran, mereka bertiga meninggalkan FRIM.

***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 08:40 AM | Show all posts
Akmal menghantar Zareen dan Irfan ke rumah mereka di Taman Melawati. Dia ada urusan di Kuala Lumpur dan mengambil kesempatan ini untuk melawat Zareen dan Irfan. Rindu pada Irfan, tak mampu diucapkan dengan kata-kata. Empat tahun dia berkongsi kasih menjaga Irfan. Keletah anak arwah  Asyraf itu sentiasa menghiburkan hatinya. Bila Irfan dan Zareen telah tiada, baru dia sedar. Bukan saja dia menyayangi Irfan, dia juga menyayangi  Zareen. Dia telah jatuh cinta dengan bekas adik iparnya.   

“Jauh mengelamun.” Tegur Zareen. Akmal tersenyum.

Kereta sudah diberhentikan di hadapan rumah Zareen. Akmal mematikan enjin. Mereka bertiga keluar dari kereta.

“Irfan, salam ayah sayang...” Suruh Zareen. Irfan menurut tanpa banyak soal. Tangan dihulurkan kepada Akmal. Akmal merendahkan badannya ketika menyambut tangan Irfan.

“Sayang anak ayah ni…” Kata Akmal. Kedua belah pipi Irfan dicium.

“Ayah, bila ayah nak datang sini lagi?” Soal Irfan.

“Nanti…bila ayah tak sibuk, ayah datang sini lagi…” Jawab Akmal.

“Ayah nak balik kampung ke?”

“Iya. Ayah kena balik kampung.”

“Irfan nak ikut ayah, boleh?” Soal Irfan lagi. Akmal menjeling sekilas ke arah Zareen sebelum menjawab.

“Irfan tak boleh ikut ayah. Irfan kena jaga mama kat sini.”

“Ayah tinggallah kat sini. Tolong Irfan jaga mama…”

Kata-kata Irfan mengundang senyuman di bibir Akmal.

“Cuba tanya mama, dia kasi tak ayah jaga mama dengan Irfan?”

“Mama…kasi tak?” Irfan menoleh ke arah Zareen. Zareen hanya tersenyum sumbing.

“Ayah, mama taknak jawab.” Adu Irfan. Akmal tersenyum.

“Sayang ayah tak?”

“Sayang.” Irfan menjawab lalu memeluk Akmal.

“Irfan jaga diri baik-baik tau. Jaga mama elok-elok. Jangan nakal-nakal. Nanti ayah datang lagi…”

“Okay…” Irfan menjawab. Pelukan dileraikan. Akmal bangun lalu memandang tepat ke wajah Zareen.

“Reen, abang ada benda nak cakap dengan Reen.”

Zareen menarik nafas, terdiam beberapa saat Kemudian, dia memandang Irfan.

“Irfan, Irfan masuk dalam dulu. Duduk dengan Makcu Zahra. Kejap lagi nanti mama masuk.”

“Okay.” Irfan menurut lalu berlari masuk ke dalam rumah.

“Jangan lari.” Tegur Zareen tetapi, sudah pasti tidak diendahkan. Zareen menoleh kepada Akmal, terdiam.

“Reen, dah dua bulan abang tunggu jawapan Reen.” Akmal memulakan bicara.

“Abang tahu, Reen susah nak lupakan Asyraf. Tapi, dah lima tahun Asyraf meninggal. Sampai bila Reen nak hidup sorang?” Sambung Akmal.

“Reen tak tahu.” Jawab Zareen pendek.

“Bila Reen tinggalkan kami, hidup abang rasa kosong. Abang rindukan Irfan, abang rindukan Reen. Abang tahu, abang bukan Asyraf. Tapi, abang mintak, Reen berikan abang peluang. Abang sayangkan Reen.”

Zareen memejamkan mata. Nafasnya dihela panjang.

“Reen…”

“Abang, Reen tak ada jawapan buat masa ni. Reen tak tahu.” Jawab Zareen. Akmal mengeluh perlahan.

“Reen dah ada orang lain?” Akmal menduga. Zareen hanya menggelengkan kepala.

“Reen sayangkan abang?” Akmal menduga lagi.

Zareen hanya tersenyum. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

“Abang pergi dulu.” Setelah terdiam beberapa ketika, Akmal meminta diri. Zareen mengangguk.

“Reen jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, call abang…”

Zareen mengangguk lagi.

“Kirim salam pada abah, mak. Pada Nani…” Zareen berkata perlahan. Akmal mengangguk.

“Kirim salam pada semua.” Balas Akmal. Wajah Zareen direnung lama. Zareen hanya menundukkan wajah.

“Assalamualaikum.” Ucap Akmal.

“Waalaikumusalam.” Jawab Zareen.

Akmal kembali ke keretanya. Sehingga Akmal hilang dari pandangan, barulah Zareen masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 08:42 AM | Show all posts
Zahra sedang melayan Irfan menonton Astro Ceria di kaca televisyen. Kartun Upin & Ipin adalah kartun kegemaran Irfan. Walaupun diulang siaran beratus kali, Irfan masih setia menonton tanpa jemu. Dialog Upin & Ipin juga sudah dihafal.

“A- Aa, YAM yam. A-yam.” Watak Ijat sedang mengeja ayam. Irfan turut mengeja sama.

Zareen ketawa.

“Irfan, lepas ni pergi mandi.” Ujar Zareen.

“Okay.” Irfan menjawab tanpa memandang Zareen. Leka menonton.

Zareen mengatur langkah ke dapur. Sebotol air masak dicapai dari atas kabinet. Setelah isinya dituangkan dalam gelas, Zareen menarik kerusi lalu duduk di meja makan.

“Abang sayangkan Reen.”

Kata-kata Akmal bergema. Zareen melepaskan keluhan. Air masak diteguk perlahan.

“Akak!” Zahra menyergah dari pintu masuk dapur.

“Isk..adik ni kan. Kalau akak tersedak tadi…” Omel Zareen. Zahra hanya tersengih.

“Berangan le tu…” Usik Zahra. Zareen memutarkan biji mata. Zahra menghampiri Zareen lalu menarik kerusi di hadapan Zareen.

“Kak…” Panggil Zahra lagi.

“Apa dia?”

“Lama akak berbual dengan Akmal…”

“Apa salahnya?”

“Tak salah pun…” Balas Zahra. Tersengih lagi. Zareen menggelengkan kepala. Sudah dapat menjangka soalan yang bakal diajukan kepadanya selepas ini.

“So…akak macam mana dengan Akmal?”

“Macam tulah…”

“Takkan akak tak rasa apa-apa kot?”

Zareen mengangkat bahu. Air masak diteguk lagi.

“Akmal cakap apa?”

“Akmal ajak akak kahwin.” Zareen berterus-terang. Zahra tersenyum.

“Akak terima tak?”

“Akak tak jawab apa-apa lagi. Entahlah dik. Akak pun tak tahu…”

“Ke… akak teringatkan anak ikan akak tu?”

“Kurang asam kau, dik! Anak ikan kau panggil?”

Zahra tergelak besar. Zareen turut ketawa sama.

“Zack kan…lagi muda dari akak. Berapa umur dia? Lupa pulak…”

“Dua puluh tujuh.”

“Hah..sebaya adik tu. Kalau dia kahwin dengan akak, Adik kena panggil dia abang jugak ke?”

“Apa kau merepek ni dik? Akak tak ada apa-apalah denga Zack..” Balas Zareen.

Zahra ketawa lagi. Lucu melihat Zareen yang tak keruan begitu.

“Eleh…malu konon. Malu…malu..tapi mahu…” Zahra menyanyi lagu Ramlah Ram. Siap pura-pura memegang mikrofon.

“Kau ni kan dik…malas akak nak cerita lagi lepas ni…” Marah Zareen.

“Akak…kalau bukan adik ni yang jadi kaunter pengaduan… Akak nak cerita pada siapa lagi?”

Zareen menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:39 AM | Show all posts
“Zack tahu tak, akak dah kahwin?”

Zareen geleng.

“Kenapa akak taknak beritahu dia?”

Zareen senyum sumbing.

“Akak takut, Zack tak boleh terima?”

“Terima apanya? Akak dah banyak kali cakapkan. Akak dengan Zack, tak ada apa-apa.” Tegas Zareen sekali lagi.

“Tak ada apa-apa pun, dalam diam-diam...akak tengok jugak...kan?”

“Akak tengok je… bukan kena bayar.” Balas Zareen.

Zahra mengekek ketawa.

“Entah-entah, Zack pun dah ada girlfriend. Lagipun, cuba adik fikir. Takkanlah Zack nak terima janda anak satu macam akak ni. Lebih tua pulak tu… ”

“Alah kak. Zain Saidin dengan Rozita Che Wan tu okay je…”

Tawa Zareen terburai.

“Dik, kalau ye pun nak buat perbandingan, cuba cari yang sepadan. Rozita Che Wan yang adik nak bandingkan dengan akak?”

Zahra menyambung ketawanya.

“Dahlah dik. Cerita pasal lainlah. Boringlah nak cerita pasal feeling ni.”

“Iyalah kak.” Balas Zahra.

“Adik nak keluar kejap lagi.” Sambung Zahra lalu bangun dari kerusi.

“Dengan Razif ke?”

Zahra mengangguk.

“Kata tak suka Razif? Mamat tu poyolah. Itulah… inilah…”

“Sedang menimbang-tara.” Kata Zahra lalu meninggalkan Zareen di dapur. Last edited by Nicki_Meow on 13-12-2013 03:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:40 AM | Show all posts
Maka dengan ini, saya mengesahkan spekulasi status Zareen sebagai ibu tunggal adalah benar....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088305 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list