CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_kikilala

[Tempatan] UPDATE:Budak 2 tahun mati dibunuh di Paka

[Copy link]
Post time 24-1-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDAK BERLAKU DI DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM.

Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh berita kematian Nursyafiqah, kanak-kanak berusia 2 tahun yang mati didera oleh kekasih ibunya yang sebelum ini telah membuat laporan palsu kehilangan anaknya sebagaimana disuruh oleh kekasihnya.

Dalam beberapa kes sebelum ini, penderaan kanak-kanak kerapkali dilakukan oleh kekasih ibu kepada mangsa dera sebagaimana kes di Kuang, di mana seorang kanak-kanak telah didera oleh kekasih ibunya sendiri, di mana suaminya (bapa mangsa) dipenjarakan akibat kes dadah.

Isu yang saya nak fokuskan di sini ialah, kenapa ibu mangsa ada kekasih sedangkan mereka masih ada suami?

Dalam kes-kes isteri mempunyai kekasih sebahagiannya adalah akibat suami mereka dipenjarakan. Dalam kes ini, suami tertuduh (bapa mangsa) yang berusia 28 tahun sedang menjalani hukuman penjara di penjara Marang akibat kesalahan dadah.

Di dalam link dibawah ini (Rujukan 2), adalah antara contoh kes dera oleh kekasih ibu yang masih mempunyai suami (bapa mangsa) tetapi sedang menjalani hukuman penjara.

Apa yang saya ingin ulas disini ialah kelemahan undang-undang konvensional yang formula penghukumnya lebih mengfokuskan kepada memenjarakan si pesalah disamping denda yang lebih menguntungkan kerajaan berbanding mangsa. Jika pesalah tak mampu bayar denda, maka jawapannya ialah penjara. Itulah formula dalam kebiasaan undang-undang konvensional.

Realitinya, perlaksanaan undang-undang konvensional hari ini menjadi penyumbang utama kepada menambah banyakkan mangsa yang tidak terbela, bukan sahaja mangsa kepada jenayah atau kesalahan, tetapi termasuk juga keluarga si pesalah, khususnya isteri dan keluarga yang akhirnya terkontang kanting apabila suami mereka dipenjarakan dalam tempoh yang lama.

Saya mengambil contoh yang lain di mana isteri kepada si pesalah menjadi mangsa kepada undang-undang konvensional ialah kes Nik Zaini Nik Abdullah yang dipenjara tujuh tahun dan denda RM10,000 setelah mengakibatkan kematian 15 penumpang. (Rujukan 1).

Siapa pernah mengambil tahu bagaimana nasib, perasaan dan situasi isteri dan anak-anak si pesalah? Siapa yang menanggung perbelanjaan mereka selama tempoh 7 tahun suami dan ayah mereka dipenjarakan? Jika anda sebagai anak, selepas tempoh 7 tahun menjadi yatim bukan satu perkara yang mudah. Tiada kasih sayang bapa, diejek oleh kawan-kawan di sekolah dan seumpamanya. Apa perasaan anak-anak yang mempunyai bapa yang dikategorikan sebagai banduan? Walhal bapa mereka dipenjarakan akibat kecuaian dalam kerja (pemandu) untuk mencari nafkah bagi menampung keperluan mereka sendiri.

Bagi si isteri pula menjadi ‘janda’ selama tujuh tahun tanpa nafkah zahir dan batin adalah sesuatu yang cukup menyeksakan. Bukanlah sesuatu yang pelik jika si isteri yang kehilangan nafkah zahir dan batin ini akhirnya bertindak ‘memasang’ kekasih gelap bagi menampung keperluan nafkah zahir, atau batin atau kedua-duanya sekali. Si suami di dalam penjara bukan sahaja terseksa dengan kurungan, tetapi kebimbangan terhadap keselamatan isteri dan anak-anak adalah tekanan tambahan kepada mereka. Kemungkinan untuk rumah tangga yang dibina retak dan pecah akibat hukuman ini juga adalah tinggi kerana pada waktu ini, isteri berhak memohon fasakh akibat tekanan zahir dan batin, sekalipun mereka masih ada perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain.

Bagi isteri yang imannya tipis tetapi masih sayangkan suami dan rumahtangga, mereka tidak sanggup untuk memohon fasakh dan sanggup menunggu tempoh yang lama sehingga suami dibebaskan. Tetapi akibat tekanan hidup samada zahir dan batin, maka tidak pelik dan tidak mustahil akhirnya mereka sanggup memasang kekasih gelap. Hidup serba salah antara sayangkan suami / keluarga dan antara tekanan hidup serta keperluan ‘fitrah’.

Siapa yang mengambil peduli masalah mereka? Undang-undang konvensional hanya tahu menghukum. Akibatnya mereka yang tidak bersalah ini menjadi mangsa kedua selepas keluarga si mati menjadi mangsa kemalangan. Keluarga si mati menjadi mangsa kecuaian pemandu manakala keluarga si pemandu pula menjadi mangsa undang-undang.

Kesannya, berlaku kes-kes sebagaimana yang dinyatakan di atas. Ramai yagn marah apabila berlaku pembunuhan, penderaan dan macam-macam? Siapa pernah peduli masalah dan tekanan yang mereka hadapi? Siapa pernah perasaan bagaimana undang-undang konvensional mengzalimi keluarga-keluarga si pesalah?

Di dalam Islam, kesalahan seperti di atas tidak diperuntukkan penjara. Kes pemandu bas yang mengakibatkan kematian, si pesalah akan dikenakan pembayaran diyat (gantirugi) kepada keluarga si mati. Jika tidak mampu, maka Al-Aqilah (seperti bapa si pesalah) mesti top-up sekadar kemampuan kewangan yang ada. Jika kesalahan itu ada elemen dan punca daripada syarikat bas, maka syarikat tersebut perlu membayar diyat kepada keluarga si mati. Jika Al-Aqilah atau syarikat tidak mampu membayar sepenuhnya, maka mereka perlu membayar setakat maksimum kemampuan mereka dan selebihnya wajib ditampung oleh baitulmal (kerajaan). Kiri atau kanan, depan atau belakang, keluarga si mati dalam kes kemalangan terbela dengan duit pampasan tersebut.

Tiada langsung hukuman penjara kepada si pemandu yang di dapati bersalah di dalam undang-undang Islam. Mereka wajib membayar diyat dan hukuman ini sebenarnya cukup menginsafkan pemandu dan pesalah dalam kes yang dikategorikan di bawah Qisas sebagai kategori ‘membunuh seakan-akan sengaja’ (  ).

Di dalam kes dadah, jika si penghisap dadah, maka dikenakan hukum had sebagaimana arak. Jika si pengedar, maka hukuman takzirnya sekalipun mungkin boleh dipenjarakan, tetapi situasi dan keadaan keluarga si pesalah adalah perkara yang perlu menjadi pertimbangan dalam penetapan takzir berdasarkan kaedah:    . Maksudnya: “tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain”.

Perlaksanaan ndang-undang hari ini, bukan sahaja keluarga si mati (penumpang bas) tidak mendapat pembelaan, bahkan perlaksanaannya menambah burukkan lagi apabila keluarga si pesalah menjadi mangsa perlaksanaannya. Semua pihak tidak mendapat pembelaan, samada keluarga si mati,keluarga si pesalah atau mana-mana pihak yang terlibat.

Keuntungan di dalam undang-undang konvensional hanya dinikmati oleh pihak kerajaan melalui kutipan kompaun, iaitu RM7000 dalam kes ini. Di dalam sesetengah kes, jika si pesalah tidak mampu memberikan ‘income’ kepada kerajaan ini, maka alternatifnya mereka akan dipenjarakan (Rujukan 3). Adakah hukum penjara itu untuk kepentingan si mangsa jenayah? Sepastinya tidak kerana pembayaran denda itu akan diperolehi kerajaan, bukan akan diberikan kepada mangsa jenayah.

Berbeza dengan kerajaan Islam yang berkebajikan, di mana kerajaan akan keluarkan kos membela mangsa maut dengan top-up diyat selepas si pesalah dan Al-Aqilah didapati benar-benar tidak berkemampuan. Kerajaan Islam wajib melaksanakan ‘top-up’ sebagaimana wajibnya orang Islam berpuasa dan bersolat. Ini bukan kerana dekat PRU atau kerana meraih undi, tetapi perlaksanaan ini adalah kerana kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pemerintah Islam. Inilah model perlaksanaan kerajaan berkebajikan yang sepatutnya menjadi alternatif kepada sistem perundangan sekarang.

Tiada beza dalam kes ini antara muslim dan non-muslim, semuanya mendapat pembelaan yang sama.

- Zaharudin Muhammad,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Merangkap Ahli Majlis Syura Ulama.

* tolong sebar share dan like.
https://m.facebook.com/home.php?refid=9&_rdr#!/profile.php?id=312456128784829&__user=100003246347625

Rujukan 1:
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2004&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Rujukan 2:
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/budak-didera-kekasih-ibu-1.170584.

Rujukan 3:
http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131120/ma_09/Gagal-bayar-denda-penganggur-meringkuk-di-penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 23-1-2014 11:36 PM
Kkdng trpikir kegilaan apa kah pompuan2 skrng ni..sayangkn boifren baru dr anak sendiri..snggup korb ...

ade lg.. beberapa thn dlu... mak cm bengap wat x phm nape laki baru dia bnci ank lelaki dia yg kcik n nape tergamak bunuh bdk tu... padahal laki tu liwat n dera bdk kcik tu.. geram tul... sebulan i stress lpas terbaca dlm majalah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
deryza posted on 24-1-2014 01:50 AM
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDA ...

hmmm... salah undang2 pulak... ada je... yelah, mak nye x salah le... siannyaaa maknye gersang x menahan sbb suami dlm jel... isk kesiannya la...




pfffttt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:31 AM | Show all posts
brita pon x btl....baik x yah tgk brita cam ni...
kejap kena rogol...kejap kata x kena...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:35 AM | Show all posts
kalau xde penderaan seksual,macamana boleh terburai usus tu?ish tak sanggup nak bayangkan kaedah ape yg digunakan sampai mcm tu skali rupa mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:16 AM | Show all posts
org khayal dgn dadah, apa pun x sedar. tu psl sanggup bunuh budk dgn cara yg kejam.
klau manusia normal xkan sanggup buat mcm tu. mcm kes dirang dulu, katanya sampai
mkn daging dirang, mmg giler org hisap dadah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2014 09:24 AM | Show all posts
Hasil pembedahan nanti musti kena tapis fakta dier.

Biasa la Kjn Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Layak disula je perogol ni!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 24-1-2014 01:57 AM
hmmm... salah undang2 pulak... ada je... yelah, mak nye x salah le... siannyaaa maknye gersang x m ...

khennn..
aku pun tak puas hati kenyataan org nih
dia xtau ke mak budak tu pun menagih n juai dadah
bknnya wanita teraniaya kije kilang ke apa.. elok je sblm nih dok ngn mak dia kan tp nk berdikari kononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:37 AM | Show all posts
deryza posted on 24-1-2014 01:50 AM
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDA ...
Bagi si isteri pula menjadi ‘janda’ selama tujuh tahun tanpa nafkah zahir dan batin adalah sesuatu yang cukup menyeksakan. Bukanlah sesuatu yang pelik jika si isteri yang kehilangan nafkah zahir dan batin ini akhirnya bertindak ‘memasang’ kekasih gelap bagi menampung keperluan nafkah zahir, atau batin atau kedua-duanya sekali. Si suami di dalam penjara bukan sahaja terseksa dengan kurungan, tetapi kebimbangan terhadap keselamatan isteri dan anak-anak adalah tekanan tambahan kepada mereka. Kemungkinan untuk rumah tangga yang dibina retak dan pecah akibat hukuman ini juga adalah tinggi kerana pada waktu ini, isteri berhak memohon fasakh akibat tekanan zahir dan batin, sekalipun mereka masih ada perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain.
perlu ke 7 tahun x dpt nafkah batin.?..bukan malaysia dah boleh ada conjugal visit ke? itu hak isteri banduan kot...  

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:45 AM | Show all posts
deryza posted on 24-1-2014 01:50 AM
KES NURSYAFIQAH DIBUNUH KEJAM OLEH KEKASIH IBUNYA: ANTARA BUKTI MANGSA UNDANG-KONVENSIONAL YANG TIDA ...

beh, bukan mangsa undang2, tapi mangsa kebangangan sendiri. nak buat jahat, pilihan sendiri. bila dah kena hukum tu nasiblah. sebelum buat, sendiri mau ingat.

mangsa la sangat mak budak penagih tu. BOO HOO HOO.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:01 AM | Show all posts
Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah disifatkan paling kejam pernah berlaku di Terengganu.

Ironinya, nyawa mangsa melayang ditangan penagih dadah yang juga kekasih si ibu.

Bagaiamanapun, jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Limbong Paka selepas solat maghrib semalam.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini sebaik jasad Nursyafiqah dimasukkan ke liang lahad.

Terdahulu jenazah dibawa pulang dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu.

Ibu bapa mangsa dibenarkan melawat jenazah di unit forensik hospital itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Ibunya yang juga suspek kes pembunuhan itu bersama suaminya sedang menjalani penjara di Marang diberi tempoh 20 minit berada di sisi jenazah sebelum bapanya dibawa semula ke penjara Marang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 tiga hari lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas dan berlumuran darah lalu melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:02 AM | Show all posts
pada aku lah, bukan masalah undang2 apa kita pakai. org dah high dadah pakai la undang2 apa pon, bukan depa pedulik. ini buktinya kita mesti menambah lagik raid utk dadah nih. kuatkan lagik strength pasukan yg berwajib handle benda nih. dadah nih musuh dunia. shoot to kill if you have to.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:04 AM | Show all posts
sebenarnya kerajaan perlu buat test psikologi untuk setiap warga negara, wajib mandatori untuk mengesan orang2 gila seks ni

http://yakboktamkelih.blogspot.c ... ol-dan-dibunuh.html

jangan jadi macam kes di atas baru terhegeh2 nak bertindak

tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat dan pantau rakyat2 yg ada masalah psikologi dan gila takleh kawal nafsu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:16 AM | Show all posts
kerunai posted on 24-1-2014 11:04 AM
sebenarnya kerajaan perlu buat test psikologi untuk setiap warga negara, wajib mandatori untuk menge ...

gambar2 kat link tu kebanyakan bukan mangsa rogol bunuh, tapi orang2 yg diseksa dan dibunuh mexico punya narco dan kuncu2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Ya Rab..

Mungkin Engkau kurniakan manusia mcm ni anak supaya dia beroleh pahal bila jaga anak2 tu dan skit2 dosa terampun.. Tp sesungguhnya mereka xnak amik ikhtibar... Dan bertambah sesat perbuatan mereka...

Allah dah bg peluang..dah bg hidayah..terpulng pd kita..nk amik atau nk bt xtau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
berun posted on 24-1-2014 11:01 AM
Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua  ...

apa lg perkembangan seterusnya kes nih yea
still tak puas hati nak tau hasil bedah siasat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:14 PM | Show all posts
Allahurabbi

kenapa lately ni banyak sangat kes dengan kanak-kanak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pada aku setiap kejahatan yg lahir dalam diri individu setiap insan bermula dari institusi kekeluargaan.. setiap manusia yg lahir dimuka bumi ini umpama kain putih..jika ada anak, berikan didikab sewajarnya...jika dah beso panjang anak buat salah hukum sewajarnya..keluarga buat report polis suruh tangkap anak2 yg jahat ni..or buat sesuatu utk bg pengajaran kat anak2..jgn dibiarkan sampai mengancam keamanan org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:25 PM | Show all posts
bambimo posted on 23-1-2014 11:36 PM
Kkdng trpikir kegilaan apa kah pompuan2 skrng ni..sayangkn boifren baru dr anak sendiri..snggup korb ...

betol ape yg u komen,pompuan melayu asal kawen aje tak kira la laki tu penagih dadah ke,xmenjamin masa depan ke janji berlaki. dah banyak contoh,kanak2 yg mati sebab mak bingai spesies tak pikir anak,laki tu jenis bengong tahap 8 pun main sebat aje. jenis takut idop sorang sampai sanggup tgk anak2 mati depan mata, punyala takut tak berlaki. end of the date,anak jadi mangsa korban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.148175 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list