CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7389|Reply: 43

Johan elak cerita perkara menakutkan di Mekah selepas pulang umrah

[Copy link]
Post time 18-2-2014 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Setelah pulang mengerjakan Umrah bersama isteri pada Januari lalu, pelawak dan pengacara, Johan Raja Lawak akui mengelak dari bercerita perkara menakutkan kepada rakan seagama yang belum menjejakan kaki ke tanah suci Mekah.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim berkata dia tidak mahu perkara-perkara menakutkan itu akan membataskan niat umat Islam yang lain untuk menjejakan kaki di sana.


"Sesungguhnya kota suci Mekah merupakan tempat yang paling tenang yang pernah saya jejaki dan saya bersyukur kerana segala urusan saya di sana dipermudahkan.

"Malah sepanjang di sana saya dapat rasa inilah nikmat yang paling baik yang pernah Allah kurniakan.


"Saya tahu ada orang yang punya kisah tersendiri apabila berada di sana tetapi saya sendiri tidak pernah menceritakan perkara-perkara yang menakutkan di sana. Yang penting niat kita," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Wrap Part Propaganza, malam semalam.

Johan dan Ozlyn Wati mengerjakan Umrah pada 10 Januari lalu. Beberapa hari sebelum itu, Johan memenangi saman RM1 juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi Juara Film Production Sdn Bhd berikutan kes baling gelas.

Johan turut memberi kata-kata positif kepada rakan-rakannya yang lain bahawa semua umat Islam layak menjejakkan kaki di sana dan bukan soal sudah bersedia atau tidak.


"Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.

"Bagi saya itu tidak ada masalah kerana tujuan kita ke sana pun hendak mencuci dosa-dosa lalu dan sesungguhnya  Allah itu Maha Pengampun," luahnya lagi.


http://www.murai.com.my/ Last edited by miesya88 on 18-2-2014 04:26 PM

Comments

sile gune font kecik tuk tajuk....  Post time 18-2-2014 12:12 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 11:59 AM | Show all posts
baguslah johan dah menjejakkan kaki kt sana...
lps ni buat haji pulak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:10 PM | Show all posts
nasib baik bukan johan sehari

i like u la johan!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah...saya memang suka Johan dan Ozlyn ni..Anak2 dia pun comel2. Cuma saya sedih juga bila balik dari Mekah isterinya tak istiqamah tutup aurat. Bagi saya itu satu je lagi perkara yg Johan masih gagal laksanakan. Jaga aurat isteri dia. Saya harap sgt Ozlyn tutup aurat dia. Berat tanggungjawab Johan sebagai suami.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:52 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 18-2-2014 12:10 PM
nasib baik bukan johan sehari

i like u la johan!!

kalo johan sehari, maunya cerita yang dia doa tuk mintak jodoh sesaje..

hihi..

bagus gak johan tak cerita. simpan je wat kenangan. sekurang2nya, leh buat peringatan tuk diri dan keluarga.. moga johan bahagia dunia & akhirat.. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:52 PM | Show all posts
patut la ada retis rajin gi mekah tiap tahun. rupanya niat nak mencuci dosa

alahai retis.. nak cuci dosa, bertaubat je kat mana-mana hatta tepi sg gombak pun boleh. kalu niatnya betul, insha allah diampunkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2014 12:57 PM | Show all posts
tekejut baca tajuk
ingtkan johan as'ari
sbb lana kan g umrah
kot la mamat ni sebok ngikut
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 01:08 PM | Show all posts
baru ku tau nama dia yazid lim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 01:08 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 18-2-2014 12:52 PM
patut la ada retis rajin gi mekah tiap tahun. rupanya niat nak mencuci dosa

alahai ret ...

sg gombak takut syirik..atas sejadah la
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 01:08 PM | Show all posts
Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.


aku setuju yang ni
asik la guna alasan 'blom sampai seru'
padahal duit berkepuk...jln da keliling dunia
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 01:10 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 01:08 PM
sg gombak takut syirik..atas sejadah la

kalau takde sejadah, tak sah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:00 PM | Show all posts
johan ni bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:16 PM | Show all posts
pegi mekah tuk cuci dosa ker..
kalau gitu kesian le kat org2 yg x mampu..x boleh cuci dosa..
untung le org kaya2...tiap tahun pegi sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:49 PM | Show all posts
tahniah johan .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:55 PM | Show all posts
take care johan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Love u johan....



Nk beg lv 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 03:52 PM | Show all posts
"Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.


sepatutnya dia ckp benda yg sama pd isteri dia berkaitan hal2 tutup aurat ni. ozlynn lg cntik bila pakai tudung.aku suke je ozlynn ni sbb dia kerap pakai baju kurung
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 04:01 PM | Show all posts
harap johan stay humble
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 04:01 PM | Show all posts
kahkahkah. pergi umrah cuci dosa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 04:30 PM | Show all posts
all rights..thanks teky
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085454 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list