CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adlii

[Tempatan] Layak ker Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor ?

 Close [Copy link]
Post time 16-8-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu percaya sgt dgn suami kak jijah,apa org citer tak percaya tapi dgn ada bukti2nya dari sumber terdekat.Sokong PKR bukan kerana dia pun.Termakan strategi nanti ,pemain politik lebih hebat akan jatuhkan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 09:25 AM | Show all posts
Maideen. posted on 16-8-2014 09:06 AM
Dia dah tak nak percaya....nak buat lagu mana?

Dulu pon aku tak caya Anwar kaki sontot ( ...

lidahnya bercabang... tote bercabang gak maideen....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:38 AM | Show all posts
dess402 posted on 16-8-2014 07:33 AM
Acong ..  bagi aku simple jerk .

kalau ada projek ..  barulah ada kerja .

ya setuju dgn brader faisal







Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:40 AM | Show all posts
mcm2 la usaha Dap & macai abg Non nak memburuk2kan khalid from day 1 mrk nak pecat khalid. kebanyakannya back fire.  bermula dgn isu hutang bank islam .... kantoi sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 09:44 AM | Show all posts
apa jer yg kak jijah dah buat untuk kajang..? dah maju ke tahap advance kajang tu..

xde kan...

so kak jijah dok diam2 dah le.. cukup2 le menjadi puppet laki sendiri. Biar je la TSKI ni yg run selangor. Sebelum ni semua elok jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:02 AM | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 09:40 AM
mcm2 la usaha Dap & macai abg Non nak memburuk2kan khalid from day 1 mrk nak pecat khalid. kebanyaka ...

Skg apa alasan lagi.. satu satu dah nampak..... 2 adun PAS yg paling aku x faham, camana boleh sokong Dr. WAWI ni..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2014 10:05 AM | Show all posts
highcastle posted on 16-8-2014 10:02 AM
Skg apa alasan lagi.. satu satu dah nampak..... 2 adun PAS yg paling aku x faham, camana boleh sok ...

apa agaknya yg dikencing dek abg non sampai dua ekor ni mcm 'kena sihir'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:12 AM | Show all posts
Acong posted on 16-8-2014 02:49 AM
mana dah pencacai balaci tukang angkat taik Anwart & Azmin?

dah malu nak ngaku kena kenceng ngan nwart laki bini.

lps ni kalu khalid kekal mb sgor, padan muka korang org kajang. tau la nasib korang nnt. bongok bertingkek tingkek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 10:15 AM | Show all posts
Maideen. posted on 16-8-2014 08:54 AM
Surupalah macam UMNO mengupah drebar lori Indahwater Consortium bernama Taram Singh untuk berlakon ...

bongok. keras perut aku gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:20 AM | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 10:05 AM
apa agaknya yg dikencing dek abg non sampai dua ekor ni mcm 'kena sihir'.

ofcoz la habuan.... tp bodoh tul org percaya anwar ni.... menipu je koje die... way of life....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Layklah kalau nak banding dengan khir toyo mb umno tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 10:51 AM | Show all posts
Maideen. posted on 16-8-2014 08:54 AM
Surupalah macam UMNO mengupah drebar lori Indahwater Consortium bernama Taram Singh untuk berlakon ...

maideen betul2 tgk bideo tu sampai habis & menghayatinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Xbeh2 la nk rebut jd MB....hegeh2 sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 09:40 AM
mcm2 la usaha Dap & macai abg Non nak memburuk2kan khalid from day 1 mrk nak pecat khalid. kebanyaka ...


Isu hutang bank islam itu kantoi macam mana tobby?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:33 AM | Show all posts
khir toyo lg...
apa khalid lg truk dr  khir toyo.... takleh blah sungguh macai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:36 AM | Show all posts
"Ia berlaku kerana cita-cita lelaki bernama Anwar" - Chandra Muzaffar
T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Kemas kini: Ogos 16, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 16, 2014 08:00 MYT)


Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor adalah disebabkan oleh cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, kata Chandra Muzaffar.
KUALA LUMPUR: Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor ketika ini adalah berpunca daripada cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.

Itu pandangan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar yang berkata cita-cita Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk menakluki Putrajaya telah membawa kepada rentetan masalah di Selangor.

"Lelaki ini adalah masalahnya. Bagaimana isu ini timbul? Bukan kerana Tan Sri Khalid. Ini kerana seseorang yang ingin menakluki Putrajaya tetapi gagal berbuat demikian pada pilihan raya umum pada Mei 2013. Selepas gagal, Anwar berfikir, bagaimana hendak mendapatkan Selangor?

"Saya hendak menjadi Menteri Besar, saya hendak tunjuk apa yang saya boleh buat. Saya harus menolak keluar kawan saya, Khalid. Khalid telah memberi bantuan kewangan kepada keluarga Anwar dan partinya semasa Anwar berada di dalam penjara. Tetapi Anwar membuat keputusan bahawa dia mahukan jawatan itu.

"Ini adalah sebahagian daripada sandiwara Anwar dan (penyebab) krisis Menteri Besar berlaku," Chandra memberitahu Astro AWANI di dalam satu temubual.



Chandra yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999, berkata beliau amat sedih dengan situasi semasa yang sedang berlaku.

"Ahli DAP dan PKR yang berpelajaran tinggi dan merupakan ahli politik yang berpengalaman menyokong Anwar kerana inginkan kuasa," katanya.

Chandra menerangkan bahawa Khalid adalah calon Menteri Besar yang lebih baik berbanding calon pilihan PKR dan DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Khalid bukan sahaja telah mengukuhkan asas kewangan negeri Selangor, tetapi  berbanding semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negara ini sejak 57 tahun lepas, beliau ialah satu-satunya Menteri Besar yang tidak memberikan projek dan kontrak kepada kroninya sendiri.

"Ini adalah satu perkara yang baik kerana ia telah menjadi penyakit. Sesetengah orang  menjadi ahli politik untuk mendapatkan kontrak dan projek, bukan kerana untuk berkhidmat kepada rakyat. Khalid menghentikan amalan itu.

"Tetapi Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar kerana dia mahu seseorang yang dia boleh kawal. Wan Azizah telah berkata secara terbuka bahawa dia sanggup menjadi boneka Anwar. Saya tidak dapat melihat bagaimana dia (Wan Azizah) boleh berfungsi sebagai Menteri Besar, sebagai boneka.

"Beliau ialah seorang pemimpin yang tidak sesuai. Dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan. Adalah amat memalukan apabila Anwar mendesak Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar.

"Dari segi kecekapan, sifat yang sangat penting bagi seorang pemimpin, Khalid jauh lebih cekap daripada Wan Azizah. Bolehkah anda menamakan satu ucapan cemerlang yang Wan Azizah buat di Parlimen? Bolehkah anda namakan saya satu perkhidmatan yang luar biasa yang telah dilakukannya sebagai MP. Ia hanya sederhana, " ulas Chandra.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 11:37 AM | Show all posts
~anya~ posted on 16-8-2014 11:30 AM
Isu hutang bank islam itu kantoi macam mana tobby?

kredit to http://www.tranungkite.net/v12/m ... ticle&sid=16813

Bank Islam yang mulakan tawaran penyelesaian luar mahkamah - Azrul Azwar
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.

Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.

Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.

“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.

“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.

“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.

Azrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.

Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.

“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.

Azrul berkata, melalui kaedah itu kes hutang berkenaan selesai sepenuhnya pada 24 Julai lalu.

Mengulas dakwaan bahawa peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, beliau berkata, ia adalah normal bagi sebarang kes.

Katanya, adalah menjadi hak pihak terbabit untuk menyingkirkan peguam yang dilantik jika mereka berpendapat ia boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Ia adalah perkara normal bagi sebarang kes penyelesaian luar mahkamah tidak diketahui pihak peguam atau tidak dimaklumkan.

“Itu adalah hak kepada pihak berkenaan untuk singkirkan peguam mereka atau menggunakannya, jadi bukan sesuatu yang tidak normal untuk peguam tidak terbabit,” katanya.-sk


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:39 AM | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 10:51 AM
maideen betul2 tgk bideo tu sampai habis & menghayatinya

Dalam masa aku gelak berguling guling masa tengok video Tuan Haji Mustafa Ali, Setia Usaha Agong PAS, terutama sekali part dia menyarongkan semula spendar besarnya terdapat juga babak yang menyedihkan dalam video itu Tobby....

Fikiran Maideen terbang melayang memikirkan muka lobai lobai malang PAS apabila Setia Usaha Agong PAS itu mengeluarkan envelope putih dan memberi wang kepada teman wanita Tuan Haji Mustafa yang rambut kaler kaler itu. Maideen terbayang lobai lobai yang susah, sanggup menderma kepada PAS kerana percaya PAS ada kena mengena dengan Islam.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 16-8-2014 11:36 AM
"Ia berlaku kerana cita-cita lelaki bernama Anwar" - Chandra Muzaffar
T K Letchumy Tamboo, Astro Aw ...

Okay....thank you...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 12:11 PM | Show all posts
aku undi sultan melaka bulehh....kihkihkih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.089605 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list