CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10223|Reply: 100

[Tempatan] Orang ramai mula beli barang keperluan, sebelum GST dilaksana

[Copy link]
Post time 26-3-2015 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai mula beli barang keperluan, sebelum GST dilaksana
Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum GST dilaksanakan mulai 1 April ini. - Foto TRP/ Ikhwan Hazwan




[size=100%]KUALA LUMPUR, 26 Mac:
Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum bermulanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 April ini.

Tinjauan TRP di sebuah pasar raya di Kuchai Lama mendapati, orang ramai bukan sahaja membeli makanan dan keperluan rumah, tetapi juga persiapan untuk kenduri perkahwinan yang akan diadakan, selepas pelaksanaan sistem cukai baru itu.

Menurut Abdul Karim Wahidullah, 59, dia mula membeli barangan seperti pinggan, cawan dan bekas makanan, untuk digunakan dalam kenduri yang akan diadakan pada 12 April ini.

Katanya, hari ini merupakan pusingan pertama untuk membeli barangan berkenaan dan dia akan terus membuat pembelian, sementara GST belum dikuatkuasakan.


“Saya datang beli awal, kerana bimbang harga barangan akan naik, selepas GST dilaksanakan nanti dan selepas ini, saya akan datang lagi untuk membeli barang keperluan lain.

“Diharapkan peniaga tidak akan menaikkan harga barangan, sebelum GST dilaksanakan, kerana ia dilihat akan membebankan orang ramai yang terpaksa menanggung cukai lebih, selepas 1 April depan,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Pendapat sama turut dikongsi Lily Yean, 31, yang bertindak membeli barang keperluan lebih awal.

Jelasnya, dia tidak mahu bersesak dengan orang ramai untuk membeli barangan pada saat-saat akhir, sebelum GST dilaksanakan Rabu depan.

“Dengan membeli barangan sebelum GST, sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang, terutamanya mereka yang bujang seperti saya.

“Saya juga membeli barangan menggunakan kad debit, kerana bimbang untuk membawa wang tunai yang banyak dan sudah tentu apabila GST dilaksanakan nanti, caj enam peratus tersebut turut akan dikenakan,” ujarnya.




TRP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 09:42 AM | Show all posts
aku stock up susu anak ngan diapers jer.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahan mentah nak beli awal2 buat pa

Busuk jugak nanti dlm fridge
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:50 AM | Show all posts
aku mengelak nk pegi shopping brg rumah time2 ni
sbb slalunya aku shopping setiap 28 haribulan (aeon card holder dpt dosc lebh sikit on this day)
sbb aku jangkakan ramai umat akan keluar shopping weekend ni

kesian tgk masing2 dah start korek duit tabungan sbb nk stock up brg rumah
yelah ada yang blom gaji kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:51 AM | Show all posts
  nangis ok…..

terasa dizalimi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:55 AM | Show all posts
Skarang ayam murah kat giant...1ekor rm15, limit sorang bleh beli x3 ekor ayam. Kemarin ptg aku pi giant ramai sgt orang beli barang, ada laki bini bergu angkat ayam 3ekor sorg.. haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2015 09:55 AM | Show all posts
mlm td masa gi beli brg, org supermarket bgtau syampu shaylanista yg aku pakai nnti akan naik rm13.. skrg rm8.50.. so pikir2 sendiri hrga brg lain akan naik brp???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:56 AM | Show all posts
nape nk susah2 beli skang?? bleh beli stok setahun ke??

sama gak kalo minyak naik, sumer beratur nk isi sblom 12 tghmlm, macam la full tank tu tahan setahun pun sampai ada yg berebut bagai bergaduh siap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 09:58 AM | Show all posts
alah kecola..buat2 biasa dhla. ni semua hal nk soping..pelik la.

ironinya..aku sndiri stok kt lemari mcm kedai dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm g beli brg rumah..mandian utk anak.dulu murah..skrg dekat rm20 naik.banyak yg dh naik.suami asik tanya betol ke nak belanja brg mlm ni.b takut sakit hati kng bio je troli mcm dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:07 AM | Show all posts
kesian rakyat Malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:16 AM | Show all posts
Makna nya minggu ni jem la suma super n mall org p beli brg?

Stgh kedai byk yg dah x amik stok baru or memg depa sngaja x kuarkan stok...aku pun x tau la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:17 AM | Show all posts
axl_bach replied at 26-3-2015 09:56 AM
nape nk susah2 beli skang?? bleh beli stok setahun ke??

sama gak kalo minyak naik, sumer beratur  ...

Mentaliti rakyat Msia mmg dh cmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:21 AM | Show all posts
dah lama x gie mydin putrajaya
tp staff bg taw kat mydin brg dah byk xde
so diaorg simpan stock yea, nk tunggu 1 april br keluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:23 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 26-3-2015 10:24 AM

beli byk mana pun bukan cukup utk berbulan@bertahun
x de makna nya..
ank buah aku ada upload dlm fb...(sebelum & selepas) harga susu tepung da naik & kuantitinya pun di kurangkan
mmg ketara sgt..perbezaannya..
maksudnya sebelum GST peniaga da naik kan harga & selepas ada GST nnti naik lagi ker..
jadinya 2x kenaikan harga lah..
dan ada sesetengah tempat & kedai barang2 keperluan xde stok..
pe nk jadi laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:53 AM | Show all posts
diapers size M & L banyak da sold out. semua buat stock kekdahnye, yang nak beli walk in ni melopong g satu-satu supermart habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 11:09 AM | Show all posts
kerajaan penguatkuasaan lemah..
peniaga semua amik peluang kutip untung.

well it is malaysia. mentaliti dari pemimpin smpi rakyat termasuk la aku nih adalah di tahap rendah. hihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 11:13 AM | Show all posts
wana xbeli barang keperluan..
sebab bujang lagi..lagi pun biasa masak, lebih berjimat...
cuma beli bukan keperluan sangat macam handbag semua..
wana yang jarang beli handbag ni pun terjebak..kekadang xpercaya boleh beli hadbag sebab dua tahun sekali pun belum tentu wana akan beli..selagi boleh guna, malas nak beli..
tapi penangan GST..gigih jelajah JPO semalam..shelakanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 11:14 AM | Show all posts
dah macam orang dok berposak kat stesen minyak sampai tengah malam..
sebab keesokkannya harga minyak naik..

ni,
kalau beli stok barang kering boleh lagi..
kalau barang basah..??

eiikk..
bukan ke kata barang makanan tak kene gst..?



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 11:15 AM | Show all posts
sekarang banyak buat sale..macam baju, seluar etc...
pandai theyol kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.084141 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list