CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4834|Reply: 26

Kronologi Serangan Bom Di Indonesia

[Copy link]
Post time 15-1-2016 03:47 PM | Show all posts |Read mode






Oleh Fyruz Hanna


Indonesia, sebuah negara yang terkenal dengan majoriti penduduk beragama Islam, bukan lagi satu perkara baharu mengenai serangan.


Sebelum ini beberapa siri serangan dirancang dan dilakukan oleh Islam radikal bermula tahun 2000 sehingga 2009, termasuk rusuhan pada tahun 2002 yang mengorbankan mangsa yang tidak bersalah kepada 202 orang.


Dibawah merupakan garis masa kejadian serangan di beberapa tempat di Indonesia yang mendapat liputan luas antarabangsa:


September 2000


Tempat parkir kereta (bahagian bawah) bangunan Bursa Saham Jakarta meletup. Beberapa kereta meletup, membunuh pemandu yang menunggu majikan didalam kereta.




Disember 2000


19 paderi terbunuh dalam kejadian bom. Bom dipercayai dihantar sebagai hadiah Krismas di sebuah gereja di Jakarta


Oktober 2002


Letupan di Bali, 202 (88 Australia), terkorban yang kebanyakkan pelancong asing. 3 individu yang bertanggungjawab atas serangan telah dihukum bunuh.


Disember 2002


Satu bom meletup diluar restoran makanan segera Mcdonal di Sulawesi, 3 terbunuh, 11 cedera. Jemaah Islamiyah (JI) dipertanggungjawab diatas serangan terbabit.


Ogos 2003


Kenderaan meletup diluar Hotel JW Marriot Hotel, 12 terbunuh, 150 cedera. Antara warga asing terbunuh seorang Belanda, seorang, 1 Denmark, 2 China.


Disember 2003


Konsert Ambang tahun baru digegarkan dengan satu letupan di Acheh, 10 terbunuh,45 orang cedera.


September 2004


10 orang terbunuh diluar kedutaan Australia di jakarta, bom dipasang pada kenderaan yang meletup.


November 2004

Satu bas meletup di Sulawesi Tengah, 6 terbunuh, 3 cedera.


Mei 2005
Letupan berkembar di tengah Sulawesi, 22 orang terkorban di tengah pasar.


Oktober 2005
Bali sekali lagi diletup dengan meragut 20 nyawa apabila pengebom berani mati meletupkan diri dikawasan tumpuan pelancong itu. Lebih 100 orang cedera.


Oktober 2005
Sekurang-kurangnya 8 orang mati 53 lagi cedera selepas satu pasar menjual daging menjadi sasaran.


Julai 2009
Letupan di Hotel Ritz-Carlton dan JW Marriot, 7 orang terbunuh dan 40 yang lain cedera.


Ogos dan September 2009
Noordin Mohammed Top, warga Malaysia disyaki yang menjadi dalang pengeboman di Bali ditembak, serta rancangan untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.


April 2011
Solat jumaat di Jawa Barat terganggu kerana letupan didalam masjid tersebut yang meragut 28 nyawa. Termasuk nyawa pengebom berani mati.


November dan Disember 2015
Polis mematahkan rancangan kumpulan militan Daish untuk serangan sambutan Tahun Baharu 2016. -CARI Infonet.




Sumber: Bharian, channelNewsAsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 04:03 PM | Show all posts
wow baru ku tahu.... takut nyaaa! jgnlah macam ni kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:04 PM | Show all posts
woi bangang, bom ka boom ?


Kronologi Serangan Boom Di Indonesia


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:05 PM | Show all posts
Indon ni tak ade ape yang pelik.. islam pun tak sehaluan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 04:08 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom:   woi bangang, bom ka boom ?   


terima kasih kerana ambil masa baca atikel saya.. and terima kasih kerana betulkan perkataan tu, saya tak perasan ... Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Di mlysia harapnya xda kejadian gini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 04:17 PM | Show all posts
banyak dah serangan bom kat indonesia rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
you stup*d... this image from 2016 Sarinah's blast
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 04:33 PM | Show all posts
CARI-SFG replied at 15-1-2016 04:08 PM
terima kasih kerana ambil masa baca atikel saya.. and terima kasih kerana betulkan perkataan tu, ...

kau jgn ambik hati dengan dia
dalam ni jer garang kat luar nak lalu siap mintak izin tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:42 PM | Show all posts

tengah baca serius nak tergelak yg ni...

marah naw2 typo....chill la bro
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:47 PM | Show all posts
Dia hantar bom masuk gereja tu bole phm la jugak nape... Tp dlm masjid pun bom jugak.... Kata islamic extremist... Sakit otak sunggoh puak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:52 PM | Show all posts
menakutkan serangannya.. jgnlah msia ada mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:55 PM | Show all posts
masa_lalu replied at 15-1-2016 08:33 AM
kau jgn ambik hati dengan dia
dalam ni jer garang kat luar nak lalu siap mintak izin tu:loveline ...

Macam tipu je.
Tu baru salah eja.
Ntah2 kalau salah fakta atau copy paste cerita dan sebagainya, agak2nya mesti kena flying kick.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 05:00 PM | Show all posts
ladyrosberg replied at 15-1-2016 04:47 PM
Dia hantar bom masuk gereja tu bole phm la jugak nape... Tp dlm masjid pun bom jugak.... Kata islami ...

kekeliruan identiti kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyrosberg posted on 15-1-2016 08:47 AM
Dia hantar bom masuk gereja tu bole phm la jugak nape... Tp dlm masjid pun bom jugak.... Kata islami ...
April 2011

Solat jumaat di Jawa Barat terganggu kerana letupan didalam masjid tersebut yang meragut 28 nyawa. Termasuk nyawa pengebom berani mati.

target mereka adalah pasukan polis sis..yg diserang pun masjid dlm IPD cirebon,jawa barat .. dan artikel tu tak betul .. tak ada org awam yg terkorban ..   
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 05:09 PM | Show all posts
CARI-SFG replied at 15-1-2016 08:08 AM
terima kasih kerana ambil masa baca atikel saya.. and terima kasih kerana betulkan perkataan tu, ...

dek tan siew loo pi mana?bz intebiu orang ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyrosberg replied at 15-1-2016 04:47 PM
Dia hantar bom masuk gereja tu bole phm la jugak nape... Tp dlm masjid pun bom jugak.... Kata islami ...

Aku pernah baca kat fb ada org indon komen, aktiviti teroris kat sana tak kira agama. Byk je yg berlaku. Cuma kalau melibatkn islam, cerita dia lama sikit kot bak habis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua dilakukan oleh Musliem kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 15-1-2016 04:04 PM
woi bangang, bom ka boom ?

omaigod..hahaha..marah sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 15-1-2016 05:09 PM
dek tan siew loo pi mana?bz intebiu orang ka?

tan siew loo tu kenapa i rasa dia forumer jugak ek..sejak2 jadi wartawan cari jarang nampak dah ID yang satu tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 1.138957 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list