CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
 Author| Post time 4-2-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 4-2-2016 02:04 PM

Setelah berfikir panjang dan untuk berlaku adil kepada SR, readers2 yg menunggu nxt story dan juga terhadap diri aku sendiri yg dah niat utk keluarkan semua story2 mistik yg melanda diri aku ataupun org2 dsekeliling aku disini..makanya,aku dgn rendah diri ingin meneruskan tujuan asal aku sehingga selesai supaya aku tak rasa bersalah dgn mereka yg betul2 ikhlas support cerita2 aku..

TAPI aku harap,lepas ni kalau mana2 antara SR mahupun readers yg tak jelas/kurg faham dan/atau tak faham langsung cerita aku,aku mohon sangat2 untuk terus bertanya dgn aku supaya aku boleh jelaskan secara details mana part2 yg lompang tersebut. Aku manusia. Kdg2 termissed some part sehingga boleh buat readers keliru atau kurg jelas.

Sekurg2nya dgn cara bertanya atau berbincang dengan aku directly,takde la istilah MENJATUH HUKUM SEWENANG-WENANGNYA TERHADAP AKU. Atleast faham kan dlu cerita aku sebelum nak tuduh aku bukan2. So after segala kekeliruan/ketidakpastian telah terjawab,adalah menjadi hak anda utk menilai samada mahu percaya ataupun tidak. DAN SEKALI LAGI,TIADA PAKSAAN UNTUK MEMBACA THREAD AKU KALAU ANDA TAK YAKIN. Jadi utk mereka yg betol2 ikhlas support cerita aku,harap anda semua enjoy ye.. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 08:55 AM | Show all posts
schha replied at 4-2-2016 05:09 PM
Logik logikk..

Hehhehehehe tu la..kami last day kat bali pun jalan kaki je..sbb tak cukup duit  ...

Last day tu free day..so tour guide xamik..gara2 nak merasa makan luar xnk makan kt hotel sambil2 beli souvenir mendapat jalan kaki 1jam...sesat sebenarnyer...ptt belok kiri, ak belok kanan..sampai putus selipar aku. Dapatla bawak balik selipar bali 1. Dahla panas terik, kaki melecet..sekali besok sebelum g airport pakcik supir tu bawak g tmpt souvenir yg lagi ohsem. Membazir je pengorbanan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:16 PM | Show all posts
tuan rumah..aku x dpt tangkap apa mksud ustaz2 yg dtg umah sewa tu tnya pasal kereta emy. emy tu laki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kerasuk replied at 5-2-2016 08:16 AM
tuan rumah..aku x dpt tangkap apa mksud ustaz2 yg dtg umah sewa tu tnya pasal kereta emy. emy tu lak ...

Emy tu lelaki dear..Emy dtg parking situ..point yg sy cuba sampaikan, org duk kalut member kena rasuk,pakcik tu plak cari mana emy. Dia ingat emy ada dlm rumah,seolah2 reaksi dia macam nak tangkap kami buat maksiat. Padahal emy tu tumpang parking situ ja. Dia nya takde..mcm tak kena je tindakan pakcik tu dalam keadaan genting camtu. Mcm2 perangai manusia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 04:37 PM | Show all posts
schha replied at 5-2-2016 04:34 PM
Emy tu lelaki dear..Emy dtg parking situ..point yg sy cuba sampaikan, org duk kalut member kena ra ...

ooo ok2 paham..sebab ingt emy pompuan tu yg kepelikan sekejap tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kerasuk replied at 5-2-2016 08:37 AM
ooo ok2 paham..sebab ingt emy pompuan tu yg kepelikan sekejap tu


Hahhahahaha ouh yekeee..sbb sy ada mention 'rumah anak dara'..so referring kami semua perempuan,kami tak seberani itu utk benarkan lelaki bujang masuk,lagi2 perumahan kami tinggal tu di dalam sebuah kg.

Heheeheheh tq dear.. sorry ye kalau ayat tu buat tak faham ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dah abis baca. mohon tt sambung cerita.. persetankan makhluk halus yang mengganas tu tt.. ramai yg nk baca cerita tt.. please update yeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bookmark sini. cerita best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 07:46 PM | Show all posts
schha replied at 4-2-2016 05:04 PM
Hahhahahahahahah kannnnnn..

Depa tak penah kena boleh la depa sembang kencang..cuba kalau dah ' ...

U yg ada kampus setiap negeri
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
perghhhh merempit seharian nk khatam umah ko diknon. terbaik lah. eheemmm persyaitonkn umah penghencap itteww. now iols paham tered mane yg deyols mksudkn itu. sbb iols g umah sanun dulu before dtg umah uols ni. ujung2 iols tau sape yg uols mksudkan. sabar ye diknon. teruskn berceritera. hakak sanggop mencemar dulik

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
baru pasan bulan ni tade hapdet dr TT lg. alaaaaaaaaa...ley mey kaw cho waaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tt,xde update ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:36 PM | Show all posts
yaayyy sha is back! hehe... igt i lagi tak? wakaka...

ehh...sape berani persoal citer sha ni? kt mana depa duk hingaq tu? ishh...marah plak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 9-2-2016 11:19 AM
perghhhh merempit seharian nk khatam umah ko diknon. terbaik lah. eheemmm persyaitonkn umah penghenc ...

Hahahhahahahahah tak pe..lantak p la depa nak kata apa, dah malas nak port..yg penting kita tau apa niat kita kat sini..setakat sorg dua je yg hencap,ada lagi yg lain betol2 ikhlas nak tau story..janji enjoy je dgn story mory mistik ni..hehehehhe tq sis merempit dekat sini..

sorryyyy lama tak hapdet story..iolss bz sikit lately tu yg takde hapdet..arini baru free nak hapdet story..hehehe,stay tuned ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ciskek.leleh replied at 10-2-2016 10:02 AM
tt,xde update ke

Ada2..tnggu sat..next story menyusul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 11-2-2016 05:36 AM
yaayyy sha is back! hehe... igt i lagi tak? wakaka...

ehh...sape berani persoal citer sha ni? kt  ...

Haipppp..mesti la egt..apalaaaaaa..mana bole lupa readers tegar ni..tq dear,lantak p kt depa..malaih nak pikiaq..hhahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hoyehhh. popkon ngan bantal busuk dh redi ni tggu stori je lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 14-2-2016 03:45 AM

7. JAGA SIKIT MULUT TU

Ok..next story yg bakal aku sampaikan satg ni berlaku sekitar tahun 2006 kalau tak silap. Waktu tu aku menuntut sebagai pelajar tingkatan 6 bawah (lower 6) di sebuah sekolah di selangor. Sekolah aku ni basically sekolah lelaki,tp untuk tingkatan 6 sahaja di khaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Subjek yg aku ambik waktu tingkatan 6 ni adalah subjek sastera dan sejarah selain 2 lagi subjek asas, pengajian am dan bahasa melayu.

Memandangkan aku memang teramat minat dengan subjek sejarah sejak dari tingkatan 1,makanya aku dengan semangat yg berkobar-kobar mendaftarkan diri untuk masuk kelab sejarah. Walaupun dah tingkatan 6,tp kami tetap diwajibkan oleh pihak sekolah untuk mengaktifkan diri dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Mengikut kata senior2 upper 6, penasihat kelab sejarah ni,iaitu cikgu sejarah aku sndr,rajin bawak student2 pergi melawat/camping tempat2 bersejarah. Depa kalau pergi bukan dekat2,semua p tempat jauh2. Tapi make sure tempat tu ada sejarahnya. Haaaaa kauuu, lg semangat la aku. So ada la alasan kukuh utk aku bg kt mak bapak aku kalau aku nak berjalan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 12-2-2016 02:16 PM

Ada 1 haritu,pengerusi kelab sejarah ada buat meeting untuk mengusulkan tempat2 yg bakal kami pergi untuk tahun tu. Aku dengan confidentnya mengusulkan sebuah gunung yg terkenal dengan '7 dulang'. Haaaa pandai2 la korg teka. Hahahaahahahah..nampak macam tak relevankan kelab sejarah nak pergi camping kat gunung tu, sebab selalunya org akan usulkan melaka, lembah bujang, perak etc atau tempat2 yg ada peninggalan penjajah. Tapi memandangkan gunung tu ada kaitan dengan sejarah melayu lama, makanya penasihat pun setuju dgn cadangan aku utk dimasukkan dalam list. Vote punya vote, last2 cadangan aku ke gunung tu mendapat sambutan hangat dari kalangan lower 6 mahupun upper 6. Seingat aku, ramai betul yg nak join lawatan tu waktu tu. Berebut2 nak daftar. Nak dpt pulak approval dari pihak sekolah sikit punya susah,sebab mereka risau dengan 'kekerasan' kawasan tersebut. Tapi dengan adanya proposal yg mantap,dan disertai oleh beberapa org guru perempuan yg berpengalaman mengendalikan aktiviti perkhemahan, maka proposal kelab kami diluluskan tapi dengan syarat, hanya pelajar tingkatan 6 sahaja yg dibenarkan untuk menyertai lawatan kali ini. Alasan pihak sekolah adalah kerana tempat ni merbahaya (dengan keangkerannya) menyebabkan pihak sekolah tak yakin untuk benarkan adik2 tingkatan 1-5 untuk pergi tempat ni. Yela, budak2 kan. Tau nak seronok je. Tak tau lagi nak fikir mana baik mana buruk. Kalau tingkatan 6 dah besar sikit,so boleh berkelakuan matang (Matang ke??Hahahahhahaha..) Tapi itulah alasan yg diberitahu kepada kami. Kesian adik2..tak pasal2 mengalami kekecewaan sbb tak dpt ikot. Bertabahlah!

Jadi hari yg ditunggu-tunggu pun tiba. Excited kemain aku. Pukul 5 pagi aku dah siap nak gerak ke sekolah sbb pukul 6 pagi dah kena berkumpul dekat perkarangan sekolah. Naik sebuah bas express yg disewa utk ke destinasi kami. Tapi tak semudah tu ye mak abah aku nak lepaskan aku. Kena la tadah telinga itu ini tak boleh buat. Yelaaa,memang semua org tau tempat tu 'terlalu angker'. Jadi nak taknak kena la hadap nasihat2/bebelan2 org tua aku untuk kebaikan diri sndr jugak bila sampai sana nnt.

Makanya, sampailah kami dekat gunung tu. Waktu tu dah hampir tengahari. Bila sampai tempat tu, nampak macam tempat perkelahan biasa je. Ramai juga org mandi-manda. Di kaki gunung, terdapat sebuah chalet yg didirikan kat situ (sekarang tak pasti masih ada lagi atau tak). Cikgu2 dan penasihat yg ikot, check-in kat chalet tu. Takmau join kami tido dalam khemah. Sakit badan kata depa. Hahahahahahaa..depa ikot pun sebab jadi pemantau je. So penasihat telah melantik seorg abg senior yg berbadan sado sebagai ketua di tapak perkhemahan. Aku panggil abg ni sbg abg lan je (bukan nama sebenar). Abg lan ni katanya memang kerap join aktiviti perkhemahan ni dr dia tingkatan 1 lg. Dia ni pun bkn calang2. Asal dari sebuah kampung di sempadan selangor. Kata kawan2 dia, ada ilmu yg diturunkan ke dia oleh ahli keluarga dia. No wonderlah penasihat beri kepercayaan kat dia. Ada 'ilmu' rupanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 12-2-2016 02:19 PM

Mengikut kelulusan yg diberikan oleh pihak sekolah, kami hanya dibenarkan untuk membuka tapak perkhemahan di tingkat pertama sahaja di gunung tersebut. Kalau tak silap aku, gunung ni ada beberapa tingkat untuk menuju ke puncak. Tapi aku dah tak ingat ada berapa tingkat. Kami juga tak dibenarkan untuk mendaki gunung tersebut untuk keselamatan kami. Kami hanya boleh berada di kaki gunung dan di tapak perkhemahan kami di tingkat pertama gunung tersebut sahaja. Ahhh takpe la..janji kami dapat camping even tak dapat daki gunung pun.

Waktu trip ni, aku pergi dgn kwn baik aku, siti (bukan nama sebenar). So aku dgn dia 1 khemah. Siti ni pulak gatal duk canang dgn akak2 abg2 senior bahawasanya aku punya sambal sardin kicap meletop kaw2. Haaa apa lagi,ptg tu aku dikerahkan utk sediakan mereka sambal sardin meletop aku tu. Masak ala kadar je. Boleh la utk alas perut. Ahhh tak pe la..aku sndr pun dah kebulur so aku rela hati je nak masak untuk dorg asalkan siti kena la tolong aku,dah dia yg gatal p canang kan..Hahahahahahaha..

Bersambung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.138192 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list