CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2018|Reply: 16

[Tempatan] Tekanan kos hidup dibandar, 400 pekerja asing pulang setiap bulan

[Copy link]
Post time 3-5-2016 04:06 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 2 Mei - Pemantauan yang dijalankan Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) mendapati antara 300 hingga 400 pekerja asing di bawah penyeliaannya pulang ke negara masing-masing setiap bulan dalam tempoh suku pertama tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif CLAB, Abd. Rafik Abd. Rajis berkata, antara faktor yang mendorong mereka meninggalkan Malaysia disebabkan kejatuhan mata wang dan terdapat lebih banyak projek pembangunan di negara masing-masing terutama di Indonesia, India dan Vietnam.

Bagaimanapun katanya, terdapat sebahagian besar pekerja asing itu juga tertekan dengan kenaikan kos hidup terutama bagi projek-projek pembinaan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang selain berpendapat peluang yang lebih baik menanti di tanah air sendiri.

“Jika ekonomi masih lagi tidak stabil, saya jangkakan jumlah ini boleh meningkat hingga mencecah 500 orang setiap bulan berbanding dua tahun lepas jumlah yang pulang hanyalah sekitar purata 100 orang setiap bulan.

“Sudah tentu ini adalah satu kerugian kepada negara kerana saya bimbang Malaysia hanya akan dijadikan sebagai hab pusat latihan sahaja sebelum mereka kembali ke negara asal dengan memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dan terlibat dalam projek pembinaan di negara asal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

CLAB, adalah organisasi yang ditubuhkan oleh Lembaga Pemba­ngunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Kerja Raya untuk membawa masuk pekerja asing dan tempatan bagi memenuhi keperluan dalam sektor pembinaan, mi­nyak dan gas serta hartanah.

Sejak beroperasi pada 2004, CLAB telah membawa masuk lebih 50,000 pekerja asing untuk sektor pembinaan daripada negara sumber yang diluluskan dan membolehkan sektor pembinaan mendapat akses penuh kepada pekerja berkema­hiran dan berpengalaman.

Bagaimanapun, ketika ini pangkal­an data CLAB menunjukkan kira-kira 20,000 pekerja asing yang masih aktif di bawah pengurusan syarikat tersebut.

Menurut Abd. Rafik, keadaan tersebut sekiranya berlarutan tanpa sebarang tindakan drastik akan memberi kesan kepada kualiti pembinaan pada masa depan kerana Malaysia kehilangan tenaga kerja berkemahiran dan terlatih di pe­ringkat bawah iaitu yang terlibat dalam kerja-kerja berat dan membahayakan.

“Pada suatu ketika dulu, pekerja-pekerja ini hanya akan pulang sehingga maksimum 10 tahun dan mereka akan berpindah daripada satu projek ke projek lain de­ngan pemantauan CLAB. Tetapi, jika perkara ini tidak ditangani, ia adalah satu kerugian kerana kita terpaksa melatih semula pekerja-pekerja ini.

“Apatah lagi, kita sememangnya menyedari bahawa tidak ada anak tempatan yang berminat untuk be­kerja di peringkat bawah ini atau kita boleh kategorikan sebagai 3D ini (kotor, bahaya dan susah),” katanya.

Namun, ujar beliau, disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan penyusutan nilai ringgit sejak perte­ngahan 2014, serba sedikit memberi kesan kepada CLAB untuk menarik kedatangan mereka ke negara ini.

“Oleh itu, kami terpaksa mencari sumber daripada negara lain, misalnya Myanmar, Nepal atau Pakistan untuk memenuhi keperluan permintaan. Malah, ada juga dalam kalangan mereka ini meminta supaya gaji dibayar dalam mata wang masing-masing,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 04:14 PM | Show all posts
nih alasan nak angkut 1.5 juta ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:16 PM | Show all posts
Nak balik, balik la....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:21 PM | Show all posts
ini ciptaan n alasan utk bawak abg la masuk seramai 1.5 jutaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:23 PM | Show all posts
“Oleh itu, kami terpaksa mencari sumber daripada negara lain, misalnya Myanmar, Nepal atau Pakistan untuk memenuhi keperluan permintaan. Malah, ada juga dalam kalangan mereka ini meminta supaya gaji dibayar dalam mata wang masing-masing,” katanya.


ye ker ? bukan sebab nak ambik bangla?

apsal tak mention nama bangla?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:23 PM | Show all posts
nk bawak masuk pn dah byr ribu2 satu kepala
senang2 jah balik
kasik ikat kontrak la macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2016 04:30 PM | Show all posts
ada betul nye jugak.. kebanyakan yg contract habis decide xnk sambung n diminta untuk dihantar pulang. tpi xpasti laa atas faktor apa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:39 PM | Show all posts
baguslah...kalau bkn macai dia akan cakap aliran keluar wang tunai kurang...bagus utk ekonomi malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
harap malaysian dpt teruskan legasi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:54 PM | Show all posts
Ceh. Ingatkan datang Malaysia dah pandai bina bangunan. Rupanya kena dilatih juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg plan nak balik raya ni...tak mahu dtg lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 05:45 PM | Show all posts
yg balik 500, yg masuk 700,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 06:06 PM | Show all posts

silap tu
yg balik 400
yg akan dibawak masuk 1.5 juta oooooo

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu balik keje tgk kemain ramaii pekerja asing mcm baru smpai..slama ni x penH nampak plak.. Kumpul ramai2..sikit je yg balik. Yang masuk lagi ramai kott..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-5-2016 06:06 PM
silap tu
yg balik 400
yg akan dibawak masuk 1.5 juta oooooo

Yg tu xsabar tu, pasti ramai melayu2 pompuan nak becki keturunan biar ghupa keturunan ala hindustan gtu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:17 PM | Show all posts
insulin replied at 3-5-2016 04:54 PM
Ceh. Ingatkan datang Malaysia dah pandai bina bangunan. Rupanya kena dilatih juga. :shak ...

Itu la...ingatkan terlatih...rupanya kena kasi training jugak...dah berapa pulak kos training tu? Jgn kata on the job training sudah...tak pun mmg betul sbb tu byk bangunan baru siap lepas beberapa bulan roboh... rupanya buruh2 ni tadak skill
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 09:47 AM | Show all posts
R2D2 replied at 3-5-2016 06:06 PM
silap tu
yg balik 400
yg akan dibawak masuk 1.5 juta oooooo

hahaha terus 1.5 juta, tkde berperingkat2 dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194169 Replies : 4495
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103927 Replies : 2886
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5023 Replies : 45
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23617 Replies : 153
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74202 Replies : 2976
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8371 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 30082 Replies : 48

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.074482 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list