CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
 Author| Post time 27-11-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Husna replied at 25-11-2016 09:56 PM
Wah tt sebut nama kg iols.. rindu chenderong balai..

Tak balik kg dah ke? Boleh merasai jalan jalan yg di maksudkan  

Kg arwah nenek saya pulak kat Langkap. Banjar seberataan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2016 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aenaja replied at 26-11-2016 07:48 AM
best la cite TT ni. walupun aku bukan orang perak tapi penah la sekali pegi kg parit tu. umah mak ti ...

Tq sudi luang masa kat thread ni  

Banyak jugak retis retis Malaysia lahir di Perak.

Wahid dan Pak Ya Sepahtu/Senario orang Parit.

XN3 Raja Lawak org Batu Gajah.

Okay Raja Lawak org Manjung.

Aliff Big Too Bintang Mencari Bintang org Seri Iskandar.

Amy Mastura, Dato Michelle Yeoh, Iqram Dinzly orang Ipoh.

Bini Dato AC Mizal org Tambun.

Wahid sekarang rumah dia belakang rumah abg sepupu saya, watak Nizam dalam kisah tumpangkan lelaki berbaju silat tu  

Kawan awak yg banjar Bagan Serai tu kalau bercakap bunyi utara kan?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
MizzTyco replied at 26-11-2016 10:30 AM
Weh ye ker..keranda terbang ade situ..

Ade 1 kali we all nak blk KL..slalu aku drive k ...

Zaman 90an je ada kot. Tu pun Misteri Nusantara yang sibuk bagitau. Kalau tak tenggelam dah cerita tu  

Oh jalan tu. Tak silap saya tak jauh dari kubur tu kan dah nak sampai traffic light? Situ banyak lampu kan. Depan sikit dah jumpa simpang Botani dah  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 26-11-2016 10:51 AM
Cerita pasal bunian ni, mak aku ade pengalaman berkawan dgn anak bunian.

Aku pun orang perak ju ...

Fuhh. Cerita awak lagi misteri. Siap mak awak berkawan terus tu  

Dia pun bukan semua orang dia nak berkawan. Dia pilih jugak. Rasa nya orang yg baik baik je.

Untung lah mak awak, boleh bantu orang lepas tu kan.

Muka sama macam kita juga ke? Kan ada filem pasal diorang dulu lain sikit telinga dia. Muka n badan sama, telinga je lain  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-11-2016 12:39 AM
Tak balik kg dah ke? Boleh merasai jalan jalan yg di maksudkan  

Kg arwah nenek saya pulak ka ...

Balik jugal..almost everyweek balik..ni on baru balik dr kg pagi tadi..maklum la kedah keje arini.. la kg kt langkap ka.. kulaan la ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Husna replied at 27-11-2016 09:40 AM
Balik jugal..almost everyweek balik..ni on baru balik dr kg pagi tadi..maklum la kedah keje arini. ...

Oh yeke. Bestnya. Dekat ke dengan kg Durratun Nashihin atlit gimnas Malaysia tu? Saya jarang dah balik Langkap sejak nenek dah meninggal.

Tapi parents ada beli rumah kat belakang Imigresen tu. Cuma nya jarang duduk sebab parents lagi suka stay kampung  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 1 )

Cerita kali ni agak panjang sikit. Sebab melibatkan 3hari berturut turut. Kejadian berlaku sekitar Bandaraya Ipoh. Aku akan update satu episod bersamaan satu hari. Sampailah habis 3 episod bersamaan 3hari. Supaya korang tak penat baca berjela jela. Aku kan jenis tak reti memendekkan cerita. LOL.

------------------------------------------

HARI PERTAMA

Lamanya aku tak hang-out dengan budak Perak. Setelah deal dengan geng geng lama aku, kitorang pun setuju untuk melepak di Pekan Ipoh macam zaman aku still stay Ipoh dulu kala. Dengan syarat diorang datang ambik aku kat rumah.

So petang tu, BF aku dan dua lagi kawan kitorang iaitu married couple. Si suami nama Abg Man dan wife nya Kak Ina. Bukan nama sebenar ye. Diorang semua tinggal tak jauh dari Ipoh. Jarak diorang nak ke rumah aku pulak lebih kurang 60km macam tu. So apa ada hal, memang diorang nak jumpa, jauh mana pun mesti datang ambik jugak.

Petang tu diorang datang rumah aku pukul 4:30petang. Ajak lepak port biasa. Kalau orang Perak tau kah kot. Diorang ni pun meniaga jugak kat situ, tapi bukan hari hari lah. Sebab MBI suka ambush. Malam tu diorang off.

Sampai je kat Ipoh kitorang lepak merata lah. Kalau belum pukul 12 tengah malam kitorang suka layan Anita's Silibin. Sebab kat situ ada kerang bakar cicah sos cili homemade. Yang homemade tu sos dia, bukan kerang. Jangan loyar buruk. Fuhhh, Bapak sedapnya. Kedai tu Tomyam siam punya, haruslah sedap.

Zaman tu, Clash of Clan tengah top. Kalau melepak kitorang jarang nak bertegur sapa, semua dok mengadap phone masing masing. Ada masa masa tertentu je baru bercakap.

"Wei, nak naga!"

Haa. Mintak troop baru lah nak bercakap. Kitorang geng semua satu clan. Dan clan itu jugak dah bubar seiring dengan pembubaran geng kitorang. Sedih pedih sayu pilu betul lah.

Lepas melepak Anita's baru kitorang lepak area KTM pulak. Member kitorang ramai meniaga kat sana. Kira saja nak tolong tolong diorang lah. Aku jarang jumpa diorang, dapat lah makan free sekali sekala. Ada yang meniaga sewa rollerblade. So tunggu diorang tutup lewat sikit lah, sebab tunggu budak budak habis main.

Habis melepak kat KTM dalam 3:00 pagi macam tu, kitorang sambung lagi melepak kat deretan kedai BSN. Entah lah, orang Ipoh panggil port kedai makan tu as 'BSN' je. BSN stand for Bank Simpanan Nasional. Sebab kedai kedai tu bersebelahan bank tu je. Ada jejantas untuk menyeberang ke Bank Islam berhadapan deretan kedai tu.

Ada satu kedai ni, anak tokay kedai tu member kitorang. So memang rajin sangat lah kitorang melepak situ. Kedai dia pulak Melayu 100% ye. Beroperasi 24jam. Aku kalau nak makan sorang sorang kat situ pun tak malu. Sebab pekerja dia semua ramah ramah belaka.

Sembang punya sembang, sedar tak sedar dah pukul 5:00pagi. Kitorang kalau dapat jumpa memang tak ingat dunia. Dah nak subuh tu baru lah tergerak hati nak balik. Geng yang meniaga sewa kasut tu orang Kuala Kangsar, memang bapak jauh lah rumah diorang. Kitorang pun jauh jugak dari pekan dan selebihnya memang orang Ipoh.

Maka meluncurlah kereta di atas Highway Ipoh - Lumut untuk menghantar aku pulang. Aku kat seat belakang, tak tidur pun. Dok perhati driver bawak kereta macam ular kena pasung. Sabar je aku masa tu. Satu kerja pulak tiap kali nak terbabas aku kena sentuh bahu dia supaya terjaga. Cehh.

Rumah aku ni ada dua jalan. Senang cakap macam rumah Taman yang ada guard. Macam je. Rumah kampung aku tu manada guard. Kiranya depan rumah ada dua jalan. Satu jalan besar, satu lagi jalan kecik. Dua jalan ni saling bersebelahan dan dibina secara horizontal di depan rumah aku. Untuk access ke rumah, perlu lalu jalan besar kemudian baru jalan kecil dan terus ke halaman rumah. Macam buat pusingan U lah. Faham kot kan?

Pagi tu dah nak cerah, aku pesan kat Abg Man tak payah masuk jalan kecik. Drop je aku kat penghujung jalan besar tu, then pandai pandai lah aku menapak je. Sebab time tu dah 6pagi macam tu. Diorang just suluh aku dari jalan sebelah je. Apa nak takut, dah kira siang kan. Aku ni tak suka fikir bukan bukan, sebab tu aku berani tinggal rumah sewa sorang sorang masa kerja kat Ipoh few years sebelum tu.

Penghujung jalan besar sebelah kanan adalah simpang ke jalan raya. Penghujung jalan besar sebelah kiri pulak bersambung ke jalan kecik sepanjang 100m. Penghujung jalan kecik tu adalah rumah aku. Disebabkan jalan kecik dan jalan besar n terletak bersebelahan je, abg Man follow je aku beriringan. Consider as, abg Man dengan kereta kat jalan besar, aku pulak menapak kat jalan kecik.

Tak sampai separuh jalan tetiba abg Man lajukan kereta dia, lepastu siap hon dan angkat tangan lagi! Menyumpah je aku dalam hati. Ingat nak follow sampai rumah. Meraba lah aku on screen phone buat bantuan cahaya. Time tu aku pakai Lenovo, phone tu manada torchlight. Jenuh jugak lah aku berjalan terhuyung hayang sebab tak berapa jelas jalan. Rasa macam tinggi rendah je tanah.

Sampai je rumah, meraba lagi aku berjalan dalam gelap kat parking kereta. Ayah aku tak on lampu porch. Memang gelap gelita masa tu. Aku ketuk ketuk pintu bagi salam. Selalu mak aku selak kunci dari dalam, memang tak kan boleh aku senang senang nak masuk. Trick lah tu, nak tahu aku balik pukul berapa.

Aku ketuk ketuk pintu dekat 10kali. Agaknya mak aku tak dengar kot. Aku sabar je tunggu kat luar tu. Dengan sejuk, dengan nyamuk, dengan seram sejuk. Semua rasa complete.

Then dalam 5minit baru mak aku bukak pintu. Katanya terlajak tidur. Macam mimpi je dengar orang ketuk pintu. Nasib baik terjaga, kalau tak, duduk lah aku atas motor sorang sorang menunggu siang gamaknya. Ayah aku pun lewat bangun haritu. Penat kot sebab masa tu weekdays .

Masuk je rumah, aku mandi semua siap siap then tidur. Jarang jarang balik, macam tu lah perangai aku masa tu.

Petang tu aku dapat text, Abg Man dan Kak Ina ajak aku dan BF pergi Penang.

Memang cantek lah. Aku tak sabar nak sembur diorang. Sesuka hati je tinggal aku pagi tadi jalan bergelap sorang sorang. Geram je aku masa tu. Malas nak cakap dalam phone, tunggu jumpa je face to face.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part I )

HARI KEDUA

Macam hari pertama jugak, diorang yang pick up aku kat rumah. Kitorang berempat jugak satu kereta. Menghala ke Penang nak makan makan tepi laut konon nya. Penang dengan Ipoh bukan jauh mana pun. Aku pernah konvoi Ipoh - Penang, untuk event Ninja Utara. 1jam 45min dah sampai. Masa perjalanan bergantung pada cara pemanduan dan kelajuan kenderaan anda ye.

Masa dalam kereta aku sindir sindir lah diorang. Geram pagi tadi tak berkesudahan lagi.

"Untung lah, pagi tadi ada orang jalan dalam gelap!"

Lepastu diorang semua gelak gelak. Macam aku tengah buat lawak pulak. Geram je aku tengok respon diorang.

"Seronok ke tinggal orang berjalan dalam gelap sorang sorang?"

Aku buat muka sambil pandang diorang. Abg Man kerut kening. Dia bagi pandangan pelik kat aku.

"Ko cakap pasal siapa ni Sophea?"

Aish. Buat buat tak tahu pulak abg Man ni. Dia yang drive, dia tanya kita balik. Padahal dia yang pecut, siap angkat tangan dengan hon lagi! Aku jeling abg Man.

"Abg Man lah! Jenuh lah saya berjalan dalam gelap suluh pakai phone. Dah lah nak menunggu mak bukak pintu lagi. Korang selamba je laju taknak tunggu"

Lepastu abg Man dan kak Ina pandang je aku sambil buat muka pelik. BF aku dok melayan phone. Dalam hati terdetik jugak, aku ada salah cakap ke pun. Rasanya takda. Sebab kitorang memang selalu gurau kasar. Kak Ina tu pun mula mula tak suka aku. Dia kata aku sombong tak reti menegur orang. Aku memang pendiam, orang tegur baru aku tegur balik.

"Aik. Bukan ayah ko ada kat luar ke pagi tadi? Apa nak takut?"

Abg Man bersuara lagi.

Kak Ina pun ikut mencelah.

"Entahnya Sophea ni. Jalan sikit punya cerah. Apa yang nak ditakutkan?"

Eh. Apa benda diorang cakap ni. Aku blur blur je masa tu. Aku cakap pasal pagi tadi. Diorang ni cakap pasal apa pulak? Aku cakap lain, diorang cakap lain. Memang kerap terjadi, jenis bersembang dengan orang momentum laju ni. Kita tengah sembang pasal A, dia dah sampai P, Q, R, S dah. Lepatu kita dah sembang pasal X, Y dia tiba tiba patah balik ke A. Sakit jiwa jugak kadang kadang.

"Abg dengan akak cakap pasal apa ni? Saya cakap pasal pagi tadi. Kita balik lepak tu"

Abg Man dengan Kak Ina angguk angguk kepala. Tanda faham topik yang aku utarakan.

"Yelah. Pasal pagi tadi lah sekarang ni"

Aku buat muka pelik.

"Hah?"
"Aik?"
"Jap jap. Tak paham ni"

(Nampak macam watak BF aku tak membantu pun dalam Episod 1 ni kan? Sebab saja Allah nak simpan tenaga dia untuk Episod 2 dan 3 kot)

So aku pun cerita lah A sampai Z apa yang aku cuba maksudkan pagi tadi tu. Aku menapak dari penghujung jalan besar dan masuk ke jalan kecik. Mula mula elok je diorang beriringan dengan aku. Ada lah jugak share cahaya dari lampu kereta tu ke lorong jalan kecik tu. Tetiba tak semena abg Man pecut. Siap hon dan angkat tangan lagi. Selamba je blah tinggalkan aku meraba dalam kegelapan.

Masa tu masing masing buat muka pelik. Aku tak syak apa apa lagi time tu. Just geram sikit dan saja je nak sindir sindir diorang. Bukan simpan dalam hati sangat pun.

Tadi verse dari mata kepala aku. Ini pulak cerita dari mata kepala diorang bertiga dalam kereta lepas hantar aku balik tu.

Ceritanya masa abg Man melintasi rumah aku dari simpang nak ke penghujung jalan besar, dia toleh ke rumah aku nampak terang benderang. Kemudian abg Man nampak ayah aku kat parking kereta. Dalam keadaan tengah buat something. Masa tu enjin motor dihidupkan. So nampak lah cahaya lampu motor tu menerangi kawasan tu. Ayah aku berpakaian macam orang baru balik masjid kata diorang!

Yelah. Memang logik lah. Pukul 6pagi, terdetik dalam hati mungkin ayah aku ni baru balik dari masjid. Then dia follow sekerat jalan tu pun sebab BF aku yang suruh. Dah nak sampai separuh jalan lagi, diorang nampak ayah aku still kat parking motor tengah tolak tolak motor yang enjin masih hidup tu. Diorang pun terus jalan lah, sebab fikir ayah aku ada kat luar dah, apa nak takut. Sepanjang jalan aku tu pun diorang tengok terang benderang!

Eh. What the...

Masa tu aku terperanjat, tersentak, terkejut dan macam macam ter lagi lah. Mula mula aku anggap diorang saja reka alasan. Sebab nak sejukkan hati aku. Tapi bila tengok abg Man mati mati kata dia tak tipu. Nak taknak aku kena percaya..

Ada banyak persoalan tak logik dari apa yang diorang nampak subuh tu :

1. Masa aku sampai depan pintu, aku kena tunggu 5minit baru mak aku bukak pintu. Luar dan dalam rumah gelap gelita. Parents aku terlajak tidur. Diorang berdua je kat rumah. Siapa kat luar berbaju macam orang baru balik masjid tu?
2. Weekdays ayah aku jarang jemaah. Selalu solat kat rumah je. Pusing ikut mana pun memang tak logik ayah aku ke masjid pagi tu.
3. Jalan kecik yang aku harus menapak tu memang tak pernah ada lampu jalan! Cuma jalan besar je ada lampu jalan. Tapi diorang ni kata jalan tu terang benderang. Aku berjalan dibawah lampu!
4. Abg Man specify kan motor ayah aku yang dia nampak subuh tu adalah Honda EX5. Allah, selama hidup tak pernah ada motor EX5 kat rumah aku kot! Bukan berlagak. Tapi ayah aku badan macam komando, mana sesuai naik motor kecik!

Lepas aku cerita semua persoalan tu diorang diam je. Start dah rasa tak sedap hati. Tapi kitorang teruskan jugak perjalanan ke Penang. Nak makan makan tepi laut punya pasal. Rupanya itulah permulaan igauan ngeri kitorang berempat tahun tu.

Bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-11-2016 05:08 AM
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part I )

HARI KEDUA

TT cepat sambunggggg.  X sabar nak tahu nih.   
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-11-2016 12:47 AM
Tq sudi luang masa kat thread ni   

Banyak jugak retis retis Malaysia lahir di Perak.

aah, die cakap utara pekat sgt. tapi bila kat kl cakap kl la cuma balik kg tu cakap utara. dgn family cakap bahasa banjar. tercengang je bila dgr die cakap. rasa cam kat dunia lain  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa, macam, meroyan, pulak, tggu cerita, TT.    Boleh, tak, pendekkan, dari, 3 --> 2 hari? Pleeeeeeeeeeeeeeaseee. Hahaha. Nampaktak,  desparatenyaa,?

*maafkans, sy! Hp, tetbaaaaaa, ja, problem. Space takleh, nak, tekannnn!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 10:58 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-11-2016 01:08 PM
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part I )

HARI KEDUA

wallaweyyyy...best!! cepat2 sambung tt tazabarrrr nih..hihihihi

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 02:25 PM | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 1 )

Cerita kali ni agak panjang sikit. Sebab melibatkan 3hari berturut turut. Kejadian berlaku sekitar Bandaraya Ipoh. Aku akan update satu episod bersamaan satu hari. Sampailah habis 3 episod bersamaan 3hari. Supaya korang tak penat baca berjela jela. Aku kan jenis tak reti memendekkan cerita. LOL.



Hari lain dah nie, mohon adik TT sambung cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 03:54 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-11-2016 12:37 AM
Alhamdulillah. Jangan dilayan perasaan mu kak   

Baca cerita dalam forum ni, anggap hiburan j ...

Hahahah! idok ler dik tt...kan dah cuti sekolah, ambik anak hakak kat mrsm pasir salak. Singgah ke parit, anak yg sulong kat mrsm parit, ambik brg dia bwk balik. Selasa ni hakak merempit ke parit lagi ler bawak blk kakaknya pulak..baru abis spm kannn...haihhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 9 : IPOH ( Episod 2 : Part II )

Harini actually my birthday. Tetiba pulak boleh demam. Tapi aku gagahkan jugak lah menaip cerita ni untuk korang. Kalau aku terkadang lambat update tu, hope korang faham k. Sebab satu cerita yang korang baca tak sampai 5minit tu, aku ambik masa paling sekejap 3jam untuk menaip.

Nak mengingat plot, mengingat situation dan nak menterjemah dalam bentuk ayat lalu disusun dalam satu cerita. Aku jugak bukan office lady. Punca rezeki aku bukanlah di dalam office yang membolehkan aku update cerita dengan kerap. Dan diharap korang juga tak menjangkakan kemunculan hantu dalam setiap part. Mungkin sesatu part tu aku update untuk beri korang details yang berguna untuk korang memahami keseluruhan jalan cerita dalam kisah tu.

------------------------------------------

( Sambungan HARI KEDUA )

Perjalanan kitorang dari Ipoh ke Penang bermula selepas Maghrib. Lepas je RNR Sg Perak, hujan turun lebat selebat lebatnya sepanjang jalan. Suasana dalam kereta senyap sunyi, semua layan phone masing masing sebab nak berbual pun tak berapa dengar. Baik lah membatu je.

Long story short, Dalam pukul 9:45malam tiba lah kitorang di satu port makan tepi laut. Ramai sangat orang, semua cakap utara. Ada Pasembor, ada kerang bakar ada Yong Tau Fu, macam macam lagi lah. Aku dah tak berapa ingat tempat tu sebab malam satu hal, bukan aku drive dan ada kenangan pahit lagi satu hal. Kitorang masuk Penang pun gamble je pakai Waze. Cari port makan pun pakai Waze. Waze tu ibarat nyawa kitorang dah malam tu.

Lepas makan kitorang lepak lepak kat tepi laut jugak lagi. Dia ala ala Lumut, Perak. Aku tak tau apa nama tempat tu. Masih lagi tepi pantai. Ramai gila orang kat situ okay. Ada Buskers, ada gerai jual Ice-cream Pasu dan ramai jugak family beriadah kat situ. Ni cerita bertahun tahun sudah. Time Ice-cream Pasu tengah in-trend. Aku still simpan lagi gambar kitorang berempat duduk atas tebing tepi laut tu. Tapi tak boleh upload lah. Kantoi pulak identiti aku nanti.

Tempat tu tak silap aku memang top dan must visit places, sebab kitorang ada jugak jumpa retis kat sana. Antaranya pelawak Mamu tu. Fuhh tak sombong okay. P.A diorang siap offer nak ambik kan gambar kitorang dengan diorang. Pun aku simpan lagi gambar tu. *gelak tutup mulut*

Then kitorang meneruskan aktiviti meneroka Penang menggunakan Waze. Pada kitorang Penang tak jauh beza suasana nya dengan Ipoh. Sama je hiruk pikuk nya. Ada mat motor, kesibukan jalan dan ada pemandangan gerai tepi jalan. Aku suka tempat macam ni. Tapi maintenance Penang mahal sikit lah dari Ipoh.

Kak Ina jadi juru'Waze' pada malam tu. Diorang pernah kot datang Penang tu few times tapi tak ingat sangat jalan. Aku pun pernah pergi. Tapi sekali je, tu pun time konvoi club Motor Ninja Utara 2 years before. Nama pun konvoi, follow orang, so tak ingat lah jalan. Malam pulak tu, sebab diorang buat event BBQ tepi laut.

Sampai kat satu hotel yang tersergam indah, abg Man berhentikan kereta. Hotel tu kat sebelah kanan kereta.

"Ai, takkan check-in kot bang? Kitorang ni belum kahwin!"

Aku bersuara. Dan dibalas Kak Ina dalam nada sindiran.

"Belah kiri lah tengok! Bukan belah kanan!"

Alahai. Ada pantai ke. Macam mana lah boleh tak perasan ada hotel kat tepi pantai. Aku boleh tak perasan sebab khusyuk mengadap phone je. Hotel ni berdiri gah menghadap pantai. Dan macam biasa, aku dah lupa apa nama pantai tu.

Tak ramai yang melepak kat situ. Tapi sebelum kitorang keluar kereta, ada satu family melayu ni duduk hirup angin laut duduk kat tepi tebing. Lepas je kitorang keluar, diorang pun dah beransur balik.

Kitorang pun apalagi, ambik lah pulak port family tu tadi. Dah tentu bersih tempat tu kan. Sebab pakcik tu satu family macam alim alim sikit. Aku assume diorang pun mesti orang luar.

Sebab apa aku cakap dah tentu bersih? Aku ni perfectionist sikit. Orang lain kata banyak, tapi entah lah. Tapi aku mengaku, sikap teliti melampau aku ni, sampai dah nak menginjak 30an tak lama lagi pun still lagi ada. Masa kecik aku ada OCD. Obsessive Compulsive Disorder. Kalau aku silap eja, betulkan ye.

Masa zaman sekolah, kalau aku masak, ada benda asing termasuk dalam masakan, contoh paper ke termasuk sikit, satu periuk tu aku buang. Sepatutnya buang yang part termasuk paper tu je lah kan. Kalau aku makan keropok, aku takkan kongsi dengan orang lain. Bukan sebab kedekut, tapi sebab aku dah sentuh keropok tu dengan jari. Aku fikir, kalau orang lain termakan keropok yang terkena jari tu, dia akan mati. So aku jarang kongsi makanan dengan orang dan jarang jugak kacau makanan orang. Teruk kan?

Mula mula aku ingat aku sorang je ada masalah macam ni. Haritu aku tengok Sembang Pacak episod Farahdhiya. Rupanya si Farah ni sama macam aku. Manusia cepat potong. Sebab tu dia sampai sekarang takda buah hati. Dia jenis cepat geli.

*Farahdhiya, is it how you feel? Coz I feel you girl*

Senang cakap aku ni manusia cerewet dan teliti yang berlebihan. Aku notice banyak benda yang orang tak perasan. Aku benci jugak kadang kadang dengan diri aku, tapi apa boleh buat. Ada lah kot sebab Allah bagi aku kelebihan / kekurangan ni.

Sikap teliti aku ni lah yang telah membantu kitorang dalam part III nanti. Sorry ye, terpanjang pula cerita. Saja nak bagi korang faham je.

( Back to story )

So masa duduk duduk tu kitorang layan angin malam. Dah 12:00malam dah masa tu. Kira nya consider angin tengah malam ke macam mana eh? Memang sejuk masa tu. Muka kitorang menghadap hotel dan membelakangkan laut. Tak lama kemudian ada 4-5biji budak Ninja Utara naik Double R singgah lepak tak jauh dari kitorang. Diorang perhati je kitorang dari jauh.

"Apa bau busuk ni?"

Hidung aku tertangkap satu bau busuk. Macam bau bangkai pun ada. Mula mula diorang tak cium, lama baru diorang terbau. Semua pun start mencari cari mana lah datang bau busuk tu. Aku dengan BF gigih lah sampai turun dari tebing tu dan menyelusuri tepi tebing tu, which is pantai berpasir untuk cari punca bau tu.

"Ada lah ni binatang mati kat mana mana"

Abg Man bersuara dari atas tebing.

Aku pun tak faham motif aku dan BF aku sampai turun dari tebing mencari mana datang bau tu. Masa kitorang berjalan tepi tebing tu mat mat motor tu usha pelik je dari jauh. Tak tahu lah apa yang pelik. Orang Penang tak turun tebing tu ke macam mana?

"Dah lah woi. Jom balik Ipoh...!"

Jeritan Kak Ina kedengaran dari dalam kereta. Entah bila masa Kak Ina tu dah masuk kereta tak tahu lah. Abg Man cakap Kak Ina pening kepala. Sebab tu masuk kereta awal. So aku dengan BF aku ni berlari lari bertolak tolak nak masuk kereta. Saja je buat perangai gedik kat negeri orang. Aceceh!

"Kita nak balik ikut mana ni?"

BF aku yang takda dialog sekian lama. Ada jugak skrip akhirnya!

"Ikut jambatan baru nak? Bila lagi nak merasa. Bukan selalu datang sini"

Abg Man menyarankan melalui Jambatan Pulau Pinang Kedua. Masa tu tak sampai sebulan lagi rasanya pembukaan pada orang awam. Rumours ada Pocong atas jambatan, langsung tak menjejaskan niatnya.

"Alah pakai Waze je! Dia tahu lah mana nak bawak kita"

Kak Ina bersuara pulak. Kitorang angguk kan je lah. Ikut je kata orang tua. Eh?

So perjalanan pulang ke Ipoh bermula sekitar 12:30tengah malam. Semata mata berpandukan Waze. Komunikasi kurang baik antara pembaca Waze dan pemandu kereta menyebabkan kitorang pergi entah kemana mana.

Mula mula elok je Waze bawak kitorang kat kawasan pekan, tak lama kemudian dah melalut lalut jalan nya. Jalan makin sempit. Bangunan tinggi dah tak ada. Pokok pokok makin banyak.

Waze kata nak ke jambatan baru tu dalam 20minit. Tapi tu dah dekat setengah jam tak jumpa jugak. Kitorang siap masuk kawasan sunyi lagi. Sebab tu aku cakap komunikasi tak betul. Waze tak mungkin lah salah. Heh.

Jam dah hampir 1pagi. Abg Man dah stress bila Waze bawak kitorang masuk ke kawasan kilang. Kitorang tak tahu apa nama kawasan kilang tu. Tapi nampak macam kawasan perindustrian berat juga lah. Kehulu kehilir Abg Man cuba cari jalan sampai lah kereta menuju ke jalan mati.

"Ish! Apa Waze ni!"

Marah Kak Ina pada Samsung S5 nya yang tidak bernyawa.

"Takpa. Kita pusing balik. Abang rasa kita sepatutnya straight tadi. Bukan masuk simpang ni"

Abg Man cuba meng-cool-kan keadaan. Abg Man memang seorang yang cool. Vice Versa dengan Kak Ina, yakni isteri nya yang sah.

Tengah abg Man cuba keluar dari jalan mati tu, BF aku terlompat lompat kelam kabut tarik dan tepuk kedua bahu Abg Man dari belakang. Macam kena sampuk je.

"Abang abang! Berhenti! berhenti abang!"

Terus Abg Man tekan brake dituruti BF aku bukak pintu dan terjun dari kereta sambil berlari ke longkang kilang berdekatan. Kitorang semua berpandangan dalam kereta.

"Ko pergi tengok. Apahal pulak laki ko tu?"

Pasangan sudah berkahwin di kerusi hadapan memberikan cadangan.

Aku terus keluar dari kereta dan berlari ke arah BF aku. Aku tengok dia muntah air. Bukan muntah makanan. Lama jugak lah dia muntah. Aku tanya kenapa, langsung tak berjawab. Dia cuma geleng gelengkan kepala je.

Lepas dah agak lega, aku papah BF aku menuju ke kereta balik. Dah lah beza tinggi kami lebih dari satu pembaris pendek. Entah siapa yang papah siapa, aku pun tak tahu.

"Ada benda nak kacau kita ni..."

Perlahan je BF aku berbisik bilamana hampir sampai ke kereta. Dalam hati aku. Alamak, apa benda pulak ni. Dah lah jauh lagi nak balik Ipoh. Beratus kilo lagi kot.

"Ish. Awak pening je tu. Kan kita sesat berpusing pusing dari tadi tak jumpa jalan"

Aku cuba mem-positif-kan BF aku. Walaupun aku sendiri dah ada caj caj negatif menerawang di lubuk sanubari.

Masuk je kereta, terus Abg Man dan Kak Ina tanya serentak.

"Okay tak ni ko? Pening jalan berpusing kot"

"Kejap lagi, In Shaa Allah dapat jalan keluar. Kita cuba"

Dan seperti yang dijangka, setiap kepahitan ada kemanisan nya. Dan setiap dugaan ada jalan keluar nya. Tak sampai 10minit kitorang ikhtiar cari jalan, terus je sampai jambatan kedua tu. Wuuuu. Berhuhu lah kitorang dalam kereta pulang menuju ke Ipoh. Padahal kalau difikirkan logik, dari awal lagi kitorang akan jumpa jambatan tu, tapi Waze gila kata diorang.

Dalam kereta sempat juga Abg Man cerita pengalaman awek Tol Gate Girl kena sakat kat tol jambatan tu. Siot je. Tengah tengah laut dia pergi bukak cerita tu. Dah lah kereta kitorang je sebatang kera atas jambatan kedua tu. Hangin betul aku. Dah  pukul 1pagi ++. Perjalanan kitorang lancar sepanjang perjalanan pulang. Kitorang sampai Ipoh lebih kurang 2pagi ++. Terus melepak dengan geng kitorang yang tengah meniaga kat Ipoh.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 27-11-2016 04:32 PM
TT cepat sambunggggg.  X sabar nak tahu nih.

Hi. Dah sambung episod 2 : part II  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aenaja replied at 27-11-2016 05:39 PM
aah, die cakap utara pekat sgt. tapi bila kat kl cakap kl la cuma balik kg tu cakap utara. dgn fam ...

Uiks. Boleh eh orang utaqa cakap KL? Jarang dengar. Sebab bunyi jugak baku diorang tu  

Tapi saya suka dengar orang utaqa bercakap. Lancar je bunyi. Takda sangkut2.

Awak belum dengar orang banjar bercakap lagi. Mesti pening kepala awak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
botol.susu replied at 27-11-2016 09:14 PM
Rasa, macam, meroyan, pulak, tggu cerita, TT.    Boleh, tak, pendekkan, dari, 3 --> 2 hari? Pleeeeee ...

Hai. Dah update part II.

Kalau pendekkan nanti jadi sampai tak sampai je pulak cane  

Ada episod 2 : Part III dan episod 3 je lagi untuk kisah ni.

Panjang sikit sebab saya yang mengalami nya. Habis A sampai Z saya nak cerita kat forumer    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
afira replied at 28-11-2016 10:58 AM
wallaweyyyy...best!! cepat2 sambung tt tazabarrrr nih..hihihihi

Dah sambung dah part II sis    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 28-11-2016 02:25 PM
KISAH 9 : IPOH ( Episod 1 )

Cerita kali ni agak panjang sikit. Sebab melibatkan 3hari berturut t ...

Hai sis Zameyla. Sis ni mesti gabung nama dgn husben kan  

Dah update dah part II kat atas ni  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.761315 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list