Pelakon Zahirah Macwilson sedikit pun tidak berminat menjadikan gosip cinta bagi melariskan mana-mana drama dibintanginya.
Zahirah berkata, menerusi drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang menggandingkannya dengan Syafiq Kyle baru-baru ini menjadi bukti dia berjaya menambat hati penonton tanpa perlu menjaja kisah cinta lokasi.
“Saya dan Syafiq sangat profesional di lokasi penggambaran. Drama ini adalah gandingan pertama saya dengan Syafiq. Saya tak sangka ia menjadi perhatian dan menjadi trending di Twitter hampir setiap hari.
“Saya juga gembira apabila nama kami tidak dikaitkan sebarang gosip cinta dan masih ramai orang memberi reaksi yang gandingan kami berjaya membuatkan mereka terpikat dengan Tak Ada Cinta Sepertimu.
“Saya gembira kerana tak perlu ada sebarang gosip cinta untuk ‘menjual’ drama bersiri ini. Alhamdulillah, drama ini berjaya meniti bibir peminat dan ramai yang mahukan gandingan kami untuk projek lain selepas ini,” katanya.
Zahirah ketika ditemui pada majlis pelancaran barangan kemas Tous di Putrajaya, baru-baru ini mengaku tidak kisah bergandingan dengan mana-mana hero asalkan naskhah yang ditawarkan mempunyai kualiti dan mampu mewarnai portfolio seninya.
“Alhamdulillah, tahun ini bermula dengan baik. Saya bersyukur kehadiran diterima ramai dan mendapat tawaran demi tawaran.
“Saya tidak akan berhenti berusaha dan mahu terus memilih watak yang berkualiti untuk dijayakan. Saya juga tak kisah bergandingan dengan mana-mana hero, asalkan karakter yang dijayakan itu mampu mencantikkan profil sebagai seorang pelakon,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zahirah sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Benci Cintaku terbitan Suhan Movies.
Drama itu dijangka menemui penonton slot Akasia, terbitan TV3, Jun depan.
Ia menyaksikan Zahirah digandingkan bersama Saharul Ridzwan dan turut menjalani penggambaran beberapa babak di Perth, Australia.
Post time 23-5-2018 06:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by hijau88 at 23-5-2018 07:13 PM
melnanzz replied at 23-5-2018 05:41 PM
waaah... bestnya! So looking forward to telemovie ni... Haruslah bukak benang baru
X byk info n pic lgi psl ni. Kat igs SK yg share boomerang ZM n rosyam nor.
Nasib baik confirm dorg berlakon sama coz ZM ada bgtau yg dia akan berlakon tele ni bsama SK, RN n ADP.
Aku takut je x jdi ye la SK bz bebenor smpi ada tele x jdi kan. Nasib baik jadi.
Post time 26-5-2018 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jijana replied at 26-5-2018 12:07 PM
SK x masuk set MMP raya ke?
Tup tup berlakon ngan ZM lg..iols is suke.
X sabar nak record citer m ...
MMP raya X jd kot ye? Nampak kat ig fans MMP mcm bengang je. Aku jenis yg rajin baca komen. Nak tergelak gak la ada fans MMP yg bitter ni komen ZMSK xde chemistry. Diorg ni saba je la X lama lg kan keluar movie langsuir Tu. Masa tu tgk la SKHD puas2.
Aku suka Suhan movie suka amik ZM belakon. Untuk Mentari ni siap belakon ngan bos lagi. Harap2 Suhan notice la yg fans nak sambungan TACS.
Post time 27-5-2018 02:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
monitor4 replied at 26-5-2018 03:15 PM
MMP raya X jd kot ye? Nampak kat ig fans MMP mcm bengang je. Aku jenis yg rajin baca komen. Nak te ...
Iols pun suka ZM byk berlakon under Suhan..leh jadik next erra yg byk berlakon under skop..next ND under mig..tp ZM one level up sbb pakej yg dia ada x sama cam artis lain..