CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 13-7-2018 09:22 AM | Show all posts
jue10 replied at 12-7-2018 11:32 AM
tmbh lg baby yg mati semasa dlm jagaan pengasuh tp xtau punca lg

Terlampau banyak kan? Ada yg tak masuk media pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 11:13 PM | Show all posts
4 hari ambik masa utk baca ni... Tq byk info
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 03:14 PM | Show all posts
jue10 replied at 11-7-2018 03:19 PM
sp rajin msukkn la psl:
bdk2 tahfiz
baby adam rayqal

adik hakim ni yg kes mana eh?
yg mak dia dera tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 05:15 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 23-7-2018 03:14 PM
adik hakim ni yg kes mana eh?
yg mak dia dera tu ke

aah btl  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:06 PM | Show all posts
mengantuk.. semoga baca kisah2 kat sini n sambil minum kopi bole la hilang mengantuk~
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 03:43 PM | Show all posts
lama syd x update benang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2018 01:45 PM | Show all posts
lama gila tak update neh.

dari mana laa nak start nih.

kena check laa bila last tepek news kat sini.


Mohon sudi jugak baca ya Dr @ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:57 PM | Show all posts
Syd replied at 16-10-2018 01:45 PM
lama gila tak update neh.

dari mana laa nak start nih.

sambung lah Syd..rindu kat awak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 04:31 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 17-10-2018 04:32 AM
Syd replied at 16-10-2018 01:45 PM
lama gila tak update neh.

dari mana laa nak start nih.

terima kasih kerana tag sy syddulu selalu baca
tak tahu lak syd yg bukak thread nye
ye lah, sapa lagi kalau org tak sefemes yang mampu bukak

jap nak tgk balik apa yg sy pernah baca dulu2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2018 06:02 PM | Show all posts
puteribaya replied at 16-10-2018 03:57 PM
sambung lah Syd..rindu kat awak



ye ye.

nanti i baca dulu i berhenti dulu tahun berapa.

haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:57 AM | Show all posts
Syd replied at 17-10-2018 06:02 PM
ye ye.

nanti i baca dulu i berhenti dulu tahun berapa.

itu x penting ..yang penting you continue..wlau same case tapi kalu storitelling nyer lain..bole jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 10:04 AM | Show all posts
puteribaya replied at 19-10-2018 09:57 AM
itu x penting ..yang penting you continue..wlau same case tapi kalu storitelling nyer lain..bole j ...

baiklah.

satu hari satu kes update pung ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:15 AM | Show all posts
Syd replied at 19-10-2018 10:04 AM
baiklah.

satu hari satu kes update pung ok kot

wow..that's great..tapi bole ke tu..go go go Syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 01:21 PM | Show all posts









3 beranak lemas, 1 masih hilang

ARAU: “Mereka turun dari teksi tiga kilometer (km) dari rumah saudara terdekat, selepas itu mereka hilang sebelum ditemui lemas,” kata Norhan Abdullah, anak saudara kepada Normah Pin, 64, seorang daripada tiga beranak yang lemas di Sungai Tambun Tulang, di sini, pagi tadi.

Selain Normah, suaminya, Baharom Ahmad, 66, dan anak mereka Norzalina, 35, turut ditemui lemas antara jam 9 pagi dan 1 tengah hari tadi di Sungai Arau, manakala seorang lagi anaknya, Mohd Zali, 37, masih belum ditemui.

Norhan berkata, empat beranak yang sebelum ini tinggal di Sungai Petani, Kedah, kerap pulang ke Kampung Belat Batu, di sini, untuk melawat saudara mara mereka.

“Cuma kali ini pelik sedikit sebab mereka turun dari teksi jauh sangat. Anak saya perasan mereka berempat berjalan dan sempat menegur mereka tetapi sekadar tegur dari atas motosikal.

“Itu kali terakhir mereka dilihat. Kami hanya tahu mereka meninggal dunia selepas dimaklumkan orang kampung,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd ketika dihubungi, mengesahkan kejadian lemas yang berlaku ke atas keluarga berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9 pagi tadi memaklumkan terjumpa dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan mayat Norzalina ditemui di Sungai Arau.

“Mayat Baharom kemudian ditemui pada jam 1 tengah hari beberapa kilometer dari tempat anak perempuannya ditemui.

“Manakala anak lelaki sulungnya masih belum ditemui dengan operasi mencari masih dilakukan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata, semua mayat ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan yang membawa kepada unsur jenayah.

“Setakat ini kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti situasi sebenar yang menjadi punca kematian mereka sekeluarga.

“Semua mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu di Sungai Petani, tinjauan di rumah mangsa di Taman Seruling, mendapati mereka sudah tidak menetap di kediaman itu selepas dikatakan berpindah sejak Oktober tahun lalu.

Seorang jiran dikenali sebagai Syukri, 43, berkata penduduk taman hanya mengenali Baharom yang dipanggil sebagai Pak Long kerana kerap ditemui di masjid.

“Kami memang tidak begitu rapat kerana mereka tidak suka bercampur dengan jiran tetangga, hanya Pak Long sahaja kerap ke masjid, namun dia juga tidak banyak bercakap dengan jemaah lain.

“Pak Long memang orang lama di sini dan dia berasal dari Perlis. Tetapi Oktober lepas mereka berpindah ke tempat lain selepas rumahnya dilelong bank.

“Saya tidak tahu mereka berpindah ke mana, ada yang kata mereka berpindah ke Taman Puteri Jaya dan terbaru katanya mereka tinggal di Taman Ria Jaya,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 01:23 PM | Show all posts
■UPDATE KEDUA■
Polis rungkai misteri kematian kes mati lemas tiga sekeluarga

KANGAR 19 Okt. - Polis berjaya merungkai misteri kes mati lemas yang membabitkan tiga sekeluarga di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat dekat Arau, semalam, dalam tempoh kurang 24 jam.

Kes tersebut dirungkai ekoran kepantasan pihak polis menahan seorang lelaki yang merupakan ahli keluarga kepada ketiga-tiga mangsa di Sungai Petani, Kedah, semalam, yang sebelum itu dikatakan turut mati lemas

Sehingga kini, berdasarkan hasil rakaman percakapan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu, dia dikatakan cuba membunuh diri bersama ahli-ahli keluarganya tersebut.

Menurut Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd., kesemua mereka meminum racun sebelum terjun ke dalam sungai di kawasan kejadian pada pukul 2.45 pagi.

Katanya, lelaki berkenaan walau bagaimanapun membatalkan hasratnya dan berenang semula ke tebing sebelum ke Sungai Petani, lokasi dia diberkas polis kira-kira pukul 10 malam.

“Kesemua ahli keluarga itu yang datang ke kawasan berkenaan dengan menaiki kereta api dari Sungai Petani, memilih lokasi tersebut kerana merupakan kampung kelahiran kepada ibunya yang berusia 64 tahun.

“Motif membunuh diri adalah disebabkan ekoran tekanan perasaan akibat masalah hutang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes lemas tersebut.

Lelaki terbabit dilihat hadir di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 10 pagi sambil diiringi dua pegawai polis dalam keadaan berpakaian lokap dan bergari.

Perintah tahanan reman itu diperoleh daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Dia disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian.

Semalam, akhbar melaporkan tiga mayat sekeluarga dipercayai mati lemas ditemukan di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat.

Mayat pertama, Norzalina Baharom, 35, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di Sungai Arau, Kampung Belat Batu di sini, kira-kira pukul 9 pagi.

Tidak lama selepas itu, mayat kedua iaitu Norma Pin, 64, ditemukan oleh orang awam di Sungai Tambun Tulang di sini iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mangsa pertama.

Tiga jam kemudian iaitu kira-kira pukul 12 tengah hari, mayat suami kepada Norma, Baharom Ahmad, 66, pula ditemukan di pintu tali air B, Sungai Tambun Tulang berhampiran Kampung Che Ok, Simpang Empat.

Berikutan itu, pasukan penyelamat mempergiatkan usaha mencari Mohd. Zali yang dikatakan bersama keluarganya itu berdasarkan kepada penemuan kad pengenalan kesemua empat individu itu di lokasi mayat pertama ditemukan.

Walau bagaimanapun kejadian itu menimbulkan misteri apabila lelaki yang disangka mati lemas bersama-sama ahli keluarganya, dijumpai masih hidup di Sungai Petani, Kedah, kira-kira pukul 10 malam. - UTUSAN ONLINE

Sharilfuddin Saari
19 Oktober 2018 12:01 PM
-----------------
Misteri penemuan mayat tiga sekeluarga di Perlis memasuki episod baharu

ARAU 19 Okt. - Misteri penemuan mayat tiga sekeluarga yang dipercayai mati lemas di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di sini semalam memasuki episod baharu, apabila seorang lagi mangsa yang dikatakan hilang bersama mereka sebelum itu ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Petani, Kedah.

Perkara itu disahkan oleh bomba negeri ini dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Maklumat terbaru yang diterima, operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang telah dijumpai di Sungai Petani dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan lelaki itu ditahan polis di Taman Ria Sungai Petani bagi membantu siasatan.

Situasi berkenaan ternyata menimbulkan persoalan selepas lelaki tersebut, Mohd. Zali Baharom,37, pada masa kejadian itu dikatakan bersama keluarganya sebelum mereka dipercayai tergelincir semasa melalui tebing sebatang tali air di kawasan Belat Batu pada Selasa.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, tiga mayat sekeluarga dipercayai mati lemas ditemukan di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat.

Mayat pertama, Norzalina Baharom, 35, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di Sungai Arau, Kampung Belat Batu di sini, kira-kira pukul 9 pagi.

Tidak lama selepas itu, mayat kedua iaitu Norma Pin,64, ditemukan oleh orang awam di Sungai Tambun Tulang di sini iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mangsa pertama.

Tiga jam kemudian iaitu kira-kira pukul 12 tengah hari, mayat suami kepada Norma, Baharom Ahmad,66, pula ditemukan di pintu tali air B, Sungai Tambun Tulang berhampiran Kampung Che Ok, Simpang Empat.

Berikutan itu, pasukan penyelamat mempergiatkan usaha mencari Mohd. Zali yang dikatakan bersama keluarganya itu berdasarkan kepada penemuan kad pengenalan kesemua empat individu itu di lokasi mayat pertama ditemukan.

Malah, seorang saksi yang juga saudara mangsa ketika memberi keterangan kepada polis memaklumkan bahawa dia ternampak kesemua mereka sedang berjalan kaki di jalan Kampung Bakong kira-kira pukul 6 petang pada Selasa lalu.- UTUSAN ONLINE




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 01:24 PM | Show all posts
[UPDATE] Tiga beranak minum racun sebelum terjun

TIGA beranak yang lemas di Sungai Arau semalam, dipercayai bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berkenaan akibat tekanan hutang.

Perkara itu berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas dia ditahan semalam di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, penahanan lelaki berusia 37 tahun itu dilakukan di restoran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, kira-kira 10 malam selepas polis mendapat maklumat awam.

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki terbabit, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

"Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.

"Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Mushar berkata, berikutan itu lelaki berkenaan direman bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarga berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian," katanya.

Semalam NSTP melaporkan mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di dalam sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Tiga beranak berkenaan kali terakhir dilihat saudara mereka sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang.

Dziyaul Afnan Abdul Rahman
cnews@nstp.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2018 01:24 PM | Show all posts
puteribaya replied at 19-10-2018 10:15 AM
wow..that's great..tapi bole ke tu..go go go Syd

dah start nih sambung.

tapi i terus sambung yang ni hari dulu ya.

then baru la i cari kes-kes yang sebelum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 01:30 PM | Show all posts
Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
Diterbitkan pada September 04, 2018

Kes kematian diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
KES kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada 14 Jun lalu telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terkini, tempoh reman isteri Allahyarham Nazrin disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes kematian suaminya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 01:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:43 PM | Show all posts

apalah masalah dalaman mereka sampai berbunuh2..dah hilangkah iman dan akal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.086352 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list