|
oleh Adib Za
Bagi mereka yang mahu berhenti merokok, terdapat banyak tip yang diberikan, betul?
Namun, apa kata anda cuba tip yang satu ini. Seorang netizen berkongsi cara dia berhenti menghisap rokok dan juga vape dengan menggunakan cuka epal.
Sebenarnya cuka epal itu sendiri terlalu banyak kelebihan kepada kesihatan termasuklah merendahkan kolestrol, menurunkan berat badan, menyingkirkan asid urik, melancarkan penghadaman, mengawal gula dalam darah dan sebagainya.
Sumber foto: My Media Hub
Terbaru, ia juga diketahui mampu membuatkan seseorang itu berhenti merokok dengan melazimi minum cuka ini bersama air. Anda juga boleh berkumur menggunakan cuka epal ini dengan mencampurkannya dengan air suam.
Dengan harga yang murah, senang didapati di farmasi atau kiosk makanan Arab, jadi apa lagi alasan untuk tidak mencubanya?
Caranya: Campurkan 3 sudu cuka ke dalam segelas air suam. Minum atau kumur-kumur. Lazimi setiap hari. Selamat mencuba! - CARI Infonet
|
|