CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4414|Reply: 5

Memori Raya: Bila Dapur Dah Berasap, Maksudnya Mak Nak Buat Bahulu

[Copy link]
Post time 17-6-2016 03:23 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Bila bercakap tentang nostalgia raya, penulis teringat waktu kecil dahulu ibu sering menyediakan kuih bahulu dengan cara tradisional.


Ya, sehingga kini pun ibu masih lagi membuat kuih bahulu, tapi jika diingatkan memang berbeza dan memori sangat cara penyediaannya dulu-dulu.


Kuih bahulu dulu kala dibakar dalam bekas atau acuan yang diletakkan atas bara api. Selalunya mengguna sabut kelapa dan juga arang untuk membiarkan bahulu dimasak sempurna.


Itu sahaja sudah membuatkan rasa bahulu itu sendiri berbeza dan juga tahan lebih lama. Proses membakar bahulu cara tradisional itu membuatkan bahulu dulu-dulu tahan sehingga 3  hingga 4 bulan. Berbanding bahulu moden, hanya sebulan sahaja tahan dan mudah saja menjadi tengik.





Sumber foto: Blog Nissa287





Kadang kala, bau asap dari bara api itulah yang membuatkan memori  dan rindu terhadap penyediaan kuih bahulu dulu-dulu lebih kuat dan malar segar. Sekarang semua menggunakan ketuhar atau dapur gas, yang tak hasilkan asap.


Lagi comel, acuan bahulu zaman dulu selalunya berbentuk ikan emas dan bukan hanya buah cermai seperti hari ini.


Apa pun, kini bahulu moden sering dijual di kiosk-kiosk yang ada di mana-mana pasaraya. Tak perlu tunggu hari raya. Tapi tetap tak boleh lawan kuih bahulu dahulu kala kan! - CARI Infonet



Sumber foto: Blog aizacake



Sumber foto: Blog Sayangmelaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 04:21 PM | Show all posts
Zaman sekarang banyak yang bakar guna oven je
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 05:06 PM | Show all posts
iols kalau balik kedah, mesti pergi pekan rabu beli bahulu panas pastu trus makan.
sedapnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 11:17 AM | Show all posts
dolu2 iols slalu tlg nenk bakar bahulu cara tradisional..walaupon penat mmg best.
windu zaman2 dolu tlg nenek buat kuih raya...
now dh xbuat cox nenek xlarat huhuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 01:27 PM | Show all posts
missed those days...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 03:17 PM | Show all posts
dulu aruah opah dan wan yg rajin buat dodol, bahulu, lemang semua ni
berasap2 satu rumah
yang kami semua anak cucu pakat cari kayu api
tapi bila mereka dah jadi aruah
tak ada sapa nak buat dah
rumah kg pun dah tinggal kosong
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.522223 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list