CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5278|Reply: 2

11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda

[Copy link]
Post time 20-6-2016 12:24 PM | Show all posts |Read mode
11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik
FacebookTwitter



APAKAH aksesori wajib ada dalam kereta anda? Di bawah ini bukan aksesori ‘suka-suka’ seperti yang anda bayangkan, tetapi 11 jenis barangan yang sangat berguna apabila berlaku situasi mencemaskan di jalan raya. Dengan adanya semua aksesori tersebut, anda bukan saja dapat membantu diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain yang memerlukan.
Jangan terhantuk baru terngadah. Keluarkanlah sedikit bajet untuk melengkapkan aksesori di bawah.
1. LAMPU SULUH

Anda silap besar jika menganggap lampu suluh sudah tidak relevan dengan alasan fungsi tersebut sudah sedia ada dalam telefon bimbit. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, setiap peratus hayat bateri anda adalah sangat bernilai. Jangan bazirkan begitu saja. Tambahan lagi, lampu suluh masa kini dipakejkan dengan pelbagai fungsi lain seperti lampu amaran, tukul cermin dan set perkakas serbaguna. Tidak perlu lampu suluh yang besar, cukup saja bersaiz kecil atau sederhana.
2. TUKUL CERMIN

Tukul cermin memang direka khas untuk memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma sekali hentakan saja dan amat berguna ketika berdepan situasi bahaya seperti kemalangan yang menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka atau kenderaan terhumban ke dalam sungai.
Bahagian cermin sama ada depan, tepi atau belakang adalah ruang paling munasabah untuk meloloskan diri dan mesti dipecahkan. Jangan terpengaruh dengan hero filem aksi yang mampu memecahkan cermin kereta menggunakan cincin, duit syiling atau objek keras lain yang ditemui dalam kereta. Ya, cermin mungkin dapat dipecahkan, tetapi realitinya tidaklah semudah dan sepantas yang anda sangkakan. Jadi, beli dan simpan tukul cermin dalam kereta. Malah, ada sesetengah tukul cermin didatangkan dengan ciri lampu suluh dan set perkakas serbaguna.
3. PEMADAM API

Anda tentu membayangkan pemadam api besi yang berat seperti dilekatkan di dinding premis pejabat dan bangunan tertentu. Sebenarnya, sudah ada banyak pemadam api mudah alih yang dijual di pasaran dengan berat di bawah 1kg dan bersaiz kompak. Aksesori ini bukan sahaja berguna ketika kereta anda terbakar, tetapi boleh juga digunakan untuk membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit kebakaran. Harga boleh dibeli serendah RM50-RM100.
4. KIT PERTOLONGAN CEMAS

Kit ini sudah tentu berguna ketika berlaku kecederaan yang bukan hanya melibatkan kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana harus dituju apabila berlaku kecemasan.
Ada pelbagai jenis kelengakapan dimuatkan dalam kit pertolongan cemas, bergantung kepada saiz. Antara kelengkapan asas ialah pembalut bergulung, kain pengelap, kapas, ubat luka, plaster luka dan gunting. Apabila merancang perjalanan jauh atau bercuti lama, anda boleh masukkan ubatan dan kelengkapan tambahan ke dalam kit ini. Harga bermula serendah RM30 hingga RM200 bergantung kepada kualiti dan jenama tertentu. Pastikan beli bersaiz kompak supaya senang disimpan di dalam kereta.
5. TROLI DAN BEG BELI-BELAH

Sekarang sudah ada pelbagai jenis troli dan beg khas untuk membeli-belah. Ketika negara semakin meningkat maju, kenapa masih terus menggunakan beg plastik? Sayangilah alam sekitar kita untuk generasi akan datang. Anda boleh dapatkan troli beli-belah mudah alih yang ada dijual di kompleks beli-belah dan kedai perkakasan. Selain boleh dilipat dan bersaiz kompak, troli itu juga mempunyai roda. Jadi, anda tidak perlu lagi menyusahkan diri membimbit beg plastik.
Jangan lupa sediakan juga beg bimbit khas bersaiz besar dam sederhana (seperti beg IKEA) dalam kereta. Beg-beg ini boleh diselit dalam troli dan digunakan ketika membeli barangan kecil atau barang basah di pasar. Harga troli boleh dibeli semurah RM40 hingga RM150, manakala beg bimbit serendah RM1!
6. JAKET KESELAMATAN

Jangan ingat jaket keselamatan penting untuk penunggang motosikal sahaja. Pemandu kereta juga perlu memakainya, terutama ketika berlaku kecemasan ketika gelap yang memerlukan mereka berada di luar kereta seperti menukar tayar pancit. Harga bermula RM35. Belilah yang ringan dan mudah disimpan.
7. KON KESELAMATAN

Boleh dibeli sebagai tambahan kepada segitiga reflektor yang dibekalkan pengeluar dalam but kereta. Jika tiada, anda wajib membeli aksesori ini. Sangat berguna ketika kereta terkandas di jalan raya atau berhenti di lorong kecemasan. Ada pelbagai jenis kon kesemasan dijual, tetapi belilah bersaiz kecil dan mudah pasang bagi menjimatkan ruang but.
8. PELOMPAT (JUMPER)

Antara aksesori wajib ada dalam kereta masing-masing. Kegunaan alat ini ialah untuk melompatkan (jumping) kereta yang tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri. Boleh dibeli di kedai aksesori kereta dan stesen minyak berdekatan anda pada harga kira-kira RM50. Ada juga pelompat jenis mudah alih di pasaran, di mana anda boleh melompatkan kereta anda hanya menggunakan bank kuasa (power bank) khas tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Harga dijual kira-kira RM140 ke atas.
9. PELINDUNG MATAHARI

Walaupun kereta bercermin gelap, dapatkan satu untuk kegunaan privasi seperti menyusukan bayi atau berhenti tidur sekejap dalam kereta. Ada bermacam-macam jenis pelindung matahari dijual serendah RM10 per unit. Terpulang kepada anda mahu beli satu atau empat unit. Tetapi ingat, jangan lakukannya untuk hal jenayah dan maksiat! Berdosa tau!
10. AIR MINUMAN 1.5L

Air minuman ini bukanlah khas untuk diminum, tetapi disimpan dalam but kereta untuk digunakan ketika kecemasan. Berharga semurah RM1 dan sangat berguna untuk pelbagai hal kecemasan seperti menambah air dalam radiator yang bocor, membasuh kotoran dalam kereta seperti muntah atau najis bayi, mencuci tangan atau muka, diminum (jika terlalu haus) dan lain-lain. Banyak kegunaan bukan?
11. KERUSI KERETA BAYI/KANAK-KANAK

Ini ialah aksesori wajib beli buat pemandu berkeluarga yang memiliki anak kecil. Harga bermula RM300 hingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada ciri, jenama dan kualiti. Terpulanglah kepada bajet anda untuk beli yang mana satu. Apa yang pasti, anda mesti dapatkannya buat si kecil tersayang.

INFOGRAFIK
Muat turun infografik di bawah ke dalam telefon bimbit anda sebagai panduan. Jangan lupa lengkapkan senarai aksesori di bawah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 04:26 PM | Show all posts
sebelum tu, tukar sportrim dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 10:18 AM | Show all posts
ubat lipas jgn lupa. especially pada yang anak anak2 kecik yg suka makan dlm kereta. pakai serai wangi pon boleh. tak pon spray serai wangi afee haniff tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 1.003931 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list