Oleh Izzah Abbasy
Siapa kata lelaki mudah sahaja yang boleh tampak 'sado' atau bertubuh kekar? Lelaki berusia yang juga datuk hipster yang 'cool' ini mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk anda kekal sihat, tampan dan kuat!
Percaya atau tidak jika kami katakan lelaki yang anda lihat ini sudah berumur 54 tahun. Ya, 54 tahun. Lelaki tampan ini dikenali sebagai Irvin Randle seorang guru di Houston, Texas, dan beliau juga merupakan seorang model pakaian yang cukup pandai bergaya.
Jika dilihat dari segi fizikal, anda sebagai orang muda pasti kalah dengan penampilan beliau.
Memang sangat terinspirasi! Lelaki muda bolehlah terus berazam untuk menjaga kesihatan. Sayangi tubuh anda kerana ia merupakan sesuatu yang paling hampir dengan anda setiap hari dan yang paling penting tubuh anda juga merupakan satu-satunya tempat yang anda tinggal untuk hidup!
Jadikan Irvin Randle sebagai idola anda ketika tua nanti ya! Terus kelihatan tampan dan bergaya.
Kredit : Huffingtonpost.com
|