View: 2580|Reply: 7
|
Indonesia, Pengantin hadiahkan apartment kepada tetamu bertuah. Ko mampo dik?
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x495. |
Surabaya: Satu pasangan pengantin di sini menghadiahkan sebuah apartmen dan pelbagai barangan mewah lain kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka Ahad lalu.
Majlis perkahwinan ahli perniagaan, Septian Suryawirawan dan pasangannya, Sylvie Yuliati Lesmana diadakan di sebuah kelab golf mewah di sini.
Majlis itu dihadiri kira-kira 520 tetamu yang terdiri daripada rakan rapat pasangan berkenaan, ahli keluarga dan selebriti terkenal Indonesia.
Septian berkata, dia sengaja memberi hadiah mewah melalui cabutan bertuah sebagai cara untuk menghargai kedatangan tetamu.
“Saya membeli sebuah apartmen di Jalan Mayjen Sungkono untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Kami mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka,” katanya.
Selain apartmen, pasangan itu juga menyediakan pelbagai barangan mahal lain seperti telefon pintar, tablet, iPad dan baucar penginapan di sebuah hotel lima bintang di Surabaya.
Hadiah utama majlis itu dimenangi seorang rakan Septian, Poltak Tobing yang berasal dari Jakarta.
Poltak berkata, dia hampir tidak menghadiri perkahwinan itu akibat terlepas penerbangan dari Jakarta ke Surabaya.
“Nasib baik isteri saya menyuruh saya menaiki penerbangan seterusnya untuk hadir ke majlis itu,” jelasnya. - Agensi
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x801. |
Septian Suryawirawan dan Sylvie Yuliati Lesmana. Foto: Instagram
http://www.hmetro.com.my/node/153185
|
|
|
|
|
|
|
|
@spiderman80 , @medangmru
elok di BOD peristiwa dunia ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
Klu Poltak Tobing tu kaya mcm pengantin, hadiah apartmen tu biasa je bagi dia...cuba bagi yg homeless.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu Poltak Tobing tu kaya mcm pengantin, hadiah apartmen tu biasa je bagi dia...cuba bagi yg homeless.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kita xde rasa bangga punnnnnnnn..?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak dia le nak hadiahkan apa duit dia kan suka dia le nak buat macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
xkisah la ko nak bagi ape pon..xde bende pon nak dibaggakan huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|